Penggabungan Cawangan-Cawangan Hong Leong Islamic Bank
Kuala Lumpur, 17 June 2022
Terima kasih atas sokongon anda kerana memilih Hong Leong Islamic Bank untuk perbankan anda.
Kami ingin maklumkan cawangan-cawangan berikut akan ditutup. (tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia)
Hari Terakhir Beroperasi |
Cawangan Utama Semasa |
Cawangan Utama Baharu |
---|---|---|
13 Jan 2023 (Jumaat) |
Hong Leong Islamic Bank Cawangan Cyberjaya Lot G13A (Ground Floor), D'Pulze Shopping Centre, P-01, D'Pulze Lingkaran Cyber Point Timur Cyberjaya 12, 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan |
Hong Leong Islamic Bank Cawangan Precinct 16 Putrajaya Lot T00 - U01, No. 5 Jalan P16, Precinct 16 62150 Putrajaya Wilayah Persekutuan |
13 Jan 2023 |
Hong Leong Islamic Bank Cawangan Setiawangsa No. 28, Ground & First Floor Jalan Setiawangsa 10/55A Taman Setiawangsa 54200 Kuala Lumpur |
Hong Leong Bank Cawangan Taman Sri Rampai No. 2, Jalan Rampai Niaga 1, Rampai Business Park, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur |
Akaun anda yang diuruskan di cawangan ini akan dipindahkan secara automatik ke cawangan utama baharu anda di lokasi berikut, manakala nombor akaun dan segala kemudahan yang berkaitan kekal sama.
Selain itu, anda juga boleh melakukan transaksi perbankan anda dengan lancar melalui mana-mana saluran berikut:-
A. Kunjungi mana-mana 232 cawangan kami di seluruh negara. Sila layari laman sesawang kami, di www.hlb.com.my atau www.hlisb.com.my untuk senarai cawangan terdekat dengan anda;
B. 1,020 kemudahan terminal layan diri di seluruh negara; dan
C. Sila layari laman web www.hongleongconnect.my dan / atau menggunakan perkhidmatan perbankan mudah alih yang beroperasi 24 jam seperti ringkasan akaun, kemudahan pemindahan wang, pembayaran bil dan banyak lagi. Jika anda masih belum mendaftar di HLB Connect App, sila muat turun aplikasi tersebut di Google Play store dan Apple App Store.
Di Hong Leong Islamic Bank, pandangan anda amat kami hargai. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau isi borang cadangan yang terdapat di laman sesawang kami di www.hlisb.com.my atau www.hlb.com.my sekiranya memerlukan bantuan tambahan selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2022.
Kami sedang mengemaskini maklumat pelanggan kami dan anda diminta untuk mengemaskini maklumat e-mel dan nombor telefon anda dengan secepat mungkin melalui HLB Connect App / perbankan Internet atau kunjungi cawangan terdekat anda.
Sila hubungi Pusat Perhubungan Hong Leong kami di 03-76268899 sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.
Kami berharap dapat terus melayani anda dengan lebih baik dari cawangan utama baharu anda.