Penggabungan Cawangan Hong Leong Bank
Kuala Lumpur, 22 Mac 2024
Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap Hong Leong Bank.
Merujuk kepada notis berkenaan dengan penutupan cawangan berikut pada bulan Julai 2024, kami ingin maklumkan kepada anda bahawa penutupan cawangan berikut akan ditangguhkan. Cawangan berikut akan terus beroperasi dan anda boleh melakukan transaksi perbankan anda seperti biasa.
Hari Terakhir Beroperasi |
Cawangan Utama Semasa |
Cawangan Utama Baharu |
---|---|---|
Ditangguhkan |
Hong Leong Bank Cawangan Jitra, Kedah No 1520-2A, Pantai Halban, Jalan Kepala Batas, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. |
Hong Leong Bank Cawangan Alor Setar, Kedah Ground Floor & 1st Floor, No 212 Jalan Gangsa, Seberang Jalan Putra, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman. |
Anda juga boleh melakukan transaksi perbankan dengan lancar melalui cara-cara berikut:
a. Kunjungi mana-mana cawangan kami yang lebih daripada 220 atau 1,087 kemudahan terminal layan diri di seluruh negara seperti yang tersenarai di laman sesawang.
b. Layari platfom Perbankan Digital kami HLB Connect App dan Online untuk menggunakan perkhidmatan menyeluruh seperti Penyata Akaun, Pemindahan Dana, Pembayaran Bil dan sebagainya.
Bukan pengguna HLB Connect?
Nikmati perbankan mudah alih, imbas QR untuk muat turun HLB Connect App
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Pelanggan HLB di 03-7626 8899.
Kami menanti anda di cawangan ini untuk terus memberikan layanan terbaik di Cawangan Hong Leong Bank Jitra, Kedah.