Hong Leong Islamic Bank – Audit Shariah

Audit Shariah

Audit


  • Selaras dengan keperluan Rangka Kerja Tadbir Urus Shariah BNM, HLISB telah mewujudkan fungsi audit Syariah yang membentuk sebahagian daripada Audit Dalaman Kumpulan. Fungsi utamanya adalah untuk menjalankan penilaian berkala terhadap HLISB bagi tujuan penilaian bebas. Audit Shariah turut dijalankan bertujuan menambah nilai dan meningkatkan tahap pematuhan berhubung operasi perniagaan HLISB. Fokus utama adalah objektif untuk memastikan sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi pematuhan Syariah secara keseluruhan seperti yang digariskan oleh BNM di bawah Rangka Kerja Tadbir Urus Shariah.

    Semua keputusan penilaian atau penemuan yang berbangkit daripada audit Shariah akan dimaklumkan kepada BARMC dan Jawatankuasa Shariah HLISB. Audit syariah juga menyediakan cadangan mengenai langkah-langkah pembetulan yang diambil serta susulan terhadap pelaksanaan oleh pihak pengurusan HLISB.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.