Kad Debit-i

null

HongLeong Bank Logo
  • Priority
  • Islamic
  • Global Markets
  • Blue Header
  • Interim Homepage
  • Priority Banking Form
  • test
  • test
  • Loan Cal
  • Log Viewer
  • asdsadsad
  • stand alone page
  • Master Form Page
  • Master Form Page
HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Personal
  • Business
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions
  • Kad Debit-i >
  • Kad Debit-i
Nikmati kemudahan transaksi tanpa tunai dengan Kad Debit-i Hong Leong anda

Nikmati kemudahan transaksi tanpa tunai dengan Kad Debit-i Hong Leong anda

Apply Now
Saya berminat

Ciri & Manfaat

  • Ciri & Manfaat
  • Fi & Caj
  • Terma dan Syarat & Helaian Pendedahan Produk
  • Ciri-ciri keselamatan
  • Transaksi Luar Negara dan Tanpa Kad

i. Fungsi Tanpa Sentuhan

Had transaksi tanpa sentuhan  anda adalah RM250. Lakukan transaksi tanpa sentuhan untuk belian bawah RM250 tanpa perlu memasukkan PIN.

 

Had kumulatif tanpa sentuhan ditetapkan semula setiap hari. Untuk keselamatan tambahan, setiap kali anda melakukan transaksi tanpa sentuhan berjumlah RM800 secara kumulatif, anda akan diminta untuk melakukan transaksi sentuhan dan memasukkan PIN anda untuk menetapkan semula had kumulatif tanpa sentuhan anda.

 

Had kumulatif tanpa sentuhan anda akan ditetapkan semula kepada sifar sebaik sahaja PIN dimasukkan. Anda juga akan menerima pemberitahuan melalui Aplikasi HLB Connect atau notifikasi SMS selepas setiap transaksi tanpa sentuhan berjumlah RM200 dan ke atas yang berjaya dilaksanakan.

 

Anda boleh menetapkan semula had transaksi tanpa sentuhan dan had kumulatif tanpa sentuhan anda dari RM0-RM800 dengan mengunjungi mana-mana cawangan HLISB/HLB.

ii. Aktifkan Kad Debit-i untuk Transaksi Luar Negara, Auto Debit, dan Pembelian Dalam Talian

Mulai 30 Disember 2015, semua Transaksi Luar Negara, Debit Auto dan Pembelian Dalam Talian (transaksi bukan 3D selamat) menggunakan Kad Debit-i Hong Leong telah disekat sebagai langkah keselamatan selaras dengan peraturan Bank Negara Malaysia. Pemegang Kad Debit-i perlu mengaktifkan perkhidmatan ini sebelum mereka boleh melaksanakan transaksi di atas.

iii. Pemberitahuan Had Transaksi melalui Aplikasi HLB Connect atau Amaran SMS

Pemegang Kad yang ingin mengubah Pemberitahuan Had Transaksi melalui Aplikasi HLB Connect atau Amaran SMS mereka hendaklah  memaklumkan kepada pihak Bank secara bertulis bagi menukar amaun/had yang telah ditentukan atau memilih untuk tidak menerima perkhidmatan Pemberitahuan Had Transaksi melalui Aplikasi HLB Connect atau Amaran SMS ini.

 

Pemegang Kad boleh mendapatkan Borang Penyelenggaraan Perkhidmatan Amaran Transaksi Kad Debit/Kad Debit-i (“Borang”) dari cawangan HLISB/HLB yang berhampiran atau di www.hlisb.com.my bagi mengubah Pemberitahuan Had Transaksi melalui Aplikasi HLB Connect atau Amaran SMS mereka atau memilih untuk tidak menerima perkhidmatan Pemberitahuan Had Transaksi melalui Aplikasi HLB Connect atau Amaran SMS


Klik sini
, untuk muat turun borang. 

Klik sini untuk senarai fi dan caj, atau kunjungi mana- mana cawangan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Terma & Syarat Bagi Kad Debit-i

Helaian Pendedahan Produk

Kad Debit sentiasa di tangan anda

Langkah keselamatan paling mudah untuk Kad Debit-i tanpa sentuhan adalah ia mestilah sentiasa di tangan anda. Jadi, orang lain tidak berpeluang untuk melakukan leretan berganda atau membuat salinan Kad Debit-i semasa anda tidak melihat.

 

Cip selamat untuk menghalang pemalsuan

Kad Debit-i tanpa sentuhan adalah selamat sama seperti Kad Debit-i dikuasakan cip yang lain dan memiliki tahap keselamatan pelbagai peringkat untuk menghalang pemalsuan. Setiap transaksi tanpa sentuhan merangkumi kod unik yang dijana oleh cip yang terdapat di dalam Kad Debit-i, yang berubah dengan setiap pembelian, sekali gus menghalang penipuan daripada memainkan semula maklumat yang dibaca daripada cip untuk membuat pembayaran.

 

Pengesahan pelanggan untuk pembelian bernilai lebih tinggi

Anda tidak perlu menandatangan atau memasukkan PIN untuk transaksi tanpa sentuhan yang berjumlah sehingga RM250 di Malaysia. Jika transaksi melebihi RM250, anda masih boleh mengimbas Kad Debit-i tetapi akan dikehendaki memasukkan PIN atau diminta menandatangani resit.

 

Tiada Liabiliti Pemegang Kad untuk Pembelian Tanpa Sentuhan

Seandainya berlaku penipuan, anda tidak akan dipertanggungjawabkan untuk caj yang dibuat secara penipuan tersebut atau pembelian tanpa kebenaran yang dibuat menggunakan ciri tanpa sentuhan pada cip Kad Debit-i anda. Anda hendaklah memaklumkan kepada kami dengan segera atau sebaik sahaja menyedari atau mengesyaki terdapat penggunaan tanpa kebenaran atau aktiviti yang mencurigakan.  Walau bagaimanapun, anda akan dipertanggungjawabkan ke atas pembelian tanpa kebenaran jika anda cuai semasa melindungi Kad Debit-i atau PIN anda.

 

NOTIS PENTING

 

 

Pengaktifan Kad Debit-i untuk Transaksi Luar Negara, Debit Auto dan Pembelian Dalam Talian

 

Pemegang Kad yang Dihormati,
 

Mulai 30 Disember 2015, semua Pengeluaran ATM Luar Negara dan Pembelian di Luar Negara, Pesanan Pos/Pesanan Telefon, Auto Debit dan Pembelian Internet (transaksi selamat bukan 3D) menggunakan Kad Debit-i Hong Leong-i telah disekat sebagai langkah keselamatan selaras dengan peraturan Bank Negara Malaysia.
 

Pemegang Kad Debit-i perlu mengaktifkan perkhidmatan ini sebelum mereka boleh melaksanakan transaksi di atas.
 

Anda boleh mengaktifkan transaksi ini dengan menggunakan saluran berikut:-
 

1. Perbankan Dalam Talian HLB Connect

  • Log masuk ke www.hongleongconnect.my
  • Di bawah menu “Other Services”, pergi ke “Card Settings” dan pilih “Overseas Withdrawal & Debit Card Settings”
  • Klik butang togol bagi perkhidmatan yang berkaitan untuk membuat pilihan
  • Notifikasi AppAuthorise atau TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda
  • Tekan “Authorise" pada skrin AppAuthorise atau masukkan TAC, klik “Confirm” dan anda kini selesai!

 

2. Aplikasi HLB Connect

  • Log masuk ke Aplikasi HLB Connect
  • Klik pada “Current/Savings Account”, klik pada tab “Services” dan klik pada “Debit Card Settings”
  • Klik butang togol bagi perkhidmatan yang berkaitan untuk membuat pilihan
  • Notifikasi AppAuthorise atau TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda
  • Tekan “Authorise" pada skrin AppAuthorise atau masukkan TAC, klik “Confirm” dan anda kini selesai!

 

3. Masukkan Kad Debit-i Anda

  • Selitkan Kad Debit-i Anda
  • Tekan “Debit Card Service Activation/Deactivation" pada menu utama
  • Pilih perkhidmatan yang berkaitan
  • Pilih "Activate (opt-in)” dan anda kini selesai!

 

4. Hubungi Pusat Panggilan Hong Leong di 03-7626 8899

 

5. Kunjungi mana-mana cawangan kami semasa waktu perbankan.
 

Langkah ini PENTING untuk mencegah penipuan dan melindungi Pemegang Kad daripada menjadi mangsa penipuan transaksi menggunakan perkhidmatan debit terus dan kad debit-i.

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung