Waqaf
SEMUANYA MENGENAI WAQAF
SEMUANYA MENGENAI WAQAF
Dalam terjemahan literal mengikut pengertian Syariah, istilah Waqaf bererti sumbangan amal sukarela oleh Wakif (peWaqaf) bagi mana-mana harta yang dipegang dari sebarang urusan penjualan atau pembelian, pewarisan, pemberian atau wasiat, dari pemilikan atau kekayaan peribadi yang dalam bentuk harta atau tunai untuk tujuan- tujuan yang patuh Syariah.
Manfaat harta- harta ini bertujuan untuk kebajikan umum atau spesifik (ditetapkan) dengan niat untuk mendekati Allah SWT. Setelah diniatkan sebagai Waqaf, pemilikan aset itu akan dipindahkan kepada Allah SWT untuk membolehkan penggunaan yang berterusan untuk tujuan amal.
RUKUN WAKAF
RUKUN WAKAF
Pewakaf (Wakif)
Seorang yang merdeka, mencapai akil baligh, mempunyai pemahaman intelektual dan sepenuh hati (redha) untuk meWaqafkan harta- hartanya.
Mempunyai pemilikan sepenuhnya harta yang hendak diWaqafkan, bermakna ia bebas untuk memberikan harta itu kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sukarela dan tidak dipaksa.
.png)
Harta yang hendak diwakafkan(Mauquf)
Harta itu mestilah benda yang dapat diambil manfaatnya.
Harta yang diWaqafkan mempunyai nilai (Mutaqawwin).
Harta yang diWaqafkan itu adalah milik sempurna oleh peWaqaf (Waqif).
Penggunaan harta Waqaf mestilah untuk tujuan yang baik dan tidak menyalahi undang-undang Islam.
Penerima Waqaf (Mauquf Alaih)
Penerima tertentu samada seorang atau lebih
Bagi penerima tidak spesifik, contohnya diberikan kepada golongan tertentu seperti orang miskin.
Pernyataan Waqaf (Sighah)
Akad hendaklah mengesahkan Waqaf, dibuat dalam bentuk yang dapat difahami atau ditulis untuk tujuan Waqaf.
Melalui ucapan Soreh (kata-kata yang jelas dengan makna tertentu seperti "Saya berhasrat untuk mewakafkan rumah saya untuk golongan miskin") atau Kinayah (suatupengumuman yang membawa maksud yang luas seperti, "Aset saya adalah untuk kebajikan kepada orang miskin”).
APAKAH MAKSUD WAQAF TUNAI?
APAKAH MAKSUD WAQAF TUNAI?
Waqaf Tunai adalah Waqaf yang diterima dalam bentuk wang tunai daripada orang ramai.
Waqaf tunai akan digunakan untuk kebajikan dan pembangunan ummah, juga disalurkan dan digunakan untuk pelbagai inisiatif untuk manfaat pembangunan agama dan sosio-ekonomi ummah seperti pembinaan sekolah, masjid, surau dan sebagainya.
Kaedah ini adalah menyeluruh dan boleh dinikmati oleh semua orang dan tidak memerlukan modal besar. Oleh itu, ia membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang kepada Waqaf.
FAEDAH KEPADA ANDA
FAEDAH KEPADA ANDA
Penyucian kekayaan
Agihan sumbangan yang memberi impak kepada komuniti.
Kemudahan membayar sumbangan Waqaf secara dalam talian 24/7 melalui Hong Leong Connect
MAKLUMAT LANJUT
Setelah berabad-abad lamanya, Waqaf merupakan salah satu asas dalam sistem ekonomi Islam. Ia menyediakan, antara lainnya, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, klinik dan hospital, masjid, madrasah, universiti, dan beberapa utiliti awam yang lain.
No | Kod | Institusi Waqaf |
---|---|---|
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 |
10488 20461 30452 31823 34116 44024 5090 51318 51672 52829 5314 53868 58974 59873 61952 6700 71266 80580 80804 81679 8581 15511 2964 29892 89342 53199 58438 |
WAQAF MAIK MUAMALAT DANA WAQAF BR-AIBIM-MAIDAM WAQAF UITM Y.AMAL BANTUAN KSIAAN/ WAQAF A MAIDAM - WAQAF TUNAI MAAR - WAQAF PENDIDIKAN WAQAF SELANGOR MUAMALAT MAAR - WAQAF KITAB AL QURAN WAQAF MAIPS USIM - WAQAF YAYASAN RESTU - WAQAF KERTAS KOP GURU MELAYU - WAQAF SAHAM WAQAF JOHOR WAQAF N9 MUAMALAT AL AMEEN WAQAF MANAGEMENT YAYASAN RESTU-WAQAF AL-QURAN MASJID WAQAF TEMBESU MAAR - WAQAF PEMBANGUNAN AR RAHIMAH-WAQAF Logo WAQAF PULAU PINANG WAQAF-KUIM UITM-WAQAF JOMWAQAF.COM WAQAF PERAK AR-RIDZUAN TABUNG WAQAF RAKYAT JOHOR IIUM WAQF AL-QURAN IEF IIUM KNOWLEDGE WAQF |