HongLeong Bank Logo
  • Priority
  • Islamic
  • Global Markets
  • Blue Header
  • Interim Homepage
  • Priority Banking Form
  • test
  • test
  • Loan Cal
  • Log Viewer
  • asdsadsad
  • stand alone page
  • Master Form Page
  • Master Form Page
HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Personal
  • Business
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions

HLM Takaful Legacy - BM

  • Urus Kewangan Saya >
  • HLM Takaful Legacy

HLM TAKAFUL LEGACY

hlm takaful legacy
Saya Berminat
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg Membantu melindungi yang tersayang, kini dan masa hadapan.

KENAPA PILIH HLM TAKAFUL LEGACY?

KENAPA PILIH HLM TAKAFUL LEGACY?

Melindungi Kesayangan Anda dan Diri Anda

Jika anda mengalami TPD (sebelum umur 65 tahun), Jumlah Perlindungan akan dibayar kepada anda yang mana boleh digunakan untuk penjagaan rawatan jangka masa panjang, bil perubatan, kos rehabilitasi dan perbelanjaan lain. Sebaliknya, jika berlaku kematian, Jumlah Perlindungan akan dibayar kepada keluarga anda.

Sumbangan Tetap

Kami menyediakan fleksibiliti untuk menetapkan pembayaran sumbangan anda pada kadar yang sama setiap tahun sepanjang tempoh pembayaran.

Manfaat Kematangan Pilihan

Kami akan membayar sepenuhnya sumbangan keseluruhan yang dibayar kepada kami apabila pelan anda matang pada umur luput iaitu 80 tahun (umur pada harijadi akan datang) sekiranya anda memilih manfaat ini.

Had Bukan-Perubatan Tinggi

Anda boleh dilindungi sehingga RM2 juta tanpa perlu membuat pemeriksaan perubatan bergantung kepada umur dan keadaan kesihatan anda.
ENTER FREE TEXT HERE
Icon With Text
Icon With Text


KELEBIHAN YANG BAKAL ANDA NIKMATI

KELEBIHAN YANG BAKAL ANDA NIKMATI

iconImage-/content/dam/hlisb-new/my/images/legacy/legacy-4.svg
Membantu benefisiari anda melunaskan bil atau pinjaman tertunggak
iconImage-/content/dam/hlisb-new/my/images/legacy/legacy-5.svg
Sokongan kewangan untuk benefisiari anda agar untuk mengekalkan gaya hidup mereka
iconImage-/content/dam/hlisb-new/my/images/legacy/legacy-6.svg
Membayar pendidikan anak-anak anda

Tertakluk pada terma dan syarat.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan.

Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi

Hong Leong MSIG Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg
1. Kelayakan

Pemegang Sijil mestilah berumur 18 tahun dan ke atas ( umur pada harijadi akan datang).

Orang Dilindungi mestilah berumur diantara 30 hari hingga 55 tahun ( umur pada harijadi akan datang).

Icon With Text
Icon With Text
Icon With Text
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg
2. Dapatkan fleksibiliti yang anda perlukan
 
Anda hanya bayar 2, 5, 8 atau 10 tahun dan akan dilindungi sehingga umur 80 tahun (umur pada harijadi akan datang)
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg
3. Jumlah Perlindungan
Anda boleh memilih Jumlah Perlindungan berdasarkan keperluan dan kemampuan anda bermula dari RM250,000 hingga jumlah maksimum yang bergantung kepada umur dan keadaan kesihatan anda. 

MAKLUMAT LANJUT

  • Helaian Pendedahan Produk
  • Risalah Produk
  • Panduan Perkhidmatan Takaful
  • Risalah TIPS
  • Soalan Lazim

Helaian Pendedahan Produk

Risalah Produk

Panduan Perkhidmatan Takaful

Risalah TIPS

 

 

1. Apakah maksud Takaful?

Istilah ‘Takaful’ merujuk kepada skim berdasarkan persaudaraan, perpaduan dan saling membantu yang menyediakan bantuan dan pertolongan kewangan kepada peserta-peserta sekiranya diperlukan di mana peserta-peserta bersetuju untuk menyumbang untuk tujuan tersebut. Setiap peserta bersetuju untuk menyumbang berdasarkan Tabarru’ (derma) yang disatukan untuk memberi manfaat semasa berlakunya kejadian malang yang dialami oleh mana-mana peserta. 

 

2. Adakah terdapat pilihan untuk mendapatkan perlindungan melalui permohonan yang dipermudah?

Ya, kami menawarkan produk serupa yang dikenali sebagai HLM Takaful i-Saver20 Plus dengan permohonan dipermudah atas dasar kempen yang akan kami umumkan mengikut budi bicara kami. Tiada soalan kesihatan yang akan ditanya dan anda dikehendaki mengaku bahawa Orang Dilindungi: 

 

  • sihat secara mental dan mampu menjawab soalan semasa temuduga (hanya berkenaan untuk umur 5 dan ke atas); dan 
  • buat masa ini tidak diwadkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Kritikal (CCU), Unit Rawatan Separa Rapi (HDU), atau terlantar sakit; dan 
  • buat masa ini tidak mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal. 

 

Ciri-ciri HLM Takaful i-Saver20 Plus adalah hampir serupa dengan HLM Takaful i-Saver20. Salah satu perbezaan HLM Takaful i-Saver20 Plus adalah sekiranya berlaku kematian atau TPD yang bukan disebabkan oleh kemalangan semasa tahun sijil ke-1 dan ke-2, manfaat dibayar akan terhad kepada jumlah sumbangan yang telah dibayar. Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk (PDS) untuk butiran produk atau kakitangan bank untuk maklumat lanjut.

 

3. Apakah rider yang tersedia untuk meningkatkan perlindungan saya? 

Tiada rider yang boleh dilampirkan kepada HLM Takaful i-Saver20. 

 

4. Apakah cara pembayaran sumbangan? 

Anda boleh membayar sumbangan anda secara tahunan, separa tahunan, suku tahunan atau bulanan melalui kad kredit atau debit auto. 

 

5. Apakah pengecualian untuk HLM Takaful i-Saver20? 

 

  • Manfaat Kematian tidak akan dibayar untuk kematian akibat secara langsung atau tidak langsung dari bunuh diri dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh permulaan sijil.
  • Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD) tidak akan dibayar bagi sebarang keadaan/kecederaan/ peristiwa yang berlaku secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman, di bawah pengaruh alkohol, narkotik atau dadah, aktiviti penerbangan sendiri, perkhidmatan ketenteraan, peperangan, tindakan keganasan, tindakan jenayah, aktiviti dan sukan yang berbahaya dan yang seumpama dengannya. 
  • Manfaat Kematian akibat Kemalangan tidak akan dibayar untuk kematian akibat kemalangan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kecederaan diri sendiri semasa siuman atau tidak siuman, rusuhan dan kekecohan awam, mogok atau kegiatan pengganas, peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, revolusi atau sebarang operasi perang. 

 

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk sijil Takaful untuk senarai lengkap pengecualian..

 

6. Apakah yang berlaku jika saya menamatkan sijil saya lebih awal?

Anda boleh menyerahkan sijil anda dengan mengembalikan sijil kepada kami berserta notis bertulis yang ditandatangani oleh anda. Nilai serahan tunai daripada PRF (jika ada) ditolak caj serahan ditambah nilai akaun PIA (jika anda memilih Pilihan 2 bagi Living Rewards) akan dibayar. Anda akan kehilangan manfaat di bawah sijil anda dan amaun yang akan dibayar kepada anda mungkin kurang berbanding jumlah sumbangan yang telah anda bayar.

 

7. Adakah sumbangan yang dibayar untuk HLM Takaful i-Saver20 layak untuk pelepasan cukai pendapatan? 

Ya. Anda layak mendapat pelepasan cukai peribadi di bawah “Insurans Hayat dan EPF” bagi sumbangan yang dibayar, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

 

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung