Penggabungan cawangan-cawangan Hong Leong Bank
Kuala Lumpur, 05 April 2024
Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap Hong Leong Bank.
Kami ingin maklumkan cawangan-cawangan berikut akan ditutup. Akaun anda dan segala kemudahan yang berkaitan dengannya akan kekal seperti sedia ada, selepas dipindahkan ke cawangan-cawangan utama baharu seperti yang disenaraikan di bawah:
Hari Terakhir Beroperasi |
Cawangan Utama Semasa |
Cawangan Utama Baharu |
---|---|---|
13 September 2024 (Jumaat) |
Hong Leong Bank Cawangan Batu Berendam, Melaka Lot BB-371A & B, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, 75350 Melaka. |
Hong Leong Bank Cawangan Taman Malim Permai, Melaka No: 1, 1-1 & 3, Jalan Malim Jaya 2/7A, Taman Malim Permai, 75250 Melaka. |
13 September 2024 (Jumaat) |
Hong Leong Bank Cawangan Alamesra, Kota Kinabalu, Sabah No. 38, Block E, Alamesra Plaza Permai, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
|
Hong Leong Bank Cawangan New Township, Inanam, Sabah Lot 4, 5 & 6, Block C, Lorong KK Taipan 2, Inanam New Township, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. |
Anda juga boleh melakukan transaksi perbankan dengan lancar melalui cara-cara berikut:
a. Kunjungi mana-mana cawangan kami yang lebih daripada 220 atau 1,087 kemudahan terminal layan diri di seluruh negara seperti yang tersenarai di laman sesawang.
b. Layari platfom Perbankan Digital kami HLB Connect App dan Online untuk menggunakan perkhidmatan menyeluruh seperti Penyata Akaun, Pemindahan Dana, Pembayaran Bil dan sebagainya.
Bukan pengguna HLB Connect?
Nikmati perbankan mudah alih, imbas QR untuk muat turun HLB Connect App
![Download Connect App QR](/content/dam/hlb/my/images/Promotions/2022/duitnow-campaign/e-ang-pow/cny-qr-code.png)
Kami kesali atas sebarang kesulitan, dan menantikan kedatangan anda ke cawangan-cawangan utama baharu anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Pelanggan HLB di 03-7626 8899.