Penyemakan Terma & Syarat Bagi Akaun Deposit Tetap-i

HongLeong Bank Logo
  • Priority
  • Islamic
  • Global Markets
  • Blue Header
  • Interim Homepage
  • Priority Banking Form
  • test
  • test
  • Loan Cal
  • Log Viewer
  • asdsadsad
  • stand alone page
  • Master Form Page
  • Master Form Page
HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Personal
  • Business
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions
  • Berita & Maklumat Terkini >
  • Penyemakan Terma & Syarat Bagi Akaun Deposit Tetap-i
Banding Kad Kredit ()

Penyemakan Terma & Syarat Bagi Akaun Deposit Tetap-i

Malaysian Retail Banking Industry Customer Satisfaction Survey (CSS) Report for 2019

 

Notis untuk Penyemakan Terma & Syarat Bagi Akaun Deposit Tetap-i

 

Berkuatkuasa pada 12 Jun 2021, Terma & Syarat Umum bagi Akaun, Terma & Syarat bagi Deposit Tetap-i Hong Leong, Terma & Syarat Akaun Junior-i 3 dalam 1 dan Terma & Syarat Promosi Deposit Tetap-i akan disemak seperti berikut:

Terma dan Syarat

Klausa Tambahan

Terma & Syarat Umum (Bahagian I – Akaun Pelaburan Am-i HLISB)

 

Berkuatkuasa pada 12 Jun 2021 (“Tarikh Berkuatkuasa”), tiada lagi pengkreditan keuntungan secara interim iaitu setiap bulan atau setiap enam bulan (“Peraturan Baharu”).

 

  • Untuk semua Akaun Pelaburan Am-i yang baharu, keuntungan akan:

(a)   dikreditkan ke dalam Akaun Semasa-i atau Simpanan-i di bawah nama dan syarat tandatangan yang sama dengan Akaun Pelaburan Am-i hanya pada tarikh matang Akaun Pelaburan Am-i tersebut; atau

(b)   ditambah pada amaun pokok Akau Pelaburan Am- pada tarikh matang,

sebagaimana yang dipilih oleh Pelanggan semasa peletakan Akaun Pelaburan Am-i.

 

  • Untuk Akaun Pelaburan Am-i yang dibuka sebelum Tarikh Berkuatkuasa, keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa-i atau Simpanan-i pada setiap bulan atau enam bulan hingga akhir tempoh Akaun Pelaburan Am-i tersebut.** Sekiranya Akaun Pelaburan Am-i diperbaharui, sama ada secara manual atau secara automatik pada tarikh matang, Peraturan Baharu akan terpakai.

 

(**Sekiranya Akaun Pelaburan Am-i dikeluarkan sepenuhnya atau sebelum tempoh matang masing-masing atau tempoh minima seperti yang ditentukan oleh HLISB pada bila-bila masa dengan memberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar, HLISB berhak untuk menolak dari atau mendebit Akaun Pelaburan Am-i Pelanggan bagi semua keuntungan bulanan atau enam bulanan termasuk tetapi tidak terhad kepada semua keuntungan yang dibayar ke atas sebahagian pengeluaran awal.)

 

Ilustrasi:

Akaun Pelaburan Am-i yang diletakkan sebelum Tarikh Berkuatkuasa untuk tempoh 12 bulan, dan matang pada 31 Ogos 2021, akan menikmati pengkreditan keuntungan  setiap bulan. Setelah matang, Akaun Pelaburan Am-i tersebut akan diperbaharui selama 12 bulan lagi. Keuntungan diperolehi dari Akaun Pelaburan Am-i yang diperbaharui ini hanya akan dibayar pada akhir tempoh 12 bulan iaitu pada 31 Ogos 2022.

Terma & Syarat bagi Deposit Tetap-i Hong Leong (HLFD-i)

(Klausa 2: Akaun Deposit Tetap-i Hong Leong (“HLFD-i”)

Berkuatkuasa pada 12 Jun 2021 (“Tarikh Berkuatkuasa”), tiada lagi pengkreditan keuntungan secara interim iaitu setiap bulan atau setiap enam bulan (“Peraturan Baharu”).

 

  • Untuk semua HLFD-i yang baharu, keuntungan akan:

(a)   dikreditkan ke dalam Akaun Semasa-i atau Simpanan-i di bawah nama dan syarat tandatangan yang sama dengan HLFD-i  hanya pada tarikh matang HLFD-i tersebut; atau

(b)   ditambah pada amaun pokok HLFD-ipada tarikh matang,

sebagaimana yang dipilih oleh Pelanggan semasa peletakan HLFD-i.

 

  • Untuk HLFD-i yang dibuka sebelum Tarikh Berkuatkuasa, keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa-i atau Simpanan-i pada setiap bulan atau enam bulan hingga akhir tempoh HLFD-i tersebut.** Sekiranya HLFD-i diperbaharui, sama ada secara manual atau secara automatik pada tarikh matang, Peraturan Baharu akan terpakai.

 

(**Sekiranya HLFD-i dikeluarkan sepenuhnya atau sebelum tempoh matang masing-masing atau tempoh minima seperti yang ditentukan oleh HLISB pada bila-bila masa dengan memberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar, HLISB berhak untuk menolak dari atau mendebit Akaun HLFD-i Pelanggan bagi semua keuntungan bulanan atau enam bulanan termasuk tetapi tidak terhad kepada semua keuntungan yang dibayar ke atas sebahagian pengeluaran awal.)

