Pengumuman dan Informasi berkaitan Covid-19
Kami Di Sini Untuk Anda
Dapatkan pengumuman dan maklumat terkini dari kami sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 ini.
Walaupun kita telah melihat tanda-tanda positif awal dalam mengawal penyebaran Covid-19 di Malaysia melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih ada ketidakpastian dan ini akan memberi kesan kepada aktiviti sosio-ekonomi kita untuk waktu terdekat.
Bagi membantu para pelanggan kami pada saat yang sukar ini, kami telah memperkenalkan penangguhan pembiayaan dan program bantuan kewangan yang menepati keperluan kewangan dan komitmen anda untuk pembayaran.
Kami komited bersama anda untuk meneruskan kerjasama dan sokongan semasa dan selepas tempoh 6 bulan penangguhan pembiayaan supaya anda bangkit kembali dengan lebih pantas dan teguh.
Utamakan keselamatan anda.
Skrol ke bawah untuk maklumat mengenai program penangguhan pembiayaan.
Program Penangguhan Pembiayaan Individu dan SME
Maklumat Penting Terkini Tentang Program Penangguhan Pembiayaan Kemudahan Sewa Beli (Pembiayaan Auto-i)
Berkuatkuasa dari 1 April 2020, HLISB telah memperkenalkan Program Penangguhan Pembayaran Pembiayaan selama enam (6) bulan untuk pelanggan Sewa Beli-i yang layak di mana bayaran anda dari tempoh 1 April 2020 hingga 30 September 2020 (“Tempoh Penangguhan”) telah ditangguhkan sehingga tamatnya tempoh Pembiayaan (“Ansuran Tertangguh”).
Kini, kami memerlukan pelanggan untuk melengkapkan satu proses persetujuan yang mudah untuk menyelaraskan Program Penangguhan ini, agar Akta Sewa Beli 1967 dipatuhi.
Pelanggan yang ingin terus mengambil bahagian dalam program moratorium selama 6 bulan ini perlu memberikan persetujuan mereka kepada pihak Bank selewat-lewatnya 30 September 2020.
Sila nyatakan penyertaan anda dalam program penangguhan ini dengan memberi Persetujuan untuk Program Penangguhan Pembayaran Sewa Beli-i selewat-lewatnya 30 September 2020. Sila klik DI SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program ini dan DI SINI untuk melengkapkan proses persetujuan.
Penyertaan Program Penangguhan Pembiayaan
Berikut adalah ringkasan tentang pelbagai pilihan yang telah diberi kepada para pelanggan sejak program ini dilancarkan pada 1 April 2020:
|
Bagi Pelanggan yang Memilih Untuk TIDAK MENYERTAI (Opt-Out) |
Bagi Pelanggan yang Memilih Untuk MENYERTAI (Opt-In) |
---|---|---|
Hanya Untuk Kemudahan Sewa Beli (Pembiayaan Auto-i) |
Sila teruskan pembayaran seperti biasa.
Sekiranya anda memilih untuk tidak mengambil bahagian setelah mengambil penangguhan pembiayaan pada bulan April dan Mei, sila buat pembayaran untuk bulan April dan Mei sebelum 30 September 2020, untuk mengelakkan caj pampasan dan tunggakan akaun anda. |
Sila nyatakan penerimaan program kepada HLISB sebelum 15 Jun 2020 melalui borang persetujuan, yang akan tersedia pada 8 Mei 2020.
Sekiranya anda tidak memberikan persetujuan anda untuk mengambil bahagian pada 15 Jun 2020, anda perlu membuat pembayaran balik pada tarikh akhir bermula Jun 2020 untuk mengelakkan caj pampasan. |
Untuk Pembiayaan yang lain |
Bagi Pelanggan yang Memilih Untuk TIDAK MENYERTAI (Opt-Out) |
Bagi Pelanggan yang Memilih Untuk MENYERTAI (Opt-In) |
---|---|---|
Tiada Arahan Tetap |
Sila teruskan pembayaran seperti biasa. |
Berhenti membuat pembayaran selama 6 bulan bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020. |
Dengan Arahan Tetap melalui by HLB/HLISB |
Sila lengkapkan borang ini untuk PILIH KELUAR dan mengaktifkan kembali Arahan Tetap anda. |
Tiada tindakan. Bayaran anda akan dihentikan secara automatik untuk tempoh 6 bulan bermula 1 April 2020 dan akan disambung semula secara automatik pada 1 Oktober 2020. |
Arahan Tetap yang dilakukan pelanggan melalui Perbankan Dalam Talian Connect |
Tiada tindakan susulan diperlukan. Bayaran anda akan diteruskan seperti biasa. |
Anda perlu mengubah Arahan Tetap anda melalui Perbankan Dalam Talian Connect sekiranya anda ingin menangguhkan ansuran pembiayaan.
