Penutupan Cawangan-cawangan Hong Leong Bank
27 April 2018
Terima kasih atas sokongan berterusan anda sebagai pelanggan Hong Leong Bank.
Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami akan menutup cawangan–cawangan Hong Leong Bank yang disebutkan di bawah berkuat kuasa pada bulan November 2018 (Tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia).
Semua akaun anda yang sedang diuruskan di cawangan –cawangan Hong Leong Bank tersebut akan dipindahkan secara automatik ke cawangan – cawangan berikut sebagai cawangan utama baharu anda dan nombor/nombor-nombor akaun anda serta kesemua kemudahan yang berkaitan tidak akan terjejas.
Hari Terakhir Beroperasi |
Cawangan Utama Semasa |
Cawangan Utama Baru |
---|---|---|
9 November 2018 (Jumaat) |
Hong Leong Bank No. 55-57, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel : 05-2491539 |
Hong Leong Bank LOT A-G-2, Persiaran Greentown 2, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel : 05-2530048 |
16 November 2018 (Jumaat) |
Hong Leong Bank No. 54, 56 & 58, Jalan Kamaruddin Isa, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel : 05-5474203 |
Hong Leong Bank No. 91 & 93, Jalan Dato Lau Pak Khuan, Ipoh Garden, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel : 05-5495160 |
Selain itu, anda juga boleh melakukan transaksi perbankan anda dengan lancar melalui mana-mana saluran berikut:
- Mana-mana cawangan Hong Leong Bank Berhad atau Hong Leong Islamic Bank Berhad. Kami mempunyai rangkaian 278 cawangan di seluruh negara. Sila layari laman sesawang kami, www.hlb.com.my atau www.hlisb.com.my untuk mencari cawangan yang terdekat dengan anda melalui “Pencari Cawangan”
- 1,226 terminal layan diri di seluruh negara yang beroperasi 24 jam dan
- Perkhidmatan perbankan internet di www.hongleongconnect.my dan / atau perkhidmatan perbankan mudah alih yang kedua-duanya beroperasi 24 jam
Di Hong Leong Bank Berhad, pendapat anda amat kami hargai. Sila hubungi kami untuk sebarang cadangan/maklum balas, jika ada, berkenaan perkara yang disebut di atas melalui kotak cadangan kami yang terdapat di laman sesawang kami di www.hlb.com.my selewat-lewatnya pada 27 Mei 2018.
Seperti selalu, kami ingin memberikan anda layanan yang lebih baik.
Hubungan Media
Hal Ehwal Korporat & Perhubungan Awam Kumpulan
Hong Leong Bank Berhad
DID: 03-2081 8888 ext 61916
Email: capr@hongleong.com.my