Hong Leong Islamic Bank – Pematuhan

Pematuhan



PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM & PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (AML / CFT) SOAL SELIDIK

 

 

 

POLISI AML, AMALAN DAN PROSEDUR AM

Keterangan

Ya / Tidak

Adakah program pematuhan AML diluluskan oleh lembaga FI (Institusi Kewangan) atau jawatankuasa tertinggi?


Adakah FI (Institusi Kewangan) mempunyai program pematuhan undang-undang dan pengawalseliaan yang merangkumi pegawai yang ditugaskan yang bertanggungjawab menyelaras dan mengawasi rangka kerja AML?


Adakah FI (Institusi Kewangan) telah membangunkan polisi bertulis yang mendokumenkan proses yang mereka ada untuk mencegah, mengesan dan melaporkan transaksi yang mencurigakan?


Di samping pemeriksaan oleh penyelia / pengawal selia kerajaan, adakah klien FI (Institusi Kewangan) mempunyai fungsi audit dalaman atau pihak ketiga lain yang menilai polisi dan amalan AML secara tetap?


Adakah FI (Institusi Kewangan) mempunyai polisi yang melarang akaun / perhubungan dengan “Shell Bank”? (“Shell Bank” ditakrifkan sebagai sebuah bank yang diperbadankan dalam bidang kuasa di mana ia tidak mempunyai kehadiran fizikal dan yang tidak berkaitan dengan kumpulan kewangan yang dikawal selia.)


Adakah FI (Institusi Kewangan) mempunyai polisi untuk memastikan bahawa mereka tidak akan melakukan transaksi dengan atau bagi sebarang pihak “Shell Bank” melalui mana-mana akaun atau produknya?


Adakah FI (Institusi Kewangan) mempunyai polisi-polisi yang merangkumi hubungan dengan Orang Yang Terdedah Kepada Politik (Politically Exposed Person), keluarga mereka dan rakan-rakan terdekat?


Adakah FI (Institusi Kewangan) mempunyai prosedur pengekalan rekod yang mematuhi undang-undang yang berkaitan?


Adakah polisi dan amalan AML FI (Institusi Kewangan) digunakan pada semua cawangan dan anak syarikat FI (Institusi Kewangan) di negara asal dan juga di lokasi di luar bidang kuasa negara asal tersebut?


PENILAIAN RISIKO

Keterangan

Ya / Tidak

Adakah FI (Institusi Kewangan) mempunyai penilaian berasaskan risiko ke atas pangkalan pelanggannya dan urus niaga mereka?


Adakah FI (Institusi Kewangan) menentukan tahap yang sesuai untuk usaha wajar yang dipertingkatkan yang diperlukan bagi kategori pelanggan dan urus niaga yang FI (Institusi Kewangan) mempunyai sebab untuk mempercayai menimbulkan risiko aktiviti haram di atau melalui FI (Institusi Kewangan) ?


KETAHUI PELANGGAN ANDA, USAHA WAJAR ("DUE DILIGENCE") DAN USAHA WAJAR DIPERTINGKATKAN ("ENHANCED DUE DILIGENCE")

Keterangan

Ya / Tidak

Adakah FI (Institusi Kewangan) melaksanakan proses untuk mengenal pasti pelanggan-pelanggan yang bagi pihaknya mengekalkan atau mengendalikan akaun atau menjalankan transaksi?


Adakah FI (Institusi Kewangan) mempunyai keperluan untuk mengumpul maklumat mengenai aktiviti perniagaan pelanggannya?


Adakah FI (Institusi Kewangan) menilai polisi atau amalan AML pelanggan FInya?


Adakah FI (Institusi Kewangan) mempunyai proses untuk menilai semula dan, jika perlu, mengemaskini maklumat pelanggan yang berkaitan dengan maklumat klien berisiko tinggi?


Adakah FI (Institusi Kewangan) mempunyai prosedur untuk membuka rekod untuk setiap pelanggan baru dengan mengambil kira dokumen pengenalan masing-masing serta maklumat 'Kenali Pelanggan Anda'?


Adakah FI (Institusi Kewangan) melengkapkan penilaian berasaskan risiko untuk memahami transaksi biasa dan transaksi jangkaan pelanggannya?


URUS NIAGA YANG PERLU DILAPORKAN SERTA PENCEGAHAN DAN PENGESANAN URUS NIAGA DENGAN DANA YANG DIPEROLEHI SECARA HARAM

Keterangan

Ya / Tidak

Adakah FI (Institusi Kewangan) mempunyai polisi atau amalan untuk pengenalpastian dan pelaporan transaksi yang perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa?


Jika pelaporan transaksi tunai adalah wajib, adakah FI (Institusi Kewangan) mempunyai prosedur untuk mengenal pasti transaksi yang terstruktur untuk mengelakkan kewajiban tersebut?


Adakah FI (Institusi Kewangan) menapis/skrin pelanggan dan transaksi terhadap senarai individu, entiti atau negara yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan atau pihak berkuasa yang kompeten?


Adakah FI(Institusi Kewangan) mempunyai polisi untuk memastikan bahawa ia hanya beroperasi dengan bank koresponden yang memiliki lesen untuk beroperasi di negara asalnya?


Adakah FI (Institusi Kewangan) mematuhi Prinsip Transparensi Wolfsberg dan penggunaan format mesej SWIFT MT 202 / 202COV dan MT 205 / 205COV yang sesuai?1


PEMANTAUAN TRANSAKSI

Keterangan

Ya / Tidak

Adakah FI (Institusi Kewangan) mempunyai program pemantauan untuk aktiviti mencurigakan atau luar biasa yang merangkumi pemindahan dana dan instrumen kewangan seperti “travelers checks”, pesanan wang, dan lain-lain?


LATIHAN AML

Keterangan

Ya / Tidak

Adakah FI (Institusi Kewangan) menyediakan latihan AML kepada pekerja yang berkaitan termasuk: - Pengenalpastian dan pelaporan urus niaga yang mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa kerajaan. - Contoh-contoh bentuk pengubahan wang haram yang melibatkan produk dan perkhidmatan FI (Institusi Kewangan). - Polisi dalaman untuk mencegah pengubahan wang haram.


Adakah FI (Institusi Kewangan) mengekalkan rekod sesi latihannya termasuk rekod kehadiran serta bahan latihan yang relevan yang digunakan?


Adakah FI (Institusi Kewangan) menyampaikan undang-undang berkaitan AML baru atau perubahan kepada polisi atau amalan berkaitan AML yang sedia ada kepada pekerja yang berkaitan?


Adakah FI (Institusi Kewangan) menggunakan pihak ketiga untuk menjalankan fungsi AML?


Jika jawapan kepada soalan 27 adalah YA, adakah FI (Institusi Kewangan) menyediakan latihan AML kepada pihak ketiga yang berkaitan termasuk: - Pengenalpastian dan pelaporan urus niaga yang mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa kerajaan. - Contoh-contoh bentuk pengubahan wang haram yang melibatkan produk dan perkhidmatan FI (Institusi Kewangan). - Polisi dalaman untuk mencegah pengubahan wang haram.


Nama : Mr. James Edwin John

Jawatan : Head of Financial Crime

Alamat : Level 22, Menara Hong Leong,

No. 6, Jalan Damanlela,

Bukit Damansara, 50490,

Kuala Lumpur, Malaysia

Nombor Telefon : +603-2081 8888

No Faks : +603-20818919

Tarikh : 16th November 2022

1 Empat piawaian pesanan pembayaran yang perlu dipatuhi adalah: i) FI (Institusi Kewangan)  tidak boleh meninggalkan, memadam atau mengubah maklumat dalam mesej pembayaran atau pesanan untuk tujuan mengelakkan pengesanan maklumat itu oleh FI (Institusi Kewangan)  lain dalam proses pembayaran; ii) FI (Institusi Kewangan)  tidak boleh menggunakan apa-apa mesej pembayaran tertentu untuk mengelakkan pengesanan maklumat oleh FI (Institusi Kewangan)  lain dalam proses pembayaran; iii) Tertakluk kepada undang-undang yang diguna pakai, FI (Institusi Kewangan)  hendaklah bekerjasama sepenuhnya dengan praktikal FI lain dalam proses pembayaran apabila meminta untuk memberikan maklumat mengenai pihak-pihak yang terlibat; dan (iv) FI(Institusi Kewangan)  perlu menggalakkan koresponden-koresponden bank mereka untuk mematuhi prinsip-prinsip ini. Sumber: https://www.wolfsberg-principles.com/sites/default/files/wb/pdfs/wolfsberg-standards/13.%20Wolfsberg_NYCH_Statement_on_Payment_Message_Standards_%282007%29.pdf

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.