Sila pastikan anda membuat arahan tetap baru untuk bayaran sebelum 1 Oktober 2020 supaya bayaran anda tepat selepas tamat tempoh penangguhan. |
Dengan Arahan Tetap melalui Bank lain |
Sila pastikan anda membuat arahan tetap baru dengan Bank anda. |
Pelanggan Korporat
Pelanggan Korporat boleh memohon untuk penangguhan pembiayaan ini melalui Pegawai Perhubungan mereka dan ini akan dinilai mengikut kes tertentu.
Untuk Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Program Penangguhan Pembiayaan HLISB yang menepati keperluan kewangan anda dan komitmen anda untuk pembayaran serta bagaimana perbezaan antara produk pembiayaan bagi pelanggan individu dan peniaga perusahaan kecil, klik pada senarai Soalan-Soalan Lazim berikut:
Bagi terma dan syarat (T&S) tambahan Program Penangguhan Pembiayaan Perdagangan dan Pembiayaan Peribadi-i sila rujuk yang berikut;
Maklumat Terkini Kemudahan Bantuan Khas (SRF) Bank Negara Malaysia (BNM)
Maklumat Lanjut
Kami menggalakkan anda untuk menghubungi kami bagi membincangkan mana-mana perkara yang berkaitan melalui butiran yang disediakan di bawah:
1. Untuk Pertanyaan Mengenai Program Penangguhan/Moratorium Pembiayaan HLISB:
Talian Perkhidmatan Pelanggan HLB Contact Centre: 603-7626 8899 (9.00pagi – 6.00petang, Isnin-Sabtu)
Emel: HLonline@hlbb.hongleong.com.my
2. Untuk Permohonan Pengurangan Jumlah Ansuran selepas Tempoh Moratorium:
Talian Kutipan Pelanggan HLB: 603-7959 1888 (8.45pagi – 5.45petang, Isnin-Jumaat)
Emel: CollsCustomerFeedback@hlbb.hongleong.com.my
Maklumat Lanjut
Kami menggalakkan anda untuk menghubungi kami bagi membincangkan mana-mana perkara yang berkaitan melalui butiran yang disediakan di bawah:
1. Untuk Pertanyaan Mengenai Program Penangguhan/Moratorium Pembiayaan HLISB:
Talian Perkhidmatan Pelanggan HLB Contact Centre: 603-7626 8899 (9.00pagi – 6.00petang, Isnin-Sabtu, sehingga tamat tempoh PKP)
Emel: HLonline@hlbb.hongleong.com.my
2. Untuk Pertanyaan Mengenai Dana Bantuan Khas Bank Negara Malaysia bagi SME yang terkesan dengan COVID-19:
Talian Perkhidmatan Pelanggan HLB Contact Centre: 603-7626 8899 (9.00pagi – 6.00petang, Isnin-Sabtu, sehingga tamat tempoh PKP)
Emel: sme@hlbb.hongleong.com.my
3. Untuk Permohonan Pengurangan Jumlah Ansuran selepas Tempoh Moratorium:
Talian Kutipan Pelanggan HLB: 603-7959 1888 (8.45pagi – 5.45petang, Isnin-Jumaat)
Emel: CollsCustomerFeedback@hlbb.hongleong.com.my
Kami Di Sini Berkhidmat di Cawangan Dengan Mementingkan Keselamatan Anda
Waktu Operasi Cawangan-Cawangan dan Terminal Layan-Diri Terkini
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Garis Panduan "SOP Pembukaan Semula Ekonomi" oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dalam usaha kami menjaga keselamatan semua pelanggan, kakitangan dan masyarakat di sekitar kami, sila maklum bahawa:
- Waktu Operasi Cawangan: 9.30 pagi - 3.00 petang sehingga tamat tempoh PKP.
- Terminal layan diri kami akan beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.
- Cek yang diterima melalui Mesin Deposit Cek selepas jam 3.00pm akan diproses keesokan hari berkerja.
- Hanya lima (5) pelanggan sahaja dibenarkan masuk ke ruang perbankan pada suatu masa sebagai amalan penjarakan sosial.
- Keutamaan akan diberikan kepada pelanggan warga emas, wanita yang hamil serta pelanggan kelainan upaya.
- Pelanggan yang mengunjungi cawangan kami diminta mematuhi garis panduan berikut:
- Lengkapkan Borang Akuan Pelawat/ Visitor Declaration Form
- Benarkan suhu badan diambil dan
- Pakai mask sebelum memasuki premis cawangan kami
Sila maklum pelanggan mungkin dilarang masuk ke premis cawangan jika mereka tidak mengikuti garis panduan yang ditetapkan. Kerjasama anda penting dalam melindungi kesihatan awam dan kesejahteraan semua kakitangan dan pelanggan kami.
Peringatan Penting: Sila pastilkan tangan anda dinyahkuman setiap kali anda menggunakan pen dan / atau pembaca biometrik cap jari di kaunter.
Kami menggalakkan semua pelanggan untuk menggunakan saluran digital untuk keperluan perbankan harian anda, yang dapat dilakukan dengan mudah melalui Aplikasi HLB Connect / Dalam Talian dari keselesaan rumah anda, dengan akses 24 jam x 7 hari ke perkhidmatan seperti Penyata Akaun, Pemindahan Dana, Pembayaran Bil dan banyak lagi.
Sekiranya anda belum mendaftar untuk Aplikasi HLB Connect BARU, sila layari www.hongleongconnect.my atau muat turun Connect App hari ini di Google Play dan Apple Store.
Anda boleh hubungi talian perkhidmatan pelanggan kami, HLB Contact Centre di 03 – 7626 8899 untuk sebarang perkhidmatan kewangan.
Terima kasih atas kerjasama anda dalam menjaga keselamatan kita semua dari Covid-19.
Semoga dipermudahkan urusan dan selamat sentiasa.
Kaunter Biro Pertukaran Wang (BDC) Terkini:
Sila maklum bahawa hari dan waktu operasi Kaunter Biro Pertukaran Wang dikemaskinikan berkuatkuasa hari ini sehingga tamat tempoh PKP:
|
Isnin – Jumaat: 9.30pagi hingga 3.00petang Sabtu & Ahad: Tutup |
|
Isnin – Jumaat: 7.30pagi hingga 3.00petang Sabtu & Ahad: Tutup |
Masa Operasi Terkini Pusat Perhubungan HLB Contact Centre
Talian Perkhidmatan Pelanggan HLB Contact Centre kami di 603 – 7626 8899 akan beroperasi dari jam 9:00pagi hingga 6:00petang, Isnin hingga Sabtu, sehingga tamat tempoh PKP. Selain itu, anda juga boleh menghubungi kami di:
https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/help-support/contact-us.html dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin atau log masuk ke dalam aplikasi Hong Leong Connect / Atas Talian.
*Maklumat terkini pada 3 Mei 2020.
Kami Di Sini Untuk Memastikan Anda Sentiasa Selamat
Awas dengan Penipuan Scam COVID-19
Kami ingin menyarankan anda supaya lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada, terutamanya dengan PENIPUAN SCAM COVID-19 yang sedang menular di ruangan chat, media sosial, emel dan laman web berkenaan dengan COVID-19 yang memberikan nasihat keselamatan dan maklumat kes terkini.
Laman-laman ini sedang digunakan untuk serangan phishing, menyebaran malware dan memperdayakan pelanggan untuk mendapatkan vaksin dan membeli penawar COVID-19.
Jangan sesekali berkongsi sebarang maklumat peribadi dan akaun bank anda, termasuk maklumat kad kredit dan debit anda.
Pentingkan KESELAMATAN
Kami akan terus mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan bagi melindungi keselamatan dan kesejahteraan para pelanggan dan kakitangan kami di semua pejabat dan cawangan:
- Pembasmian dan pembersihan harian di semua ruang hubungan pelanggan dan pelawat termasuk ruangan Bank dan Terminal Layan-Diri (semasa waktu operasi)
- Menyediakan pembersih tangan kepada semua pelanggan dan pelawat Bank.
Keselamatan kesihatan umum merupakan kerjasama semua. Jika anda demam, batuk atau mengalami kesusahan untuk bernafas, sila tangguh lawatan anda ke cawangan bank.
Pentingkan KESELAMATAN. Pencegahan bermula daripada setiap individu.
Terima kasih atas pemahaman dan kerjasama anda.
Kita Semua Bersama Sebagai Satu Masyarakat
Bagi pihak pelanggan dan kakitangan, kami berbangga dapat bersama dengan Persatuan Bank-Bank Islam Malaysia (AIBIM) untuk mengumpul dana secara kolektif bagi membantu para kakitangan kesihatan dan komuniti yang terkesan dengan wabak Covid-19.
Hong Leong Islamic Bank berbesar hati menjadi sebahagian dari usaha kolektif industri untuk membantu Hospital Sg. Buloh dan Hospital Kuala Lumpur melalui AIBIM dan berharap usaha kami dapat mengurangkan beban sistem kesihatan kita dan barisan hadapan kakitangan kesihatan yang sedang berjuang tanpa menghiraukan penat lelah memastikan komuniti dan rakyat Malaysia mendapat sokongan secukupnya ketika saat genting ini.
Semoga Selamat, Malaysia!