Hong Leong Islamic Bank - Connect App

Connect App

Aplikasi Perbankan mudah alih Connect memudahkan urusan harian anda di atas telefon pintar atau tablet.

Memperkenalkan aplikasi serba BARU Connect

Wajah baru, ciri-ciri baru dan kaedah perbankan baru yang akan memberikan pengalaman terbaik untuk perbankan mudah alih anda!
Mulakan perbankan anda dengan 3 perkataan sahaja.

Aplikasi ini turut disediakan dalam 3 bahasa: Inggeris, BM & Bahasa Cina!

Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut. 

Sedia untuk mendapatkan Connect? 

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah: 

1. Muat turun Aplikasi Connect dari App Store atau Google Play.

2. Daftar untuk akaun Connect* dengan menyentuh pautan 'Register here' di halaman login aplikasi Connect.

 

*Untuk mendaftar akaun Connect, anda terlebih dahulu perlu menjadi pelanggan Hong Leong Bank atau Hong Leong Islamic Bank.

Bayaran Bil Berganda [BARU]

Tiada alasan untuk terlupa membayar bil lagi!
Bayar sehingga lima bil secara sekali gus pada bila-bila masa dan dimana-mana jua.

Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut. 

Pay Mobile

Pay Mobile adalah salah satu daripada perkhidmatan di dalam aplikasi perbankan mudah alih Connect yang telah diiktirafkan dengan beberapa anugerah.

Perkhidmatan ini membolehkan anda untuk memindah wang secara mudah tanpa memerlukan butiran akaun penerima. Anda boleh terus menghantarkannya ke nombor telefon bimbit penerima!

Dahulu dikenali sebagai "PEx".

Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut. 

 

Apa yang boleh dilakukan melalui aplikasi Connect saya?

Gambaran Keseluruhan Akaun

Semak baki akaun pada bila-bila masa dan di mana saja anda berada.

Pindahkan Dana

Pindahkan dana dengan mudah. Tidak perlu bersesak, tidak perlu beratur, tidak perlu ada alasan.

 

>Rujuk jadual pindahan dana

 

 

CARA MENGGUNA

Pindahan Terbuka

Lakukan pindahan wang kepada penerima dari mana-mana bank lain daripada applikasi Connect anda. Anda tidak perlu meletakkan mereka dalam senarai akaun Kegemaran anda terlebih dahulu.

 

CARA MENGGUNA

Request Mobile (Payment)

  • Ciri hebat untuk mengingatkan orang lain tentang amaun yang mereka perlu pindahkan kepada anda.
  • Amaun yang tepat akan dipindahkan secara terus ke akaun anda sebaik sahaja penerima 'Terima' permintaan 'Request Mobile' anda!

 

 

CARA MENGGUNA

Scan & Pay

Fungsi pembayaran yang membolehkan anda membayar pembelian runcit dan F&B anda menggunakan kaedah 'imbas-dan-bayar' yang mudah dan terdapat di peniaga-peniaga terpilih Scan & Pay.
Amaun bil / pembelian akan ditolak terus daripada akaun anda.

Dahulu dikenali sebagai "PEx+ Merchant Payment".

 

Pengeluaran ATM

Terlupa untuk membawa kad ATM anda? Jangan bimbang! Melalui perkhidmatan ini, anda masih boleh mengeluarkan wang daripada ATM menerusi aplikasi Connect pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja! 

Untuk bermula, seret halaman login ke kiri untuk akses pantas dan sentuh 'ATM Withdrawal'.

Dahulu dikenali sebagai  "Card-less Withdrawal"

Tonton video "ATM Withdrawal on Connect" di senarai video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Tambah Nilai Prabayar

Perkhidmatan yang membolehkan anda melaksanakan tambah nilai serta merta untuk mobile prabayar anda bagi perkhidmatan berikut: Celcom, DiGi, Maxis, TuneTalk dan U Mobile. Tambah nilai prabayar terdapat dalam nilai RM5, RM10, RM30 dan RM100, dengan caj GST 6% ditambah pada amaun tambah nilai.

 

CARA MENGGUNA

Cari & Paut

Ciri interaktif yang mudah digunakan ini mencari lokasi cawangan Hong Leong Bank yang terdekat dengan anda, berdasarkan di mana anda berada dan perkhidmatan yang anda cari.

Log masuk cap jari

Akses akaun anda secara pantas dan selamat melalui pengesahan Biometric cap jari.

Kadar FX

Periksa Kadar Pertukaran Asing anda di pra log masuk Connect Mobile. Ia meliputi kadar pertukaran 10 mata wang popular berbanding MYR

Ketahui lebih lanjut mengenai perbankan mudah alih Hong Leong Connect

Tontoni video-video berikut untuk mengetahui apa yang mampu dilakukan melalui aplikasi Connect anda!

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.