Hong Leong Islamic Bank – Shariah Sekretariat & Penyelidikan

Shariah Sekretariat & Penyelidikan

Shariah Sekretariat & Penyelidikan


  • Fungsi ini dijalankan oleh Shariah Sekretariat & Penyelidikan yang menyokong Jawatankuasa Shariah HLISB dalam menjalankan semakan semula pra-kelulusan Shariah dan melaksanakan penyelidikan dan kajian yang mendalam mengenai isu-isu Syariah yang mungkin timbul daripada penyerahan cadangan bagi memastikan pertimbangan yang menyeluruh. Anggota unit, yang terdiri daripada para pegawai Shariah yang berkelayakan, turut memberi khidmat nasihat dan rundingan Shariah kepada pemegang kepentingan dalaman yang berkaitan berdasarkan keputusan dan peraturan yang terpakai yang dibuat oleh Jawatankuasa Shariah HLISB dari semasa ke semasa.
     

    Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab terhadap urusan pentadbiran dan sekretariat Jawatankuasa Shariah HLISB dan ahli-ahlinya. Unit ini menyelaras mesyuarat biasa Jawatankuasa Shariah HLISB, menyusun kertas cadangan Shariah, menyediakan minit, mengagihkan peraturan dan kelulusan Shariah kepada pemegang kepentingan yang berkaitan serta menjadi penjaga rekod peraturan dan keputusan Shariah yang dibuat oleh Jawatankuasa Shariah HLISB bagi tujuan penyelidikan dalaman dan nasihat.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.