HongLeong Bank Logo
  • Priority
  • Islamic
  • Global Markets
  • Blue Header
  • Interim Homepage
  • Priority Banking Form
  • test
  • test
  • Loan Cal
  • Log Viewer
  • asdsadsad
  • stand alone page
  • Master Form Page
  • Master Form Page
HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Personal
  • Business
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions

Unit Amanah

  • Urus Kewangan Saya >
  • Unit Amanah

UNIT AMANAH

unit amanah
Saya Berminat
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg
Pelbagai pilihan dana unit amanah patuh Syariah yang memenuhi matlamat pelaburan anda

KELEBIHAN YANG BAKAL ANDA NIKMATI

KELEBIHAN YANG BAKAL ANDA NIKMATI

iconImage-/content/dam/hlisb-new/my/images/UnitTrustFunds/unit_trust_tile 1.svg
Pelaburan permulaan serendah RM1,000
iconImage-/content/dam/hlisb-new/my/images/UnitTrustFunds/unit_trust_tile 2.svg
Pelbagai pilihan Dana Unit Amanah
iconImage-/content/dam/hlisb-new/my/images/UnitTrustFunds/unit_trust_tile 3a.svg
Kepakaran pengurus dana yang profesional
Iklan ini tidak disemak oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC).

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg
1. Semak kelayakan anda
Penuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Syarikat Pengurusan Dana Unit Amanah.
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg 2. Sediakan sejumlah wang untuk pelaburan
Minimum jumlah pelaburan permulaan bergantung pada portfolio yang anda pilih
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg
3. Dana unit amanah akan didaftarkan pada nama anda
Perjalanan pelaburan anda kini bermula!

MAKLUMAT LANJUT

  • Kriteria Kelayakan
  • Jenis-Jenis Unit Amanah
  • Soalan Lazim

 

Akaun Unit Amanah diklasifikasikan antara akaun individu dan bukan individu. Berikut adalah jenis-jenis umum pelanggan yang layak untuk membuka Akaun Unit Amanah. Sila rujuk kepada Perunding Unit Amanah kami untuk penjelasan lanjut.

 

Individu
Bukan Individu
  1. Peribadi
    • Individu mestilah berusia 18 tahun ke atas (berdasarkan tarikh lahir).
  2. Bersama
    • Ini adalah akaun Unit Amanah di mana terdapat lebih daripada satu pemegang akaun.
    • Akaun Unit Amanah bersama adalah terhad kepada 3 pemegang akaun bersama sahaja.
    • Semua pemegang akaun mestilah individu berumur 18 tahun ke atas (berdasarkan tarikh lahir).
    • Pemegang akaun bersama boleh menjadi individu, sama ada pemastautin atau bukan pemastautin.

 

Catatan:

  • Pelanggan dikehendaki mengekalkan Akaun Semasa atau Akaun Simpanan Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic Bank sebelum membuka Akaun Unit Trust.Bagi pelaburan unit amanah mata wang asing, pelanggan dikehendaki mengekalkan Akaun Mata Wang Asing (FCA).
  • Individu Amerika Syarikat, Individu Bukan Amerika Syarikat dengan Indicia dan Recalcitrant Amerika Syarikat tidak dibenarkan melabur dalam dana unit amanah dengan Bank.
  1. Syarikat-syarikat
    • Jenis syarikat yang dihadkan oleh saham iaitu:
    • Syarikat Sendirian Berhad (Sendirian Berhad)
    • Syarikat Terbatas Awam (Berhad)
  2. Persatuan / Kelab / Pertubuhan
    • Persatuan / Kelab / Persatuan adalah organisasi bagi mereka yang berminat dalam aktiviti tertentu atau punya pekerjaan tertentu atau mempunyai minat atau tujuan yang sama. Walau bagaimanapun, tujuan organisasi bukanlah untuk sebarang perniagaan untuk menjana wang.
    • Mereka dikehendaki berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan
  3. Pemilikan Tunggal
    • Pemilikan Tunggal adalah perniagaan yang dimiliki oleh individu.
    • Ia mesti didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selaras dengan Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956.
    • Nama perniagaan boleh berdasarkan nama pemilik (pemilik tunggal) atau nama dagangan.
  4. Perkongsian
    • Perkongsian adalah perniagaan yang dimiliki oleh lebih dari satu individu.
    • Perkongsian mesti didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selaras dengan Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956.
    • Sebarang perubahan dalam butir-butir perkongsian mesti didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

Pelaburan KWSP

  • Warga Malaysia ATAU Pemastautin Tetap ATAU Bukan Warganegara Malaysia (didaftarkan sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
  • Di bawah umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan yang mencukupi dengan KWSP
  • Formula: (Baki dalam Akaun 1 - Simpanan Asas) x 30% = Amaun boleh dilaburkan
  • Amaun yang boleh dilaburkan adalah anggaran jumlah pengiraan kasar bagi Skim Pelaburan ahli dan tertakluk kepada jumlah pengeluaran minima sebanyak RM1,000.00.
  • Kelayakan pelaburan sebenar adalah berdasarkan baki yang ada dalam Akaun 1 dan tertakluk kepada terma dan syarat Skim Pelaburan Ahli semasa. Sila rujuk https://www.kwsp.gov.my/member/investment

 

Dana Unit Amanah mempunyai objektif , strategi pelaburan dan tahap risiko yang berbeza. Untuk menentukan unit amanah yang sesuai dengan objektif anda, anda perlu mempertimbangkan perkara berikut:

  • Apakah matlamat pelaburan anda?
  • Adakah anda melihat pada pelaburan jangka pendek atau jangka panjang?
  • Apakah jenis pulangan yang anda cari?
  • Apakah selera risiko anda?

 

Secara umumnya, terdapat beberapa jenis dana unit amanah yang berada di pasaran:

 

Jenis-jenis Dana Unit Amanah
Keterangan
Dana Ekuiti

Melabur terutamanya dalam saham patuh Syariah yang tersenarai sama ada di bursa saham tempatan dan/atau asing, dengan tahap risiko tinggi

Dana Seimbang
Melabur secara sama rata dalam ekuiti patuh Syariah dan instrumen pendapatan tetap (Sukuk & pasaran wang), dengan tahap risiko sederhana
Dana Sukuk
Melabur terutamanya dalam Sukuk & sekuriti hutang Islam yang lain, dengan tahap risiko yang rendah
Dana Pasaran Wang
Melabur terutamanya dalam instrumen pasaran wang Islam (bil perbendaharaan jangka pendek yang biasanya tidak boleh diakses oleh pelabur individu), dengan tahap risiko rendah
Dana Berstruktur
Melabur terutamanya dalam nota berstruktur yang membeli sekuriti kupon sifar penarafan tinggi yang cukup untuk membayar balik 100% daripada amaun prinsipal nota berstruktur pada tarikh matang (biasanya 3 tahun). Hasil bersih daripada nota berstruktur diperuntukkan terlebih dahulu untuk pembelian sekuriti kupon sifar manakala selebihnya untuk pelaburan dana dengan objektif untuk menghasilkan pulangan

 

Penafian:

Maklumat ini bukan dimaksudkan sebagai jemputan atau tawaran untuk melanggan Unit Amanah, juga bukan rayuan oleh bank untuk melanggan Unit Amanah oleh sesiapa. Pelabur dinasihatkan supaya membaca dan memahami isi kandungan prospektus sebelum melabur. Pelabur perlu maklum bahawa terdapat fi dan caj yang terlibat dalam pembelian Unit Amanah. Pelabur dinasihatkan supaya menimbang fi dan caj yang terlibat sebelum  melabur  dan  berunding  dengan  penasihat  kewangan  berlesen  atau  penasihat profesional  yang  lain,  jika  ragu-ragu  akan  apa-apa  ciri  atau  jenis  dana  ini. Sila  maklum  bahawa  harga  unit  dan dividen yang  dibayar, jika  ada,  boleh  naik  atau  turun. Prestasi  dana  pada  masa  lalu  bukanlah  menjadi  petunjuk akan  prestasi  masa  akan  datang. Pulangan  pelaburan  Unit  Amanah  tidaklah  dijamin  dan  Unit  Amanah bukanlah  deposit  bank atau  kewajipan,  juga  tidak  dijamin  atau  diinsuranskan  oleh  Bank dan  terdedah  kepada risiko  pelaburan,  termasuk  kemungkinan  hilang  amaun  pokok  yang  dilaburkan. Skim  Unit  Amanah tidak diinsuranskan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.

 

 

 

1. Bagaimanakah untuk saya tahu sama ada Perunding Unit Amanah (PUA) telah diberi kuasa untuk mempromosikan unit amanah?

PUA yang berdaftar mempunyai Kad Kuasa yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), yang mesti ditunjuk kepada pelanggan semasa mempromosikan unit amanah. Jika tidak, sila minta untuk melihat Kad Kuasa tersebut dan pastikan kesahihannya.

 

2. Apakah jenis-jenis maklumat yang akan diminta oleh PUA daripada saya?

Anda dijangka akan memberikan maklumat kepada PUA tentang diri anda termasuk latar belakang keluarga, sikap terhadap risiko, matlamat kewangan anda dan maklumat lain yang berkaitan. Maklumat ini membolehkan PUA untuk menilai keperluan anda dan mengesyorkan dana yang sesuai dengan anda. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu mendedahkan maklumat-maklumat ini, sekiranya anda memutuskan sebaliknya. Paling penting, anda adalah orang yang paling layak untuk membuat keputusan tentang maklumat yang anda ingin berikan kepada PUA. Walau bagaimanapun, pelabur digalakkan untuk memberikan maklumat yang diperlukan untuk membolehkan PUA membuat penilaian yang sewajarnya terhadap keperluan pelaburan anda.

 

3. Adakah maklumat yang saya berikan kepada PUA akan disimpan dengan selamat?

Maklumat pelanggan adalah rahsia dan sebarang pendedahan hanya dibuat dengan persetujuan tertulis dari pelanggan terlebih dahulu (kecuali atas arahan undang-undang).

 

4. Apa yang patut saya harapkan dari PUA?

PUA akan menangani keperluan pelaburan anda secara terbuka, jujur dan profesional. Peranan PUA adalah untuk secara aktif memberikan maklumat semasa "wawancara" dengan anda dan selepas itu, untuk mengkaji portfolio pelaburan amanah saham anda secara berterusan, serta semasa keadaan ekonomi atau keadaan peribadi anda berubah. PUA harus mencadangkan portfolio yang paling sesuai dengan keperluan anda, keadaan peribadi dan matlamat kewangan.

 

5. Apakah yang perlu saya lakukan semasa pertemuan dengan PUA?

Anda harus bertanyakan tentang segalanya mengenai dana unit amanah yang anda tidak pasti. Anda tidak perlu menandatangani atau bersetuju dengan apa-apa kecuali anda telah membaca dan memahaminya, dan jangan bersetuju atau menandatangani borang kosong. Anda berhak untuk memikirkan berkenaan keputusan pelaburan anda selama mana yang anda perlukan.

 

6. Apakah penjelasan yang patut saya harapkan dari PUA sebelum membeli dana unit amanah yang disyorkan?

PUA mesti menerangkan secara jelas kepada anda perkara-perkara berikut: -

  • Objektif pelaburan dana unit amanah;
  •  Semua yuran dan / atau caj yang terlibat dalam pembelian dan pecahan-pecahannya;
  • Harga unit dan bagaimana ia berfungsi;
  • Risiko melabur dalam dana unit amanah secara umumnya;
  • Pelaburan minimum dalam dana unit amanah;
  • Apa-apa implikasi cukai khas untuk melabur dalam dana unit amanah;
  • Sebarang ciri unik dan / atau sekatan dana unit amanah;
  • Sifat jangka panjang kebanyakan pelaburan dalam dana unit amanah dan risiko pengeluaran awal daripada dana unit amanah;
  • Risiko yang terlibat jika membeli dana unit amanah menggunakan kemudahan pinjaman; dan
  • Dasar pengedaran dana.

 

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung