HLISB Pelan Bantuan Pembayaran
Kami Bersama Anda
Memandangkan Moratorium Pembiayaan 6 bulan akan berakhir pada 30 September 2020, kami telah menyediakan Pelan Bantuan Pembayaran HLISB (HLISB Payment Relief Assistance Plan) untuk memastikan bahawa kami dapat memberikan sokongan yang disasarkan kepada mereka yang memerlukannya selepas September 2020. Kami menggesa pelanggan untuk bertindak SEKARANG untuk:
- Menilai kedudukan kewangan semasa dan jangkaan anda pada bulan Oktober 2020, supaya bersama-sama dengan kami, anda dapat membuat pengaturan yang sesuai seawal mungkin.
Walaupun kami telah mulai menghubungi pelanggan sejak 1 Julai 2020 untuk memahami keadaan mereka, kami dapat membantu dengan lebih khusus jika pelanggan yang merasa memerlukan bantuan lebih lanjut secara proaktif juga menghubungi kami. - Bagi Pelanggan yang menjangka akan menghadapi kesukaran untuk memulakan semula pembayaran biasa anda pada bulan Oktober 2020, HLISB komited untuk memberikan bantuan tambahan, berdasarkan keadaan anda masing-masing, untuk membantu anda melalui pemulihan semula anda.
Pelan Bantuan Pembayaran HLISB kami akan memberikan fleksibiliti pembayaran yang bersesuaian dengan keadaan kewangan semasa anda.
Penerangan ringkas tentang pelbagai Pelan Bantuan Pembayaran HLISB adalah:
Jenis Pelan Bantuan mulai Oktober 2020 |
Pelanggan Individu |
Pelanggan Perniagaan ( PKS & Korporat) |
---|---|---|
Bayaran Keuntungan sahaja, untuk jangka masa tertentu |
✓ |
✓ |
Pengurangan ansuran bulanan - seperi 25%,50% atau 75% daripada jumlah ansuran untuk jangka masa tertentu |
✓ | ✓ |
Ansuran bertahap, bermula dengan ansuran yang rendah pada Oktober 2020 dan meningkat kembali ke ansuran bulanan penuh dalam jangka masa tertentu |
✓ | ✓ |
Menundakan sebarang pembayaran ansuran untuk tempoh terhad. Keuntungan akan dikenakan pada ansuran tertunda |
✓ | ✓ |
Pelan pembayaran kemudahan pembiayaan perdagangan |
✓ |
Sila rujuk di bawah tentang cara menghubungi kami supaya kami dapat berbincang dengan anda.
Untuk Pelanggan Individu |
Untuk Pelanggan Perniagaan ( PKS & Korporat) |
---|---|
Pelan Bantuan Pembayaran HLB/HLISB Tel: 603 7959 1888 (Isnin – Jumaat 8:45 pagi. – 7:00 malam)
atau
Talian Perkhidmatan Pelanggan HLB/HLISB Tel: 603 7626 8899 (Isnin – Sabtu 9:00 pagi – 9:00 malam)
atau
Emel:PaymentRelief@hlbb.hongleong.com.my
atau
Lawati Cawangan HLB terdekat (Isnin – Khamis 9:15 pagi – 4:30 petang; Jumaat 9:15 pagi – 4:00 petang) *Kelantan & Terengganu (Ahad – Rabu 9:15 pagi – 4:30 petang; Khamis 9:15 pagi – 4:00 petang) |
Talian Perkhidmatan Pelanggan HLB/HLISB Tel: 603 7626 8899 (Isnin – Sabtu 9:00 pagi – 9:00 malam)
atau
Emel: sme@hlbb.hongleong.com.my
atau
Hubungi pegurus perhubungan anda untuk mengetahui bagaimana kami boleh membantu anda ke arah pemulihan semula |
Program Penangguhan Pembiayaan Sedia Ada Untuk Individu dan PKS tersedia sehingga 30 September 2020.
Pada 1 April 2020, HLISB telah memperkenalkan program penangguhan pembayaran Pembiayaan enam bulan untuk pelanggan individu dan perniagaan yang layak di mana ansuran bulanan anda untuk tempoh bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020 ("Tempoh Penangguhan") telah ditangguhkan sehingga akhir tempoh pembiayaan (“Ansuran Ditangguhkan”).
Berikut adalah ringkasan tentang pelbagai pilihan yang telah diberi kepada para pelanggan sejak program ini dilancarkan pada 1 April 2020 tentang program penangguhan pembiayaan 6-bulan:
|
Bagi Pelanggan yang TIDAK MAHU MENYERTAI (OPT OUT) |
Bagi Pelanggan MAHU MENYERTAI (OPT IN) |
---|---|---|
Untuk Produk Pelanggan Individu dan PKS:
Pelanggan kad kredit sila rujuk di bawah untuk maklumat lanjut. |
Anda telah meneruskan pembayaran seperti biasa. Sila teruskan pembayaran semula/pembayaran anda. |
Anda telah menikmati moratorium pembayaran selama 6 bulan.
Pembayaran bulanan anda yang seterusnya akan bermula pada bulan Oktober 2020.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, sila hubungi kami di: Pelanggan individu E-mel: HLonline@hlbb.hongleong.com.my Nombor Telefon: 603-7626 8899
Pelanggan Perniagaan E-mel: sme@hlbb.hongleong.com.my |
Arahan Tetap (Standing Instructions/SI) |
|
Tindakan yang diperlukan menjelang 1 Oktober 2020:
|
Untuk Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Program Penangguhan Pembiayaan HLISB yang menepati keperluan kewangan anda dan komitmen anda untuk pembayaran serta bagaimana perbezaan antara produk pembiayaan bagi pelanggan individu dan peniaga perusahaan kecil, klik pada senarai Soalan-Soalan Lazim berikut:
Bagi terma dan syarat (T&S) tambahan Program Penangguhan Pembiayaan Perdagangan dan Pembiayaan Peribadi-i sila rujuk yang berikut;
Nota: program ini tamat (akan berakhir) pada 30 September 2020.