HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions

HLM Takaful Legacy - BM

  • Urus Kewangan Saya >
  • HLM Takaful Legacy

HLM TAKAFUL LEGACY

hlm takaful legacy
Saya Berminat
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg Membantu melindungi yang tersayang, kini dan masa hadapan.

KENAPA PILIH HLM TAKAFUL LEGACY?

KENAPA PILIH HLM TAKAFUL LEGACY?

Melindungi Kesayangan Anda dan Diri Anda

Jika anda mengalami TPD (sebelum umur 65 tahun), Jumlah Perlindungan akan dibayar kepada anda yang mana boleh digunakan untuk penjagaan rawatan jangka masa panjang, bil perubatan, kos rehabilitasi dan perbelanjaan lain. Sebaliknya, jika berlaku kematian, Jumlah Perlindungan akan dibayar kepada keluarga anda.

Sumbangan Tetap

Kami menyediakan fleksibiliti untuk menetapkan pembayaran sumbangan anda pada kadar yang sama setiap tahun sepanjang tempoh pembayaran.

Manfaat Kematangan Pilihan

Kami akan membayar sepenuhnya sumbangan keseluruhan yang dibayar kepada kami apabila pelan anda matang pada umur luput iaitu 80 tahun (umur pada harijadi akan datang) sekiranya anda memilih manfaat ini.

Had Bukan-Perubatan Tinggi

Anda boleh dilindungi sehingga RM2 juta tanpa perlu membuat pemeriksaan perubatan bergantung kepada umur dan keadaan kesihatan anda.
ENTER FREE TEXT HERE
Icon With Text
Icon With Text


KELEBIHAN YANG BAKAL ANDA NIKMATI

KELEBIHAN YANG BAKAL ANDA NIKMATI

iconImage-/content/dam/hlisb-new/my/images/legacy/legacy-4.svg
Membantu benefisiari anda melunaskan bil atau pinjaman tertunggak
iconImage-/content/dam/hlisb-new/my/images/legacy/legacy-5.svg
Sokongan kewangan untuk benefisiari anda agar untuk mengekalkan gaya hidup mereka
iconImage-/content/dam/hlisb-new/my/images/legacy/legacy-6.svg
Membayar pendidikan anak-anak anda

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg
1. Kelayakan

Pemegang Sijil mestilah berumur 18 tahun dan ke atas ( umur pada harijadi akan datang).

Orang Dilindungi mestilah berumur diantara 30 hari hingga 55 tahun ( umur pada harijadi akan datang).

Icon With Text
Icon With Text
Icon With Text
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg
2. Dapatkan fleksibiliti yang anda perlukan
 
Anda hanya bayar 2, 5, 8 atau 10 tahun dan akan dilindungi sehingga umur 80 tahun (umur pada harijadi akan datang)
iconImage-/content/dam/hlisb-new/commonimages/Bullet-Point.svg
3. Jumlah Perlindungan
Anda boleh memilih Jumlah Perlindungan berdasarkan keperluan dan kemampuan anda bermula dari RM250,000 hingga jumlah maksimum yang bergantung kepada umur dan keadaan kesihatan anda. 

MAKLUMAT LANJUT

  • Helaian Pendedahan Produk
  • Soalan Lazim
  • Panduan Perkhidmatan Banca
  • Risalah TIPS

Helaian Pendedahan Produk

Helaian Pendedahan Produk (Plus)

 

1. Apakah maksud Takaful?

Istilah ‘Takaful’ merujuk kepada skim berdasarkan persaudaraan, perpaduan dan saling membantu yang menyediakan bantuan dan pertolongan kewangan kepada peserta-peserta sekiranya diperlukan di mana peserta-peserta bersetuju untuk menyumbang untuk tujuan tersebut. Setiap peserta bersetuju untuk menyumbang berdasarkan Tabarru’ (derma) yang disatukan untuk memberi manfaat semasa berlakunya kejadian malang yang dialami oleh mana-mana peserta.

