Hong Leong Islamic Bank – Pengurusan Risiko Pematuhan Shariah

Pengurusan Risiko Pematuhan Shariah

Pengurusan Risiko Pematuhan Shariah


  • Fungsi ini dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Risiko dengan mandat berikut:
     

    • Membangunkan dan meningkatkan secara berterusan Rangka Kerja Pengurusan Risiko Pematuhan Shariah dan dasar serta prosedur pengurusan risiko lain yang relevan dengan perniagaan perbankan Islam. Ini termasuk mengubahsuai dasar Kumpulan yang berkaitan untuk pelaksanaan oleh HLISB.
    • Bertanggungjawab bersama-sama dengan bahagian Pematuhan Kawal Selia sebagai barisan pertahanan kedua dalam menyediakan pengawasan bebas bagi memastikan pematuhan garis panduan kawal selia berkaitan Shariah.
    • Menyediakan penilaian risiko dan penilaian keberkesanan kawalan(dengan fokus terhadap risiko yang unik kepada Perbankan islam terutamanya risiko pematuhan Shariah) semasa pembangunan perniagaan, produk atau perkhidmatan yang baharu dan pelancaran sebagai sebahagian daripada proses PEAC HLISB. Pengawasan keberkesanan profil dan kawalan risiko yang berterusan bagi memudahkan pengurusan risiko perniagaan perbankan Islam dan risiko ketidakpatuhan Shariah yang cekap dan berkesan serta memastikan HLISB kekal dalam ambang risiko yang ditetapkan dalam Penyata Selera Risiko tahunan.
    • Memperkenalkan kawalan baharu yang dilihat lebih baik dalam mengurangkan risiko perniagaan perbankan Islam dan risiko ketidakpatuhan Shariah.
    • Menjejak status pemulihan keadaan tidak patuh Shariah.
    • Menjejak status pembersihan pendapatan yang tidak dibenarkan melalui penarikan balik pengiktirafan pendapatan
    • Menyediakan laporan yang bebas dan tepat pada masa serta membawa isu-isu risiko dan kawalan utama kepada BARMC, Jawatankuasa Shariah HLISB dan pengurusan kanan
    • Bertanggungjawab bersama-sama dengan Ketua Bahagia Shariah sebagai pegawai yang melapor  tentang laporan keadaan ketidakpatihan Shariah kepada BNM.
    • Berkomunikasi secara kerap dengan fungsi pematuhan Shariah dalaman yang lain bagi memastikan perkongsian maklumat yang pantas dan penyelarasan yang sewajarnya bagi menangani sebarang perkara berkaitan pematuhan Shariah yang muncul.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.