Pembiayaan Solar Plus-i HLB HLISB

null

HongLeong Bank Logo
  • Priority
  • Islamic
  • Global Markets
  • Blue Header
  • Interim Homepage
  • Priority Banking Form
  • test
  • test
  • Loan Cal
  • Log Viewer
  • asdsadsad
  • stand alone page
  • Master Form Page
  • Master Form Page
HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Personal
  • Business
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions
  • Pembiayaan Pengguna-i >
  • Pembiayaan Solar Plus-i HLB
Pinjaman Solar Plus HLB

Pembiayaan Panel Solar fleksibel 
untuk rumah anda

Apply Now
Mohon sekarang

Ciri-ciri & Manfaat

  • Ciri-ciri & Manfaat
  • Rakan Kongsi Syarikat Solar
  • Keperluan & Kelayakan
  • Bagaimana untuk Memohon
  • Borang Permohonan
  • Helaian Pendedahan Produk
  • Fi & Caj
  • Soalan Lazim

Adakah bil elektrik rumah anda terlalu tinggi? Kurangkan sehingga 80% dengan penggunaan tenaga solar untuk membekalkan kuasa kepada rumah anda. Dengan Pembiayaan Solar Plus-i HLB, kami memudahkan anda untuk membeli and memasang panel solar di hartanah bertanah yang telah siap atau dalam pembinaan oleh Rakan Kongsi Syarikat Solar yang diluluskan oleh kami. 


Tingkatkan penjanaan kuasa melalui tenaga solar dengan Pembiayaan Solar Plus-i HLB sekarang!

Penjimatan Kos

Penjimatan sebanyak 50% hingga 80% di atas bil eletrik rumah anda

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

Pembiayaan yang fleksibel

Jumlah pembiayaan dari RM15,000 hingga RM60,000 untuk tempoh 3 hingga 10 tahun

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

Tenaga Lestari

Menggunakan tenaga solar yang boleh diperbaharui bagi mengurangkan jejak karbon dan memelihara alam sekitar.

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

Pakej Pembiayaan Kompetitif

Kemudahan pembiayaan berjangka yang memberi anda lebih penjimatan dengan pengiraan keuntungan harian

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

Pemasangan Tanpa Masalah & Cepat

Perkhidmatan pemasangan yang lengkap oleh Rakan Syarikat Solar kami

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

Ers Energy

ERS Energy

www.ers.my

ERS Energy adalah sebuah syarikat komprehensif panel solar yang menempatkan lebih 200 kakitangan terlatih secara profesional di rantau ASEAN. Sebagai penyedia perkhidmatan untuk Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan solar (EPCC), ERS Energy telah memberi perkhidmatan pemasangan lebih daripada 2 juta panel solar di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina dengan jumlah kapasiti lebih daripada 1GWp. Dengan kejayaan yang telah diperoleh melalui beberapa anugerah dan pencapaian piawan ISO 9001:2015, syarikat yang ditubuhkan 2019 ini berazam untuk terus membina masa depan yang lebih lestari.

Solaroo

Pekat Solar (Solaroo)

www.solaroo.my

Solaroo Sdn Bhd adalah syarikat milikan penuh Pekat Group Berhad yang menjadi antara syarikat pelopor dalam penyediaan perkhidmatan tenaga solar di Malaysia. Dengan lebih 21 tahun pengalaman, Pekat Solar telah melaksanakan projek pemasangan dengan jumlah kapisiti lebih daripada 150 MWp dan telah disenaraikan dalam Pasaran ACE di Bursa Malaysia pada 23 Jun 2021. Solaroo menawarkan pelbagai pakej menarik kepada pelanggan mereka dengan pelan bayaran yang fleksibel serta pemantauan langsung secara 24/7 melalui aplikasi mudah alih mereka yang ekslusif. Aplikasi percuma ini membolehkan pengurusan selenggaraan dan pemerhatian tahap modular dilakukan secara jauh serta boleh digunapakai oleh pengguna iPhone dan Android.

Solarvest

Solarvest

www.solarvest.my

Solarvest ialah syarikat tenaga bersih terkemuka dengan pengkhususan dalam perkhidmatan Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan turnkey penuh (EPCC) bagi penyelesaian fotovoltan solar (PV solar). Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan dengan penyepaduan penyelesaian AIoT untuk memaksimumkan prestasi sistem PV solar. Ditubuhkan pada 2012, Solarvest telah berjaya memasang lebih 400MWp projek solar di seluruh Malaysia, dan membantu lebih daripada 1100 isi rumah dan perniagaan dalam mengurangkan bil tenaga mereka. Diperakui oleh ISO45001, Solarvest menyasarkan untuk menyediakan produk berkualiti tinggi dan bernilai tambah supaya anda dapat memperoleh manfaat tenaga solar dengan cara yang benar-benar tanpa kerumitan - dari awal hingga akhir.

 
  • Hanya untuk pelanggan Pembiayaan Hartanah-i Hong Leong CM Flexi baharu dan sedia ada; dan pembiayaan semula Pembiayaan Hartanah dari institusi kewangan lain.
  • Sistem Panel Solar mesti dibeli dan dipasang oleh syarikat solar yang tersenarai dan diluluskan oleh Bank.
  • Hanya untuk hartanah kediaman bernilai RM400,000 dan ke atas.
  • Hanya untuk pelanggan dengan pendapatan bulanan kasar RM5,000 dan ke atas.
  • Hanya untuk hartanah kediaman yang siap dibina atau dalam pembinaan.

 

Nota: Semua permohonan tertakluk pada penilaian kredit dan kelulusan pembiayaan yang diberikan adalah mengikut budi bicara pihak Bank.

Step1

Langkah 1:

Pilih Rakan Kongsi Solar HLISB pilihan anda

Step2

Langkah 2:

Tetapkan tarikh rundingan dan lawatan tapak

Step3

Langkah 3:

Pemasangan panel solar di hartanah bertanah anda

Step4

Langkah 4:

Sahkan pemasangan & bayaran akan dibuat kepada syarikat solar


 

Mohon sini

Borang Permohonan


Helaian Pendedahan Produk

 

Notis Penting:

Sila klik SINI untuk senarai fi dan caj yang lengkap.

 


1. Apakah Pembiayaan Solar Plus-i HLB?

Pembiayaan Solar Plus-i HLB adalah pakej pembiayaan untuk membeli dan memasang sistem Solar Photovoltaic (PV) pada bumbung rumah kediaman bagi mengurangkan bil elektrik anda dengan menggunakan tenaga solar sebagai sumber alternatif untuk menjana kuasa elektrik.

 

2. Adakah pihak bank akan menentukan Penyedia Perkhidmatan kepada saya atau bolehkah saya memilih Penyedia Perkhidmatan saya sendiri?

Matlamat kami adalah untuk menyediakan proses pembiayaan yang lancar dan mudah untuk anda. Oleh itu, anda boleh memilih Penyedia Perkhidmatan dari senarai Rakan Kongsi Syarikat Solar kami yang berpengalaman yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda) Malaysia dan/atau Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

 

3. Jika saya bercadang untuk memasang sistem solar sendiri, bolehkah pihak Bank memberikan pembiayaan di bawah program ini?

Anda dikehendaki memilih salah satu daripada Penyedia Perkhidmatan yang telah diluluskan oleh pihak Bank untuk layak di bawah program ini.

 

4. Rumah saya terletak di Kelantan namun saya dapati tiada Penyedia Perkhidmatan berdekatan. Bolehkah saya memohon dan Penyedia Perkhidmatan manakah yang akan melayani pertanyaan saya?

Anda boleh menghubungi mana-mana Penyedia Perkhidmatan yang tersenarai sebagai Rakan Kongsi Syarikat Solar kami di laman sesawang HLISB yang bersedia untuk memenuhi keperluan semua pelanggan kami di Malaysia.

 

5. Saya tidak tahu berapa banyak panel solar yang perlu dipasang. Adakah saya perlu membayar caj penilaian awal?

Tiada caj yang akan dikenakan untuk penilaian awal. Penilaian awal akan dibuat berdasarkan bil elektrik (tiga bulan terakhir) hartanah kediaman di mana anda ingin memasang panel solar. Oleh itu, memberi alamat kediaman anda adalah memadai untuk Penyedia Perkhidmatan membuat penilaian awal pendahuluan.

 

6. Berapakah penjimatan yang dapat diperolehi dengan pemasangan panel solar di atas bumbung kediaman saya?

Tiada penyelesaian atau penjimatan kos yang bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz rumah, kilowatt sistem solar yang dipasang, kualiti peralatan dan had teknikal atau kawal selia. Lazimnya, penjimatan kos adalah sehingga 80% daripada penggunaan tenaga bulanan. Walau bagaimanapun, jumlah penjimatan anda mungkin lebih jika anda layak untuk insentif lain yang ditawarkan oleh kerajaan.

 

7. Berapakah kos panel solar?

Secara umumnya, sebuah rumah berkembar memerlukan saiz anggaran 950 kaki persegi panel solar (pada kapasiti kuasa 10kW). Maka, jumlah kos yang dianggarkan sekitar RM37,000. Harap maklum bahawa kos sebenar mungkin berbeza bergantung kepada faktor yang dinyatakan dalam Soalan 6 di atas.

 

Yang berikut ini juga mungkin menarik minat anda

Edit here to enter details for productdetail page promotion
special housing loan promo tile
Gadai Janji
Pinjaman Perumahan Istimewa

Ketahui Lebih Lanjut

housing loan promo tile en
Gadai Janji
Pinjaman Perumahan

Ketahui Lebih Lanjut

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung