Apakah maksud Perbankan Islam?

Perbankan Islam adalah untuk semua orang dan ia merupakan sebuah sistem perbankan yang berdasarkan prinsip Syariah.

Education What Is Islamic Banking
Education Who Is Islamic Banking For
Perbankan Islam sesuai untuk siapa?
Perbankan Islam terbuka untuk semua ahli masyarakat tanpa mengira agama dan kepercayaan.
Bagaimanakah Perbankan Islam dijalankan?

Perbankan Islam menggalakkan perkongsian keuntungan dan risiko antara Bank dan Pelanggan. 

Beberapa prinsip teras termasuk:

  • Urus niaga yang bebas daripada faedah (Riba’)
  • Bebas daripada aktiviti perjudian (Maysir) 
  • Bebas daripada unsur ketidakpastian (Gharar) yang boleh membawa kepada eksploitasi
  • Bebas daripada produk dan aktiviti yang dianggap membahayakan masyarakat dan ancaman terhadap tanggungjawab sosial seperti tembakau & alkohol
Education How Does Islamic Banking Work

 

JADI, APAKAH PERBEZAANNYA?

 

PERBANKAN ISLAM

Keuntungan Pembiayaan

Pembiayaan kadar tetap dan kadar berubah boleh didapati. Untuk pembiayaan kadar berubah, kenaikan kadar berdasarkan pada kadar siling, yang ditentukan pada permulaan pembiayaan.

Memelihara Kesucian

Merupakan satu cara untuk menunjukkan ketidaksetujuan terhadap aktiviti yang tidak mematuhi prinsip Syariah seperti perjudian.

Perkongsian Risiko

Menggalakkan perkongsian risiko antara pelanggan dan bank.

Pilihan Penyucian Harta

Dalam sistem Perbankan Islam moden, pelanggan boleh membayar Zakat dan menyumbang pada Sadaqah dan Waqaf menerusi saluran dalam talian.

PERBANKAN KONVENSIONAL

Faedah Pinjaman

Pinjaman kadar tetap dan kadar berubah tersedia. Untuk pinjaman kadar berubah, kadar boleh meningkat berdasarkan perubahan pada kadar rujukan tanpa kadar siling.

Pelaburan Bebas

Mensasarkan keuntungan dan hanya tertakluk pada sekatan undang-undang, bukan mengikut prinsip Syariah.

Pembayaran Faedah

Pendeposit dijamin dengan kadar faedah yang telah ditentukan sebelumnya.

Kepelbagaian Produk

Kepelbagaian produk tersedia tanpa perlu berpandukan kepada prinsip Syariah.



 

JENIS-JENIS KONTRAK ISLAMIK

 

edu_Tawarruq
TAWARRUQ
(PENGENDALIAN TRANSAKSI JUALAN DAN PEMBELIAN)

Ia merupakan instrumen kewangan di mana pembeli membeli komoditi daripada penjual atas dasar pembayaran tertunda, dan pembeli menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga dengan pembayaran secara terus (yang bermaksud pembayaran secara segera). Produk yang menggunakan prinsip ini ialah Akaun Simpanan-i, Akaun Semasa-i, Akaun Deposit Tetap-i, Pembiayaan Hartanah -i, Pembiayaan Peribadi-i dan Pembiayaan ASB-i.

edu_Mudarabah
MUDARABAH
(KONTRAK PERKONGSIAN KEUNTUNGAN)

Ia merupakan kontrak perkongsian di mana pelanggan bertindak sebagai penyumbang modal manakala bank melantik pengurus dana terlatih untuk mengurus modal dengan sewajarnya. Produk yang menggunakan prinsip ini adalah Akaun Pelaburan.

edu_Aitab
AL IJARAH THUMMA AL BAI' (AITAB)
(PAJAKAN YANG BERAKHIR APABILA ASET TERJUAL)

Ia merupakan salah satu daripada kategori pajakan, yang berakhir dengan penjualan aset, di mana pemilikan aset yang dipajak akan dipindahkan kepada pelanggan setelah bayaran ansuran berakhir sepenuhnya atau ansuran kontrak ini diselesaikan lebih awal. Produk yang menggunakan prinsip ini ialah Pembiayaan Auto-i.

edu_Tabarru
TABARRU'
(SUMBANGAN/PEMBERIAN SECARA SUKARELA)

Sebahagian daripada sumbangan yang dipersetujui oleh Peserta untuk disumbangkan kepada dana yang ditubuhkan untuk tujuan kesepaduan dan kerjasama di antara semua peserta, di mana, jika berlaku kemalangan, sumbangan Peserta ini akan digunakan untuk membantu Peserta lain dan begitu juga sebaliknya. Produk yang menggunakan prinsip ini adalah Takaful.

edu_Wakalah
WAKALAH
(KONTRAK DENGAN EJEN)

Merujuk kepada perjanjian yang sah dari segi undang-undang di mana individu memberi kuasa kepada pihak lain untuk melaksanakan transaksi bagi pihaknya. Produk yang menggunakan prinsip ini ialah Takaful, Unit Amanah, Unit Amanah ASNB dan Penulisan Wasiat.


 

APAKAH JENIS-JENIS PEMBERIAN AMAL YANG BOLEH ANDA SUMBANG KEPADA?

edu_Sadaqah
SADAQAH

Sadaqah adalah salah satu jenis pemberian amal secara yang dilakukan berdasarkan niat baik. Termasuk tetapi tidak terhad kepada wang tunai, makanan, pakaian, apa-apa jenis peralatan rumah. 

edu_Waqaf
WAQAF

Amal yang disalurkan untuk penubuhan aset seperti masjid, sekolah, hospital, telaga dan sebagainya untuk memberi faedah kepada masyarakat.

edu_Zakat
ZAKAT

Zakat merupakan satu kewajipan bagi semua umat Islam yang berkemampuan untuk memberikan sebahagian tertentu kekayaan kepada badan Zakat pada setiap tahun. Zakat dikira berdasarkan pendapatan dan nilai harta, dan ia ditanggap sebagai cara untuk menyucikan jiwa dan menyuburkan harta.

 

 

APAKAH PERSONALITI KEWANGAN ANDA?