 

2. Bolehkah anda memberitahu saya dengan lebih lanjut mengenai dana di bawah HLM Takaful Legacy?

Hanya terdapat satu dana di bawah produk ini, iaitu Dana Risiko Peserta (PRF). Sumbangan yang telah dibayar selepas ditolak Yuran Wakalah akan disalurkan ke dalam PRF sebagai Tabarru’ untuk menyediakan manfaat takaful di bawah produk ini. Semua manfaat Takaful seperti Manfaat Kematian, TPD dan Manfaat Kematangan (jika ada) akan dibayar daripada PRF. Sebarang lebihan daripada PRF akan diagihkan dalam nisbah 50:50 di antara pengendali Takaful (berdasarkan prinsip Ju’alah) dan peserta yang layak.

 

3. Adakah terdapat pilihan untuk mendapat perlindungan melalui permohonan mudah?

Ya, melalui kempen, kami akan menawarkan permohonan mudah yang akan di beritahu dari masa ke masa di bawah produk HLM Takaful Legacy Plus. Tiada soalan kesihatan akan ditanya namun anda perlu mengisytiharkan bahawa Orang yang Dilindungi:

• Sihat secara mental dan mampu menjawab soalan ketika temuduga (hanya terpakai untuk umur 5 tahun dan ke atas); dan

• Bukan sedang diwadkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Kritikal (CCU), Unit Rawatan Separa Rapi (HDU), atau terlantar sakit; dan

• Bukan sedang mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.

 

4. Adakah terdapat rider untuk dilampirkan kepada HLM Takaful Legacy?

Tidak terdapat rider yang boleh dilampirkan kepada HLM Takaful Legacy.

 

5. Berapa lamakah saya perlu membayar sumbangan dan apakah pilihan cara pembayaran yang tersedia di bawah HLM Takaful Legacy?

Ia bergantung kepada tempoh sumbangan yang anda pilih, sama ada 2 tahun, 5 tahun, 8 tahun atau 10 tahun. Sumbangan akan dibayar mengikut cara pembayaran yang anda pilih: tahunan, separa tahunan, suku tahunan atau bulanan.

Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk dan Ilustrasi Manfaat bagi amaun sumbangan dan maklumat atau kakitangan bank untuk maklumat lanjut.

 

6. Apakah sebab sekiranya manfaat tidak dibayar di bawah HLM Takaful Legacy?

a. Manfaat Kematian tidak akan dibayar sekiranya kematian berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada bunuh diri dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh permulaan sijil.

b. Manfaat TPD tidak akan dibayar sekiranya disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kecederaan diri sendiri semasa siuman atau tidak siuman, rusuhan dan kekecohan awam, mogok atau kegiatan pengganas, peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, revolusi atau sebarang operasi perang.

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk sijil Takaful untuk senarai lengkap pengecualian.

 

7. Apakah yang berlaku jika saya menamatkan sijil saya lebih awal?

Anda boleh menyerahkan sijil anda dengan mengembalikan sijil kepada Hong Leong MSIG Takaful Berhad berserta notis bertulis yang ditandatangani oleh anda. Nilai serahan tunai daripada PRF (jika ada) ditolak caj serahan akan dibayar. Anda akan kehilangan manfaat di bawah sijil anda dan amaun yang akan dibayar kepada anda mungkin kurang berbanding jumlah sumbangan yang telah anda bayar.

 

8. Adakah sumbangan yang dibayar untuk HLM Takaful Legacy layak untuk pelepasan cukai pendapatan?

Ya. Anda layak mendapat pelepasan cukai peribadi bagi sumbangan yang telah dibayar di bawah “Insurans Hayat/Takaful” sehingga RM3,000, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

 

Nota Penting:

HLM Takaful Legacy Plus adalah serupa dengan HLM Takaful Legacy kecuali sekiranya berlaku Kematian atau TPD yang disebabkan oleh perkara selain daripada Kemalangan pada tahun pertama dan kedua sijil, manfaat yang akan dibayar adalah terhad kepada jumlah sumbangan yang telah dibayar. HLM Takaful Legacy Plus hanya ditawarkan ketika sepanjang tempoh kempen sahaja.

 

Panduan Perkhidmatan Banca

Risalah TIPS

Penasihat Kecerdasan Buatan kami sedia untuk membantu anda

Sembang dengan kami

×

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung