Pelaburan | 03 Ogos 2020-30 Jun 2021
BAHARU! Ikuti perkembangan dan labur serta-merta dalam ASNB.
Perkhidmatan ini disediakan kepada semua pelanggan HLB Connect yang mempunyai pelaburan ASNB sedia ada.

Labur lebih untuk lebih ganjaran!
Tingkatkan pelaburan dalam Dana Harga Berubah dengan minimum RM10,000 dalam satu transaksi melalui Perbankan Dalam Talian HLB Connect untuk layak mendapat ganjaran tambah nilai Touch 'n Go eWallet.

Perhatian: Nombor PIN tambah nilai Touch 'n Go eWallet akan dihantar melalui SMS dalam masa 60 hari dari tarikh pelaburan dengan syarat ketersediaan peruntukan RM30,000 semasa tempoh promosi.
Sungguh mudah.
6 langkah mudah untuk meningkatkan pelaburan ASNB

Log masuk ke www.hongleongconnect.my

Pergi ke ‘Pay & Transact’ > di bawah ASNB > pilih ‘My Account’

Klik ‘New Subscription’

Pilih transaksi yang betul > isi amaun pelaburan > tandakan √ dalam petak jika bersetuju dengan Terma & Syarat dan Notis Privasi > klik ‘Next’

Masukkan Nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbit > klik ‘Submit’

Pengesahan dengan status transaksi akan dipaparkan
Tertakluk kepada terma dan syarat. Gambar ditunjukkan sebagai contoh sahaja. Amaun minimum bagi setiap transaksi adalah RM1 dengan maksimum RM50,000. Pelaburan dalam dana harga tetap bagi pelanggan bukan Bumiputera adalah tertakluk kepada ketersediaan unit. Tiada caj jualan dikenakan bagi dana harga tetap. Tidak tertakluk untuk pelanggan yang melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.
Pelanggan diingatkan bahawa produk ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia. Apa-apa wang yang dikeluarkan daripada deposit yang dilindungi PIDM untuk tujuan membeli apa-apa produk pelaburan tidak lagi dilindungi oleh PIDM.
Prospektus Induk Gantian ASNB bertarikh 1 Februari 2020 (“Prospektus”), telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sila baca dan fahami kandungan Prospektus tersebut bersama Halaman Serlahan Produk yang terdapat di laman sesawang, cawangan dan ejen ASNB. Unit akan diterbitkan setelah penerimaan borang pendaftaran yang merujuk dan mengiringi Prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila pertimbangkan risiko pelaburan serta yuran dan caj yang dikenakan. Harga unit dan pengagihan pendapatan, jika ada, mungkin turun dan/atau naik. Prestasi tabung masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan.