Hong Leong Islamic Bank Wins Excellence Award

HongLeong Bank Logo
  • Priority
  • Islamic
  • Global Markets
  • Blue Header
  • Interim Homepage
  • Priority Banking Form
  • test
  • test
  • Loan Cal
  • Log Viewer
  • asdsadsad
  • stand alone page
  • Master Form Page
  • Master Form Page
HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Personal
  • Business
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions
  • Berita & Maklumat Terkini >
  • Hong Leong Islamic Bank Merangkul Anugerah Kecemerlangan berkat Menerajui Perbankan Islam Digital di Malaysia
Banding Kad Kredit ()

Hong Leong Islamic Bank Merangkul Anugerah Kecemerlangan berkat Menerajui Perbankan Islam Digital di Malaysia

Malaysian Retail Banking Industry Customer Satisfaction Survey (CSS) Report for 2019

 

Kuala Lumpur, 15 Februari 2021 – Hong Leong Islamic Bank (“HLISB” atau “Bank”) baru-baru ini diumumkan pemenang Anugerah Kecemerlangan IRBA untuk Perbankan Islam Digital oleh anugerah global ternama, Anugerah Perbankan Runcit Islam (“IRBA”), berkat kejayaan menerajui inovasi dan membentuk landskap perbankan runcit Islam digital di Malaysia.  

 

En. Jasani Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif HLISB berkongsi bahawa Bank menghayati etos “berteraskan digital” yang menjadikan pelanggan tumpuan utama setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

 

“Kami amat berbesar hati dengan kemenangan anugerah kecemerlangan ini. Ini mengiktiraf trajektori serta ikhtiar pasukan kami untuk mencapai matlamat menyediakan pengalaman perbankan Islam digital dan Patuh Syariah yang tidak terbanding, beserta sentuhan insani dan empati, yang kami percaya menyuntik nilai kepada interaksi dan perhubungan dengan pelanggan kami,” kata Jasani.  

 

Sepanjang perjalanan digital ini, HLISB mencatatkan pencapaian disegani dalam perbankan runcit Islam digital, yang memenuhi keperluan pelanggan yang kian mengutamakan pelantar digital dan mudah alih. Bank melancarkan inisiatif Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”) yang membolehkan pelanggan membeli dana ASNB melalui HLB Connect, pelantar digital Bank. Selain itu, proses Pembiayaan ASNB di cawangan Bank dinaik taraf supaya proses menghantar permohonan dipermudahkan dengan hanya menggunakan komputer tablet yang tersedia di setiap cawangan.

 

Baru-baru ini, HLISB mencipta sejarah sebagai bank pertama di Malaysia yang menawarkan pengalaman ‘onboarding’ digital sepenuhnya dan mudah untuk penduduk Malaysia yang ingin membuka akaun dengan menggunakan aplikasi mudah alih Apply@HLB pada bila-bila masa. Lantaran COVID-19, kategori perkhidmatan ini bertepatan pada masa memandangkan situasi kegusaran umum dan peralihan serentak kepada gaya hidup ‘kesemuanya’ digital.

 

Selain itu, HLISB ialah perbankan Islam pertama yang membolehkan urusan Akaun Pelaburan Berjangka-i melalui pelantar digital yang menggantikan pengalaman pelaburan terdahulu, sekaligus menawarkan perkhidmatan mudah dan ringkas untuk membentuk pengalaman pelanggan bernilai tambah tinggi.   

 

HLISB turut bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”) untuk menawarkan cara lebih mudah dan pantas untuk pelanggan memenuhi tanggungjawab Zakat mereka, dengan meringkaskan proses pembayaran Zakat dalam talian. Kerjasama ini kemudian diperluaskan ke lima negeri iaitu Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, dan Sarawak. Selain itu, HLISB dilantik sebagai agen pengumpulan rasmi Pusat Wakaf MAIWP, membolehkan pelanggan menyumbang Wakaf Tunai melalui HLB Connect.

 

Inisiatif digital utama yang lain termasuk merangka semula dan mengolah Pay&Save-i, akaun simpanan berkeuntungan tinggi berciri semua dalam satu yang menawarkan fungsi pelbagai mata wang. Ciri terbaru ini mengizinkan pemegang akaun serta-merta menukar dan menyimpan 11 mata wang asing.

 

Bank juga menaik taraf laman sesawang dan memperluaskan fungsi kalkulator Pembiayaan dan Zakat. Selain itu, Kuiz Personaliti Kewangan berpacukan algoritma ditawar yang berupaya mencadangkan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan yang menepati profil peribadi dan memenuhi keperluan setiap pelanggan.  

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hlisb.com.my.

Edit here to enter details for contact us

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung