Hong Leong Islamic Bank – Pengenalan Tadbir Urus Shariah

Pengenalan

Pengenalan


  • HLISB mengiktiraf bahawa Shariah adalah asas pendasar dalam amalan perniagaan kewangan Islam. Oleh itu pematuhan dan penegakan undang-undang dan prinsip Shariah adalah perkara yang paling utama.
     

    Berdasarkan konsep ini dan selaras dengan keperluan Rangka Kerja Tadbir Urus Shariah BNM, HLISB telah mewujudkan struktur tadbir urus Shariah yang perlu dan disokong oleh fungsi pematuhan Shariah dalaman yang kukuh di seluruh organisasi. Ini memastikan operasi dan aktiviti perniagaan HLISB dilaksanakan menurut peraturan dan prinsip Shariah pada sepanjang masa.
     

    Ke arah mencapai objektif ini, HLISB telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Shariah dengan tanggungjawab utama memberi nasihat bebas kepada Lembaga dan pengurusan tentang peraturan dan prinsip Shariah. Jawatankuasa Shariah HLISB turut diberi peranan sebagai pengawas bebas bagi perniagaan dan operasi HLISB sebagai jaminan bahawa ia dilaksanakan selaras dengan peraturan dan prinsip Shariah. Keanggotaan Jawatankuasa Shariah HLISB yang sedia ada adalah seperti berikut:
     

    1. Prof. Dr. Rusni binti Hassan – Pengerusi
    2. Assoc. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin – Anggota
    3. Encik Imran bin Mohammad Khayat – Anggota

     

    Bagi menyokong peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Shariah HLISB, fungsi pematuhan Shariah dalaman yang kukuh turut diwujudkan:
     

    • Kajian Semula Shariah
    • Penyelidikan & Sekretariat Shariah
    • Audit Shariah
    • Pengurusan Risiko Pematuhan Shariah

     

    Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka, fungsi-fungsi pematuhan ini dipandu oleh rangka kerja Syariah dalaman HLISB dan juga Rangka Kerja Tadbir Urus Shariah BNM.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.