Hong Leong Islamic Bank Meminda SBR, IBR dan IFR
Kuala Lumpur, 11 Julai 2025: Berdasarkan pindaan terkini dalam Kadar Polisi Semalaman (“OPR”) Bank Negara Malaysia sebanyak 25 bps, Kadar Asas Standard (“SBR”) bagi Hong Leong Islamic Bank (“HLISB” atau “Bank”) akan dipinda kepada 2.75%.
Kadar Asas Islamik (“IBR”) akan dipinda kepada 3.63% daripada 3.88%. Pembiayaan berdasarkan Kadar Pembiayaan Islamik (“IFR”) juga akan dipinda kepada 6.64% daripada 6.89%.
Perubahan ini akan berkuat kuasa dari 14 Julai 2025.
Perubahan kadar tersebut adalah selaras dengan perubahan terkini OPR.