Perbankan Dalam Talian Connect
Lakukan urusan perbankan harian anda dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui perbankan dalam talian Hong Leong Connect. Tak perlu beratur atau menempuh kesesakan trafik.
Bagaimana perbankan dalam talian Connect mampu memudahkan kehidupan harian saya?
Gambaran Keseluruhan Akaun
Semak baki akaun di mana saja anda berada.
Pindahan Dana
Pindahkan dana dengan mudah. Tidak perlu bersesak, tidak perlu beratur, tiada masalah.
Pembayaran Bil
Tiada lagi alasan untuk lupa membayaar bil! Buat pembayaran bil anda pada bila-bila masa.
Perkhidmatan Isian Semula
Perkhidmatan yang membolehkan anda melaksanakan tambah nilai serta merta untuk perkhidmatan-perkhidmatan pra-bayar termasuk mobile prabayar anda bagi perkhidmatan berikut: Celcom, DiGi, Maxis, TuneTalk dan U Mobile. Tambah nilai prabayar terdapat dalam nilai RM5, RM10, RM30 dan RM100, dengan caj GST 6% ditambah pada amaun tambah nilai.
Pindahan Telegraf Dalam Talian
Hantar wang ke luar negara dengan mudah di mana-mana saja anda berada.
Deposit Tetap
Letakkan atau keluarkan Deposit Tetap (eFD) atau Deposit Tetap Islam Dalam Talian (eFD-i) anda.
e-Wasiat / e-Will
Tulis wasiat anda secara mudah dengan fi sebanyak RM477 termasuk GST.
Connect Online
Tontoni video-video berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hong Leong Connect.
Daftar akaun Connect anda hari ini!
Ikuti langkah-langkah mudah berikut:
1. Klik pada butang di bawah untuk mendaftar segera dengan 'Connect Online'.
2. Untuk keselesaan perbankan anda, muat turun aplikasi 'Connect' dari App Store atau Play Store. Log masuk dengan kata nama dan kata laluan yang sama.