Hong Leong Islamic Bank Meminda SBR, IBR dan IFR
Kuala Lumpur, 08 Mei 2023: Berdasarkan maklumat terkini dalam Kadar Polisi Semalaman (“OPR”) Bank Negara Malaysia sebanyak 25 bps, Kadar Asas Standard (“SBR”) bagi Hong Leong Islamic Bank (“HLISB” atau “Bank”) akan dipinda kepada 3.00%.
Kadar asas Islamik (“IBR”) akan dipinda kepada 3.88% daripada 3.63%. Pembiayaan berdasarkan Kadar Pembiayaan Islamik (“IFR”) jugaakan dipinda kepada 6.89% daripada 6.64%.
Perubahan ini akan berkuat kuasa bermula 09 Mei 2023.
Perubahan pada Kadar adalah bersamaan dengan perubahan dalam OPR.