Penggabungan Cawangan-Cawangan Hong Leong Bank
Kuala Lumpur, 9 September 2024
Merujuk kepada notis bertarikh 29 March 2024, harap maklum penutupan cawangan-cawangan berikut akan ditangguhkan. Akaun anda dan segala kemudahan yang berkaitan dengannya akan kekal seperti sedia ada, selepas dipindahkan ke cawangan-cawangan utama baharu seperti yang disenaraikan di bawah:
Tarikh Akhir Operasi di Cawangan Utama Semasa |
Cawangan Utama Semasa Anda (Akan Ditutup) | Cawangan Utama Baharu Anda |
---|---|---|
Jumaat, 15 November 2024 |
Hong Leong Bank Cawangan Silibin, Ipoh, Perak No. 28, Medan Silibin, 30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. |
Hong Leong Bank Cawangan Jalan Besar, Menglembu, Perak Ground & First Floors, No.116 & 117, Jalan Besar, 31450 Menglembu, Ipoh, Perak. |
Jumaat, 15 November 2024 |
Hong Leong Bank Cawangan Sungai Dua, Penang No. 723-G-G, 723-H-G & 723-I-G, Jalan Sungai Dua, 11700 Pulau Pinang. |
Hong Leong Bank Cawangan Sungai Ara, Penang No. 306-F, Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. |
Anda juga boleh melakukan transaksi perbankan dengan lancar melalui cara-cara berikut:
a. Kunjungi mana-mana cawangan kami yang lebih daripada 210 atau 1,076 kemudahan terminal layan diri di seluruh negara seperti yang tersenarai di laman sesawang kami.
b. Layari platfom Perbankan Digital kami HLB Connect App/Online untuk mengakses perkhidmatan menyeluruh seperti Penyata Akaun, Pemindahan Dana, Pembayaran Bil dan sebagainya.
Bukan pengguna HLB Connect?
Nikmati perbankan mudah alih, imbas QR untuk muat turun HLB Connect App
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Pelanggan HLB di 03-7626 8899.
Kami menantikan kedatangan anda ke cawangan utama baharu berkuatkuasa pada hari Isnin, 18 November 2024.
Terima kasih.