Pelancaran Kad Debit-i Hong Leong di bawah Kad Visa
Kuala Lumpur, 9 Disember 2022
Pelancaran Kad Debit-i Hong Leong di bawah Kad Visa
Pelanggan yang Dihormati,
Mulai 1 Januari 2023, semua permohonan baharu, pembaharuan dan penggantian kad Hong Leong Debit-i atau kad Hong Leong Junior Debit-i akan dikeluarkan di bawah Kad Visa.
Sila akses laman sesawang HLISB di www.hlisb.com.my/debitcard-i untuk melihat Terma dan Syarat Kad Debit-i Hong Leong (T&C) dan Helaian Pendedahan Produk (PDS) dan pastikan anda sentiasa peka terhadap sebarang pengemaskinian atau variasi kepada T&C dan PDS.
Sila ambil maklum bahawa T&C dan PDS baharu akan tersedia berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Pelancaran Kad Debit-i Hong Leong di bawah Kad Visa mulai 1 Januari 2023
S. Apakah kesan pelancaran Kad Debit-i di bawah Kad Visa ini kepada pelanggan Kad Debit-i sedia ada di bawah MasterCard?
J. Tiada kesan kepada pelanggan sedia ada atau baharu. Walau bagaimanapun, sebarang pengeluaran, penggantian dan pembaharuan kad baharu akan dikeluarkan di bawah Kad Visa berkuat kuasa 1 Januari 2023.
S. Adakah saya perlu menukar Kad Debit-i di bawah MasterCard saya kepada Kad Debit-i di bawah Kad Visa pada 1 Januari 2023 dan seterusnya?
J. Tidak. Anda masih boleh menggunakan Kad Debit-i di bawah MasterCard anda sehingga tamat tempoh.
S. Adakah terdapat sebarang kesan jika saya ingin menukar Kad Debit-i di bawah MasterCard saya kepada Kad Debit-i di bawah Kad Visa?
J. Ya, sekiranya anda telah mendaftar untuk sebarang Arahan Tetap atau Pembayaran Automatik.
S. Adakah saya perlu menukar maklumat kad saya dengan mana-mana pengebil yang telah saya daftar untuk Arahan Tetap atau Pembayaran Automatik?
J. Ya, setiap pengebil perlu dimaklumkan tentang nombor kad baharu, tarikh tamat tempoh dan kod CVV.
S. Adakah terdapat sebarang bayaran/caj jika saya ingin menggantikan Kad Debit-i di bawah MasterCard saya yang sedia ada dengan Kad Debit-i di bawah Kad Visa?
J. Ya. Bayaran akan dikenakan untuk penggantian kad. Caj penggantian ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Produk |
Caj |
Pemegang Kad Priority Banking (PB) |
RM9 |
Akaun Simpanan Asas-i / Akaun Semasa Asas-i |
RM12 |
Akaun Simpanan-i / Akaun Semasa-i selain Akaun Simpanan Asas-i / Akaun Semasa Asas-i |
RM18 |
S. Bagaimanakah saya boleh menggantikan Kad Debit-i di bawah MasterCard saya dengan Kad Debit-i di bawah Kad Visa?
J. Anda boleh menggantikan Kad Debit-i di bawah MasterCard anda dengan Kad Debit-i di bawah Kad Visa melalui HLB Connect di www.hongleongconnect.my atau anda boleh melawat mana-mana cawangan HLISB/HLB.
Untuk penggantian/pembaharuan melalui HLB Connect sila rujuk kepada langkah berikut:
Langkah 1: Log masuk ke www.hongleongconnect.my
Langkah 2: Pergi ke ‘Other Services’ > ‘Debit/ATM Card’ > ‘Request Replacement Card’
Langkah 3: Pilih Akaun > Pilih ‘Block & Replace’ > Klik ‘Submit’
Langkah 4: Pilih Jenis Kad > Pengesahan Maklumat > Semak ‘Application Summary’
S. Bilakah saya akan menerima Kad Debit-i di bawah Kad Visa gantian saya jika saya memohon melalui HLB Connect?
J. Anda akan menerima Kad Debit-i di bawah Kad Visa gantian dalam masa 21 hari bekerja.
S. Saya telah memohon untuk kad gantian melalui HLB Connect pada 28 Disember 2022, kad apakah yang akan saya terima?
J. Kad Debit-i di bawah MasterCard. Semua permohonan untuk penggantian kad melalui HLB Connect sebelum 1 Januari 2023 akan menerima Kad Debit-i di bawah MasterCard.
S. Apakah yang berlaku kepada Kad Debit-i di bawah MasterCard lama saya sebaik sahaja saya menggantikannya dengan Kad Debit-i di bawah Kad Visa?
J. Kad Debit-i di bawah MasterCard yang lama akan dibatalkan secara automatik sebaik sahaja anda memperbaharui Kad Debit-i di bawah Kad Visa anda.
S. Adakah Kad Debit-i di bawah Kad Visa perlu diaktifkan setelah diganti?
J. Ya, kad boleh diaktifkan di HLB Connect (www.hongleongconnect.my) atau cawangan HLB/HLISB.
S. Siapa yang perlu saya hubungi untuk sebarang pertanyaan?
J. Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Hong Leong di 03-7626 8899 atau e-mel kami di hlonline@hlbb.hongleong.com.my
Terima kasih.