Perbankan Islam Hong Leong
Latar Belakang Kami
Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLISB), adalah sebuah subsidiari milik penuh Hong Leong Bank (HLB), yang menjadi sebahagian daripada Hong Leong Financial Group. HLISB telah dilancarkan secara rasmi sebagai subsidiari milik penuh HLB pada Julai 2005. Bank kini mengendali lima buah cawangan bank Islam sepenuhnya selain perkongsian rangkaian cawangan yang meluas dengan HLB dan lebih 1,100 terminal layan diri di seluruh negara. Bank memanfaatkan rangkaian pengagihan yang kukuh ini dengan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan islam sebagai pilihan alternatif patuh Shariah berbanding perbankan konvensional.
Tahun 2011
Permulaan Rendah Kami
Pada November 2011, HLISB telah menyempurnakan penyatuan dengan EONCap Islamic Bank Berhad sebagai sebahagian daripada penyatuan yang lebih besar antara HLB dengan EON Bank Berhad. Pencapaian ini menandakan antara penyatuan yang pertama seumpamanya antara dua buah bank islam di Malaysia dan telah memberikan HLISB skala yang lebih besar dan tapak yang lebih kukuh dalam industri perbankan islam yang sangat kompetitif.
Perbankan Islam Hong Leong
Perkhidmatan Kami
Dengan strategi memfokuskan penawaran penyelesaian yang holistik mengikut prinsip dan amalan Shariah, HLISB menyediakan para pelanggan dengan pelbagai penyelesaian inovatif. Antaranya termasuk pembiayaan berstruktur, perbankan perniagaan dan korporat, perkhidmatan kewangan peribadi, pasaran global Islam dan pengurusan kekayaan. Penawaran ini disokong oleh usaha yang berterusan ke arah mencapai kecemerlangan dalam penyediaan perkhidmatan. Keputusan kewangan kukuh yang diperoleh HLISB membuktikan kecekapan teras dan asas yang kukuh dalam operasi bank. Selain itu, HLISB turut membangunkan nic pasaran menerusi pendapatan berasaskan fi dan Pasaran Modal Islam untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai bank Islam terkemuka di Malaysia.