HLISB Turun Padang Untuk Komuniti Orang Asli
HLISB Lancar “Inisiatif HLISB Turun Padang”
HLISB menyediakan kit pencegahan COVID-19 dan bahan pendidikan kepada lebih daripada 1000 Orang Asli bagi
mengurangkan risiko penyebaran virus dalam kalangan komuniti luar bandar yang rentan
Kuala Lumpur, 15 Oktober – Dalam perjuangan berterusan menentang COVID-19, Hong Leong Islamic Bank (“HLISB” atau “Bank”) dengan inisiatif “HLISB Turun Padang” akan menghulurkan bantuan kepada tiga perkampungan Orang Asli di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan untuk memastikan komuniti Orang Asli turut terangkum dan memiliki akses kepada sumber dan perkembangan terkini dalam mencegah pandemic COVID-19. Di bawah inisiatif ‘Turun Padang,’ HLISB juga turut mengedarkan ‘Kit Pemula Kebiasaan Baharu’ serta bahan pendidikan tentang pencegahan COVID-19, memanfaatkan lebih daripada 1000 penduduk Orang Asli.
‘Kit Pemula Kebiasaan Baharu’ bertujuan membantu penduduk di Kampung Orang Asli Bah Sawa di Perak, Bukit Serok di Pahang dan Sungai Sempo di Negeri Sembilan untuk memperkasa dan melindungi diri. Bagi membantu komuniti Orang Asli dan yang rentan melalui pemberdayaan ekonomi, HLISB bekerjasama dengan The Asli Co., yang merupakan perusahaan sosial dengan memfokuskan penyediaan pendapatan lestari untuk kelompok ibu Orang Asli dan SURI, perusahaan sosial bertumpukan kitaran semula kain denim dan membantu kelompok ibu tunggal yang kurang bernasib baik memperoleh peluang pekerjaan.
The Asli Co. menyediakan cecair pembasmi kuman ‘hand sanitiser’ serta pelitup muka guna semula, yang dihasilkan dengan kerjasama SURI.
Jasani Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif HLISB berkata, “Kami memiliki tanggungjawab untuk lebih terangkum apabila mendekati komuniti rentan dan memastikan mereka memiliki akses kepada kelengkapan keperluan pencegahan COVID-19, serta pengetahuan yang diperlukan untuk bersama-sama membendung penularan virus, lebih-lebih lagi di dalam keadaan bilangan kes yang kian meningkat setiap hari. Komuniti Orang Asli memiliki pengetahuan yang mendalam dan terlindung sehingga ke hari kini, dan kami berisiko untuk kehilangan pengetahuan ini sekiranya berlaku penularan virus di dalam komuniti tersebut. Tujuan kami bukanlah sekadar menfokuskan dari segi langkah pencegahan, kami juga ingin membantu mereka memelihara cara hidup yang diwarisi, supaya mereka dapat menurunkan pengetahuan ini kepada generasi akan datang.”
Inisiatif ‘Turun Padang’ turut melibatkan pemberian bahan pendidikan serta tunjuk ajar langkah-langkah dan amalan terbaik pencegahan COVID-19 oleh HLISB kepada warga emas di perkampungan Orang Asli, bagi meningkatkan kesedaran dan keupayaan mereka untuk melindungi komuniti setempat dan cara hidup mereka. Wakil daripada HLISB berkongsi langkah-langkah menjaga amalan kebersihan yang elok, penggunaan dan penjagaan pelitup muka, serta cara pembuangan pelitup muka pakai buang bagi mengelakkan pencemaran.
“Dengan hanya satu inisiatif temu seru serta Tanggungjawab Sosial Korporat, dana yang diperoleh melalui zakat dapat meninggalkan kesan berganda dengan cara melindungi komuniti Orang Asli serta gaya hidup mereka, juga memberdayakan komuniti rentan. Tambahan pula dengan kerjasama The Asli Co. serta SURI, sekaligus ia dapat membuka peluang ekonomi bagi membantu mereka mengharungi keadaan semasa yang mencabar ini. Inilah caranya untuk #KitaJagaKita dalam membina dan membantu komuniti yang memerlukan sambil menyumbang kepada pemulihan ekonomi serta kesihatan umum,” tambah Jasani.
Tidak dilupakan juga kanak-kanak dari komuniti. HLISB menyumbang mainan, plastisin, buku nota dan makanan ringan kepada Tabika KEMAS di komuniti terlibat, bagi membawa sedikit keriangan dan kegembiraan di saat krisis kesihatan semasa melanda.
Dengan peningkatan bilangan kes COVID-19 Ia menjadi tanggungjawab semua untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan serta berhati-hati untuk melindungi golongan paling rentan di dalam masyarakat.