Soalan Lazim - Pembiayaan

Pembiayaan

Q: Sejauh manakah keselamatan permohonan pembiayaan dalam talian saya?

A: Bagi memohon secara dalam talian, browser anda perlu menyokong protokol SSL (Secure Sockets Layer) (kebanyakan browser menyokongnya). Dengan protokol SSL, maklumat permohonan anda akan disulitkan sebelum dipindahkan kepada kami, memberikan anda jaminan tambahan bagi privasi dan keselamatan.

 

Q: Adakah saya akan menghadapi kesukaran mendaftar secara dalam talian?

A: Tidak. Anda akan dapati Permohonan Pembiayaan Hartanah Dalam Talian ini mudah untuk diisi. Hanya lengkapkan borang permohonan pembiayaan. Terdapat garis panduan sepanjang keseluruhan proses.

 

Q: Bagaimanakah saya layak untuk Permohonan Pembiayaan Hartanah Dalam Talian?

A: Hong Leong Islamic Bank Berhad akan menilai setiap permohonan pembiayaan berdasarkan merit. Secara amnya, kelulusan adalah berdasarkan sumber peribadi pemohon, keupayaan pembayaran balik, pola pembayaran yang lalu, perundangan dan syarat-syarat Hong Leong Islamic Bank Berhad.

 

Q: Berapa lamakah masa untuk memproses permohonan dalam talian?

A: Semua permohonan akan diberikan perhatian segera dan kakitangan jualan kami akan menghubungi anda dalam masa 1 hari bekerja untuk menjelaskan Pakej Pembiayaan Perumahan dan mengatur temujanji dengan anda.

 

Q: Apakah jenis hartanah yang dibiayai oleh Hong Leong Bank Berhad?

A: Kami membiayai hartanah kediaman di bawah Pembiayaan Perumahan Hong Leong Islamic dan hartanah komersil di bawah Pembiayaan Kedai Hong Leong Islamic.

 

Q: Apakah Tempoh Pinjaman untuk Pembiayaan Perumahan Hong Leong?

A: Maksimum 30 tahun atau sehingga umur 65 tahun.

 

Q: Apakah margin pembiayaan Pinjaman Perumahan?

A: Sehingga 90% atas harga pembelian atau nilai pasaran terbuka, yang mana lebih rendah dan tertakluk pada kelayakan.

 

Q: Bolehkah saya mohon gabungan pembiayaan bertempoh dan overdraf?

A: Boleh, tetapi bahagian overdraf tidak boleh melebihi 50% daripada nilai hartanah.

 

Q: Adakah kadar keuntungan dikira berdasarkan baki harian atau bulanan?

A: Kadar keuntungan pembiayaan Perumahan Hong Leong Islamic dikira berdasarkan baki harian.

 

Q: Apakah manfaat yang ditawarkan oleh Pembiayaan Perumahan Hong Leong Islamic?

A: Pembiayaan Perumahan Hong Leong Islamic menyediakan fleksibiliti membuat pembayaran tambahan atas pembiayaan perumahan anda tanpa notis awal dan menjimatkan pembayaran keuntungan. Ia juga membolehkan anda untuk mendapatkan semula amaun prabayar atau sebahagiannya pada  bila-bila masa anda memerlukannya.

 

Q: Bolehkah saya memilih Ansuran Berbilang Tingkat untuk Pembiayaan Perumahan?

A: Boleh, tetapi ansuran berbilang tingkat hanya terpakai untuk hartanah kediaman yang telah siap dengan nilai melebihi RM100,000.

 

Q: Apakah dokumen yang perlu saya serahkan?

A:  Anda perlu memberikan dokumen peribadi dan pendapatan anda semasa permohonan.

 

Q: Bolehkah saya membuat permohonan bersama untuk pembiayaan?

A: Ya, boleh.

 

Q: Berapa lamakah tempoh sah kelulusan?

A: Kelulusan adalah selama 14 hari selepas tarikh Surat Tawaran. Walau bagaimanapun, Hong Leong Bank Berhad berhak untuk menarik balik kelulusan pembiayaan dan / atau untuk mengubah terma dan syarat pembiayaan tanpa sebarang notis.

 

Q: Bagaimanakah cara saya membuat bayaran bulanan?

A: Pembayaran boleh dibuat secara arahan tetap, tunai, cek di mana-mana cawangan Hong Leong Bank Islamic dan Hong Leong Bank di seluruh negara atau melalui Hong Leong Online.

 

Q: Adakah terdapat pilihan pembayaran debit automatik?

A: Ya, pemohon yang berjaya perlu membuka Akaun Semasa/ Akaun Simpanan dan mengekalkan Arahan Tetap (SI) untuk bayaran bulanan automatik.

 

Q: Berapa lamakah masa untuk memproses permohonan pembiayaan?

A: 2 hingga 3 hari selepas menerima dokumen lengkap.

 

Q: Apakah Takaful Bertempoh Gadai janji Berkurangan (Mortgage Reduction Takaful Term - MRTT)?

A: Takaful untuk melindungi peminjam bagi jumlah pembiayaan atau pembiayaan tertunggak sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

 

Q: Bolehkah saya membiayai premium Takaful Bertempoh Gadai janji Berkurangan (Mortgage Reduction Takaful Term - MRTT)?

A: Boleh. Anda boleh membayar tunai atau menambah amaun pembiayaan tetapi ia tertakluk kepada maksimum sehingga 5% daripada nilai harta atau harga beli, yang mana lebih rendah.

 

* Butiran di atas tertakluk pada terma dan syarat.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.