 

Ilustrasi:

HLFD-i yang diletakkan sebelum Tarikh Berkuatkuasa untuk tempoh 12 bulan, matang pada 31 Ogos 2021, akan menikmati pengkreditan keuntungan  setiap bulan. Setelah matang, HLFD-ii tersebut akan diperbaharui selama 12 bulan lagi. Keuntungan diperolehi dari HLFD-i yang diperbaharui ini hanya akan dibayar pada akhir tempoh 12 bulan iaitu pada 31 Ogos 2022.

Terma & Syarat bagi Deposit Tetap-i Hong Leong (HLFD-i)

(Klausa 3.9: Pengecualian bagi akaun Deposit Tetap-i atas talian (eFD-i) melalui Hong Leong Connect”)

Berkuatkuasa pada 12 Jun 2021 (“Tarikh Berkuatkuasa”), tiada lagi pengkreditan keuntungan secara interim iaitu setiap bulan atau setiap enam bulan (“Peraturan Baharu”).

 

  • Untuk semua eFD-i yang baharu, keuntungan akan:

(a)   dikreditkan ke dalam Sumber CASA-i dan/atau CASA-i yang diperuntukkan hanya pada tarikh matang eFD-i tersebut; atau

(b)   ditambah pada amaun pokok e-FD-i pada tarikh matang,

sebagaimana yang dipilih oleh Pelanggan semasa peletakan eFD-i.

 

  • Untuk eFD-i yang dibuka sebelum Tarikh Berkuatkuasa, keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan ke dalam sumber CASA-i dan/atau CASA-i pada setiap bulan atau enam bulan hingga akhir tempoh eFD-i tersebut.** Sekiranya eFD-i diperbaharui, sama ada secara manual atau secara automatik pada tarikh matang, Peraturan Baharu akan terpakai.

 

(**Sekiranya eFD-i dikeluarkan sepenuhnya atau sebelum tempoh matang masing-masing atau tempoh minima seperti yang ditentukan oleh HLISB pada bila-bila masa dengan memberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar, HLISB berhak untuk menolak dari atau mendebit Akaun eFD-i Pelanggan bagi semua keuntungan bulanan atau enam bulanan termasuk tetapi tidak terhad kepada semua keuntungan yang dibayar ke atas sebahagian pengeluaran awal.)

 

Ilustrasi:

eFD-i yang diletakkan sebelum Tarikh Berkuatkuasa untuk tempoh 12 bulan, dan matang pada 31 Ogos 2021, akan menikmati pengkreditan keuntungan  setiap bulan. Setelah matang, eFD-i tersebut akan diperbaharui selama 12 bulan lagi. Keuntungan diperolehi dari  eFD-i yang diperbaharui ini hanya akan dibayar pada akhir tempoh 12 bulan iaitu pada 31 Ogos 2022.

Terma & Syarat Akaun Junior-i 3 dalam 1 (Klausa 3: Akaun dalam JA-i 3 dalam 1)

Berkuatkuasa pada 12 Jun 2021 (“Tarikh Berkuatkuasa”), tiada lagi pengkreditan keuntugan secara interim iaitu setiap bulan (“Peraturan Baharu”).

 

  • Untuk semua JFD-i yang baharu, keuntungan akan dikreditkan ke dalam JSA-i hanya pada tarikh matang JFD-i tersebut.
  • Untuk JFD-i yang dibuka sebelum Tarikh Berkuatkuasa, keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan ke dalam JSA-i pada setiap bulan hingga akhir tempoh JFD-i tersebut.** SekiranyaJFD-i diperbaharui, sama ada secara manual atau secara automatik pada tarikh matang, Peraturan Baharu akan terpakai.

 

(**Sekiranya JFD-i dikeluarkan sepenuhnya atau sebelum tempoh matang masing-masing atau tempoh minima seperti yang ditentukan oleh HLISB pada bila-bila masa dengan memberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar, HLISB berhak untuk menolak dari atau mendebit Akaun JFD-i Pelanggan bagi semua keuntungan bulanan atau enam bulanan termasuk tetapi tidak terhad kepada semua keuntungan yang dibayar ke atas sebahagian pengeluaran awal.)

 

Ilustrasi:

JFD-i yang diletakkan sebelum Tarikh Berkuatkuasa untuk tempoh 12 bulan, dan matang pada 31 Ogos 2021, akan menikmati pengkreditan keuntungan setiap bulan. Setelah matang, JFD-i tersebut akan diperbaharui selama 12 bulan lagi. Keuntungan diperolehi dari JFD-I yang diperbaharui ini hanya akan dibayar pada akhir tempoh 12 bulan iaitu pada 31 Ogos 2022.

Terma & Syarat Promosi Deposit Tetap-i

  • Berkuatkuasa pada 12 Jun 2021 (“Tarikh Berkuatkuasa”), keuntungan yang diperolehi daripada Akaun FD-i Sertaan akan dikreditkan ke dalam CASA/CASA-i Namaan Pelanggan Layak pada tarikh matang.
  • Apabila tarikh matang, Amaun pokok Peletakan FD-i akan diperbaharui secara automatik pada kadar semasa FD-i masing-masing dan kadar keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan ke dalam CASA/CASA-i Namaan Pelanggan Layak pada tarikh matang.

Produk Deposit-i dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit

Edit here to enter details for contact us

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung