HongLeong Bank Logo
  • Personal
  • Priority
  • Business
  • Islamic
  • Global Markets
  • Blue Header
  • Interim Homepage
  • Priority Banking Form
  • test
  • test
  • Loan Cal
  • Log Viewer
  • asdsadsad
  • stand alone page
  • Master Form Page
  • Master Form Page
HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Personal
  • Business
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions

Penulisan Wasiat

  • Urus Kewangan Saya >
  • Penulisan Wasiat

PENULISAN WASIAT

penulisan wasiat
Mohon Sekarang
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg
Lindungi orang yang tersayang. Daftar Wasiat anda hari ini

SEGALANYA TENTANG PENULISAN WASIAT

SEGALANYA TENTANG PENULISAN WASIAT

will tip 2
Apakah Wasiat?

Wasiat merupakan dokumen yang sah dari segi undang- undang, yang membolehkan anda menentukan bagaimana harta anda diagihkan selepas anda meninggal dunia.

will tip 2

Untuk orang bukan Islam, Akta Wasiat 1959 mentakrifkan Wasiat sebagai dokumen di mana seseorang menyatakan niatnya tentang bagaimana harta pusakanya ditadbir dan diagihkan selepas kematiannya dan siapa yang akan mentadbirnya. 

will tip 3

 

Bagi orang Islam, Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 mentakrifkan Wasiat sebagai “Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa- apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati”

 

will tip 4

Penulis Wasiat (Pewasiat) perlu menandatangani Wasiat pada penghujung dokumen dan mesti ada sekurang-kurangnya dua atau lebih saksi hadir pada masa yang sama untuk menyaksikan dan membuktikan tandatangan pewasiat.

FAEDAH KEPADA ANDA

FAEDAH KEPADA ANDA

iconImage-/content/dam/hlisb-new/my/images/WillWriting/Group 2.png
Membantu pembahagian aset
iconImage-/content/dam/hlisb-new/my/images/WillWriting/will_writing_tile 2.svg
Kerahsiaan penuh
iconImage-/content/dam/hlisb-new/my/images/WillWriting/will_writing_tile 3.svg
Disimpan dalam jagaan Amanah Raya Berhad tanpa caj tambahan

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg
1. Semak kelayakan anda
Pastikan anda memenuhi semua syarat berikut:
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Check-Point.png Individu yang berumur 18 tahun ke atas (Semenanjung Malaysia & Sarawak), atau 21 tahun di Sabah 
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Check-Point.png Individu yang sempurna akal
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Check-Point.png Individu yang bertindak atas kehendak sendiri dan tanpa paksaan; dan
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Check-Point.png Individu yang tidak dilarang untuk mentadbirkan hartanya
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg
2. Tulis dan hantar Wasiat anda
Amanah Raya Berhad akan dilantik sebagai pelaksana Wasiat anda untuk menjaga kebajikan orang tersayang selepas ketiadaan anda.
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg
3. Wasiat akan didaftarkan pada nama anda
Yakinlah bahawa aset yang anda tinggalkan akan diserahkan kepada mereka yang tersayang.

MAKLUMAT LANJUT

  • Fi & Caj
  • Soalan Lazim

 

 

Perkhidmatan Penulisan Wasiat
Semakan Fi berkuatkuasa 1 Jun 
Wasiat Asas
(melalui cawangan-cawangan Hong Leong Bank/Hong Leong Islamic Bank)
RM 400
Wasiat Asas Atas Talian (melalui Hong Leong Connect)
RM 350
Pertukaran Wasiat Asas ke Wasiat Komprehensif
RM 700
Fi Pindaan Wasiat
RM 150

 

**Dibayar terus kepada Amanah Raya Berhad (pihak Bank tidak menerima sebarang perkongsian fi)

***Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan

 

Q: Apakah Wasiat?

A:Wasiat adalah adalah dokumen undang-undang yang berkuat kuasa selepas kematian Pewasiat (orang yang menulis Wasiat) berkaitan dengan hasrat Pewasiat untuk mengagihkan harta kepada waris dan/atau benefisiari beliau.

 

Q: Mengapakah kita memerlukan Wasiat dan apakah manfaat memilikinya?

A: Wasiat adalah satu alat yang penting dalam perancangan harta kerana ia boleh digunakan untuk menyempurnakan matlamat atau objektif pengagihan harta seseorang. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, harta pusaka si mati akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958, bagi orang bukan Islam; atau Hukum Faraid, bagi orang Islam. Melalui penyediaan Wasiat, biasanya seseorang itu akan dapat memastikan harta mereka diagihkan mengikut kehendak mereka. Wasiat juga membantu dalam mempercepatkan proses undang-undang yang berkaitan dengan pembahagian harta pusaka, dan pentadbir tidak perlu dilantik kerana Wasi telah dilantik. Ini memendekkan proses penyelesaian harta yang berpanjangan.

Pada masa yang sama, Wasiat membolehkan seseorang melantik Wasi dan Pemegang Amanah mereka sendiri untuk melaksanakan hasrat dan melindungi kepentingan mereka serta melantik Penjaga untuk benefisiari mereka. Wasiat juga memberi peluang kepada Pewasiat untuk memenuhi sebarang keperluan khas orang yang tersayang seperti menanggung waris yang tidak mempunyai sumber kewangan, atau waris yang kurang upaya. Wasiat juga membolehkan seseorang mengurniakan hadiah kepada bukan ahli keluarga/bukan waris (waris bukan menurut Qur'an) dan juga pelbagai badan amal dan pertubuhan agama yang dipilih oleh Pewasiat.

 

Q: Apakah perbezaan antara Wasiat orang Islam dan Wasiat orang bukan Islam?

A: Perbezaan antara Wasiat orang Islam dan Wasiat orang bukan Islam adalah:

 

Wasiat orang Islam
Wasiat orang Bukan Islam
Aset untuk diagihkan adalah yang dibenarkan sebagaimana yang ditakrifkan oleh undang-undang Islam
Setiap aset boleh dimasukkan dalam Wasiat
Hibah tidak boleh dibuat (menulis Wasiat untuk diwariskan) kepada mana-mana waris menurut Al-Quran kerana pembahagian harta pusaka kepada waris mengikut Al-Quran akan jatuh di bawah Hukum Faraid
Wasiat boleh dibuat kepada sesiapa sahaja sama ada kaum kerabat atau tidak, kepada orang yang menulis Wasiat
Hibah di dalam Wasiat hanya boleh dibuat sehingga 1/3 daripada seluruh harta dan selebihnya akan diagihkan kepada waris faraid. Persetujuan diperlukan daripada waris faraid selepas kematian pewasiat, jika hibah yang dibuat kepada waris bukan faraid melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta, atau jika lebih daripada 2/3 daripada keseluruhan harta pusaka itu diserahkan kepada waris faraid.
Wasiat boleh membentuk 100% daripada jumlah aset

 

 

Q: Apakah peranan syarikat amanah awam, sebagai contoh Amanah Raya Berhad dalam penulisan Wasiat?

A: Syarikat amanah awam akan bertindak sebagai penulis Wasiat, penjaga dan wasi bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan. Sesetengah syarikat akan hanya memenuhi keperluan Wasiat orang Islam, sesetengah pula untuk Wasiat orang bukan Islam dan ada yang memenuhi keperluan kedua-dua jenis Wasiat.

 

Q: Apakah perbelanjaan atau fi yang biasa bagi menulis Wasiat?

A: Perbelanjaan atau fi bergantung pada syarikat amanah yang dipilih oleh pelanggan.

 

Q: Bolehkah kami mengubah kandungan Wasiat pada masa akan datang?

A: Ya, pelanggan boleh menulis semula Wasiat mereka pada asa akan datang tetapi sesetengah syarikat amanah awam akan mengenakan fi tambahan untuk perkhidmatan ini.

 

Q: Bagaimanakah dengan kerahsiaan aset yang diberikan? Adakah sebarang maklumat akan didedahkan kepada LHDN, misalnya?

A: Semua maklumat akan dirahsiakan. Selepas Wasiat ditulis dan didaftarkan, ia akan disimpan oleh ARB dan hanya dikeluarkan apabila pelanggan meminta untuk mengubahnya atau apabila Wasiat perlu dilaksanakan.

 

Q: Kenapakah ARB dan bukan Pemegang Amanah yang lain?

A: ARB adalah 99.9% dimiliki oleh Kerajaan. 0.01% dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. ARB telah mula bertapak sejak 1921 dan memiliki reputasi yang kukuh sebagai sebuah badan yang profesional, bebas dan boleh dipercayai. Ia adalah sebuah organisasi profesional yang mengekalkan kesaksamaan dan menjalankan tugas mereka demi kepentingan benefisiari tanpa sebarang kepentingan dalam keputusan pentadbiran harta pusaka.

 

Q: Bagaimanakah ARB mengetahui bila untuk melaksanakan Wasiat?

A: Sistem kami ditanda untuk mengenalpasti bahawa pelanggan adalah pemegang Wasiat dengan ARB. Apabila waris pelanggan datang ke cawangan, cawangan akan memaklumkan ARB dan pelaksanaan Wasiat kemudiannya boleh dilakukan. ARB mempunyai pautan sistem dengan Jabatan Pendaftaran Negara, yang dikemaskinikan setiap dua bulan. Sistem ARB akan dicetuskan apabila terdapat padanan Kad Pengenalan.

 

Q: Adakah semua aset saya akan dipindahkan ke ARB untuk pengagihan?

A: Semua aset kecuali yang berada dengan benefisiari (bagi bukan Islam). KWSP dan Insurans tidak akan disertakan.

 

Q: Bagaimanakah cara untuk memohon wasiat?

A: Untuk memohon, kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Islamic Bank atau Hong Leong Bank, atau melalui Hong Leong Connect.

a) Permohonan melalui Hong Leong Connect

Langkah 1: Log masuk Hong Leong Connect

Langkah 2: Click 'Mohon e-Produk'  'Permohonan e-Wasiat/ e-Will'

Langkah 3: Isikan butiran peribadi anda (+ butiran wasi & benefisiari untuk e-Wasiat)

Langkah 4: Isikan butiran pembayaran (akaun perlu diupayakan bawah “Bayar dan Transaksi”)

Langkah 5: Sahkan butiran anda dan klik 'Serah'

 

Nota:

  • e-will / e-wasiat MASIH BELUM muktamad pada peringkat ini walaupun CASA/-i telah dipotong.
  • 2 salinan Sijil Penulisan Wasiat (Asal & Salinan) akan dihantar kepada anda bersama-sama dengan Borang Permohonan.
  • Anda dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut melalui sampul balasan yang telah dibayar yang disediakan:
  • Sijil Penulisan Wasiat asal dengan tandatangan 2 orang saksi (Wasiat bukan Islam) / 4 orang saksi (Wasiat)
  • Borang Permohonan
  • Salinan KP anda dan saksi-saksi anda

 

b) Permohonan melalui Cawangan

Langkah 1: Pergi ke mana-mana cawangan Hong Leong Bank atau Hong Leong Islamic Bank dan mengisi Sijil & Borang Permohonan Wasiat.

Langkah 2: Serahkan dokumen lengkap berikut:

 

Nota:

  • Sijil Penulisan Wasiat asal dengan tandatangan 2 orang saksi (Wasiat bukan Islam) / 4 orang saksi (Wasiat)
  • Borang Permohonan
  • Salinan KP anda dan saksi-saksi anda
Penasihat Kecerdasan Buatan kami sedia untuk membantu anda

Sembang dengan kami

×

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung