Unit Amanah
KELEBIHAN YANG BAKAL ANDA NIKMATI
KELEBIHAN YANG BAKAL ANDA NIKMATI
Pelaburan permulaan serendah RM1,000
Pelbagai pilihan Dana Unit Amanah
Kepakaran pengurus dana yang profesional
BAGAIMANA IA BERFUNGSI
BAGAIMANA IA BERFUNGSI
MAKLUMAT LANJUT
Akaun Unit Amanah diklasifikasikan antara akaun individu dan bukan individu. Berikut adalah jenis-jenis umum pelanggan yang layak untuk membuka Akaun Unit Amanah. Sila rujuk kepada Perunding Unit Amanah kami untuk penjelasan lanjut.
Individu |
Bukan Individu |
---|---|
Catatan:
|
|
Pelaburan KWSP
- Warga Malaysia ATAU Pemastautin Tetap ATAU Bukan Warganegara Malaysia (didaftarkan sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
- Di bawah umur 55 tahun
- Mempunyai simpanan yang mencukupi dengan KWSP
- Formula: (Baki dalam Akaun 1 - Simpanan Asas) x 30% = Amaun boleh dilaburkan
- Amaun yang boleh dilaburkan adalah anggaran jumlah pengiraan kasar bagi Skim Pelaburan ahli dan tertakluk kepada jumlah pengeluaran minima sebanyak RM1,000.00.
- Kelayakan pelaburan sebenar adalah berdasarkan baki yang ada dalam Akaun 1 dan tertakluk kepada terma dan syarat Skim Pelaburan Ahli semasa. Sila rujuk https://www.kwsp.gov.my/member/investment
Dana Unit Amanah mempunyai objektif , strategi pelaburan dan tahap risiko yang berbeza. Untuk menentukan unit amanah yang sesuai dengan objektif anda, anda perlu mempertimbangkan perkara berikut:
- Apakah matlamat pelaburan anda?
- Adakah anda melihat pada pelaburan jangka pendek atau jangka panjang?
- Apakah jenis pulangan yang anda cari?
- Apakah selera risiko anda?
Secara umumnya, terdapat beberapa jenis dana unit amanah yang berada di pasaran:
Jenis-jenis Dana Unit Amanah |
Keterangan |
---|---|
Dana Ekuiti |
Melabur terutamanya dalam saham patuh Syariah yang tersenarai sama ada di bursa saham tempatan dan/atau asing, dengan tahap risiko tinggi |
Dana Seimbang |
Melabur secara sama rata dalam ekuiti patuh Syariah dan instrumen pendapatan tetap (Sukuk & pasaran wang), dengan tahap risiko sederhana |
Dana Sukuk |
Melabur terutamanya dalam Sukuk & sekuriti hutang Islam yang lain, dengan tahap risiko yang rendah |
Dana Pasaran Wang |
Melabur terutamanya dalam instrumen pasaran wang Islam (bil perbendaharaan jangka pendek yang biasanya tidak boleh diakses oleh pelabur individu), dengan tahap risiko rendah |
Dana Berstruktur |
Melabur terutamanya dalam nota berstruktur yang membeli sekuriti kupon sifar penarafan tinggi yang cukup untuk membayar balik 100% daripada amaun prinsipal nota berstruktur pada tarikh matang (biasanya 3 tahun). Hasil bersih daripada nota berstruktur diperuntukkan terlebih dahulu untuk pembelian sekuriti kupon sifar manakala selebihnya untuk pelaburan dana dengan objektif untuk menghasilkan pulangan |
Penafian:
Maklumat ini bukan dimaksudkan sebagai jemputan atau tawaran untuk melanggan Unit Amanah, juga bukan rayuan oleh bank untuk melanggan Unit Amanah oleh sesiapa. Pelabur dinasihatkan supaya membaca dan memahami isi kandungan prospektus sebelum melabur. Pelabur perlu maklum bahawa terdapat fi dan caj yang terlibat dalam pembelian Unit Amanah. Pelabur dinasihatkan supaya menimbang fi dan caj yang terlibat sebelum melabur dan berunding dengan penasihat kewangan berlesen atau penasihat profesional yang lain, jika ragu-ragu akan apa-apa ciri atau jenis dana ini. Sila maklum bahawa harga unit dan dividen yang dibayar, jika ada, boleh naik atau turun. Prestasi dana pada masa lalu bukanlah menjadi petunjuk akan prestasi masa akan datang. Pulangan pelaburan Unit Amanah tidaklah dijamin dan Unit Amanah bukanlah deposit bank atau kewajipan, juga tidak dijamin atau diinsuranskan oleh Bank dan terdedah kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan hilang amaun pokok yang dilaburkan. Skim Unit Amanah tidak diinsuranskan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.
1. Bagaimanakah untuk saya tahu sama ada Perunding Unit Amanah (PUA) telah diberi kuasa untuk mempromosikan unit amanah?
PUA yang berdaftar mempunyai Kad Kuasa yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), yang mesti ditunjuk kepada pelanggan semasa mempromosikan unit amanah. Jika tidak, sila minta untuk melihat Kad Kuasa tersebut dan pastikan kesahihannya.
2. Apakah jenis-jenis maklumat yang akan diminta oleh PUA daripada saya?
Anda dijangka akan memberikan maklumat kepada PUA tentang diri anda termasuk latar belakang keluarga, sikap terhadap risiko, matlamat kewangan anda dan maklumat lain yang berkaitan. Maklumat ini membolehkan PUA untuk menilai keperluan anda dan mengesyorkan dana yang sesuai dengan anda. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu mendedahkan maklumat-maklumat ini, sekiranya anda memutuskan sebaliknya. Paling penting, anda adalah orang yang paling layak untuk membuat keputusan tentang maklumat yang anda ingin berikan kepada PUA. Walau bagaimanapun, pelabur digalakkan untuk memberikan maklumat yang diperlukan untuk membolehkan PUA membuat penilaian yang sewajarnya terhadap keperluan pelaburan anda.
3. Adakah maklumat yang saya berikan kepada PUA akan disimpan dengan selamat?
Maklumat pelanggan adalah rahsia dan sebarang pendedahan hanya dibuat dengan persetujuan tertulis dari pelanggan terlebih dahulu (kecuali atas arahan undang-undang).
4. Apa yang patut saya harapkan dari PUA?
PUA akan menangani keperluan pelaburan anda secara terbuka, jujur dan profesional. Peranan PUA adalah untuk secara aktif memberikan maklumat semasa "wawancara" dengan anda dan selepas itu, untuk mengkaji portfolio pelaburan amanah saham anda secara berterusan, serta semasa keadaan ekonomi atau keadaan peribadi anda berubah. PUA harus mencadangkan portfolio yang paling sesuai dengan keperluan anda, keadaan peribadi dan matlamat kewangan.
5. Apakah yang perlu saya lakukan semasa pertemuan dengan PUA?
Anda harus bertanyakan tentang segalanya mengenai dana unit amanah yang anda tidak pasti. Anda tidak perlu menandatangani atau bersetuju dengan apa-apa kecuali anda telah membaca dan memahaminya, dan jangan bersetuju atau menandatangani borang kosong. Anda berhak untuk memikirkan berkenaan keputusan pelaburan anda selama mana yang anda perlukan.
6. Apakah penjelasan yang patut saya harapkan dari PUA sebelum membeli dana unit amanah yang disyorkan?
PUA mesti menerangkan secara jelas kepada anda perkara-perkara berikut: -
- Objektif pelaburan dana unit amanah;
- Semua yuran dan / atau caj yang terlibat dalam pembelian dan pecahan-pecahannya;
- Harga unit dan bagaimana ia berfungsi;
- Risiko melabur dalam dana unit amanah secara umumnya;
- Pelaburan minimum dalam dana unit amanah;
- Apa-apa implikasi cukai khas untuk melabur dalam dana unit amanah;
- Sebarang ciri unik dan / atau sekatan dana unit amanah;
- Sifat jangka panjang kebanyakan pelaburan dalam dana unit amanah dan risiko pengeluaran awal daripada dana unit amanah;
- Risiko yang terlibat jika membeli dana unit amanah menggunakan kemudahan pinjaman; dan
- Dasar pengedaran dana.