Skim Rumah Pertamaku-i

Skim Rumah Pertamaku-i

Q: Apakah Skim Rumah Pertamaku (SRP)?

A: Skim ini adalah satu dari langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah untuk memiliki rumah. Skim ini membolehkan pembeli rumah mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi kewangan untuk membolehkan mereka memiliki rumah.

Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank yang terlibat atas pembiayaan melebihi 90%., jika peminjam mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.

 

Q: Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna yang pelanggan di bawah skim ini hanya menanggung pembiayaan sebanyak 90% sahaja?

A: Tidak. Pelanggan terpaksa menanggung sepenuhnya jumlah pembiayaan daripada bank yang terlibat (sehingga 100%). Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat dari pembiayaan yang melebihi aras 90%.

 

Q: Adakah saya perlu membayar kadar keuntungan yang lebih tinggi atau sebarang fi untuk menikmati pembiayaan sehingga 100% di bawah skim ini?

A:Tidak, kadar keuntungan biasa bank-bank yang berkenaan digunapakai dan pelanggan tidak perlu membayar untuk jaminan Cagamas SRP Berhad.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.