HLB Connect | 12 Mac 2020-31 Disember 2020
Tunaikan tanggungjawab zakat anda demi orang yang tersayang. Bayaran boleh dilakukan melalui Hong Leong Connect hari ini.
Terma dan syarat: Skim Kafalah Muzakki ini merupakan sebuah inisiatif oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk diberikan kepada waris pembayar zakat apabila berlaku kematian terhadap pembayar zakat yang membayar di PPZ-MAIWP serta tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Antara lainnya, matlamat Skim Kafalah Muzakki ini adalah sebagai membantu waris bagi meringankan bebanan kewangan dan kos-kos berkaitan setelah berlaku kematian pembayar zakat. Peranan Hong Leong Islamic Bank hanyalah membantu mengiklan serta mempromosikan Skim Kafalah Muzakki melalui saluran perbankan kami. Untuk layak menerima skim ini, minimum RM50 zakat setahun dibayar pada setiap tahun di PPZ-MAIWP, dan pembayaran zakat mestilah bermula pada tahun 2019. Bayaran zakat adalah tertakluk kepada semua jenis Zakat kecuali Zakat Fitrah. Pembayar zakat yang layak adalah pembayar yang membuat bayaran dalam tahun kematian atau mempunyai rekod bayaran zakat pada satu (1) tahun sebelum kematian. Permohonan tuntutan oleh waris/penama/pemohon adalah dalam masa 6 bulan selepas tarikh kematian. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my/kafalah