Soalan Lazim - Pembiayaan Hartanah

Pembiayaan Hartanah

Q: Apakah jenis hartanah yang dibiayai oleh Hong Leong Islamic Bank Berhad?

A: Kami membiayai hartanah kediaman di bawah Pembiayaan Perumahan Hong Leong Islamic dan hartanah komersil di bawah Pembiayaan Kedai Hong Leong Islamic.

 

Q: Apakah margin pembiayaan Pembiayaan Perumahan?

A: Sehingga 90% atas harga pembelian atau nilai pasaran terbuka, yang mana lebih rendah dan tertakluk pada kelayakan.

 

Q: Bolehkah saya mohon gabungan pinjaman bertempoh dan overdraf (pembiayaan aliran tunai-i)?

A: Tidak boleh, bahagian overdraf (pembiayaan aliran tunai-i) masih belum tersedia buat waktu ini.

 

Q: Apakah manfaat yang ditawarkan oleh Pembiayaan Perumahan Hong Leong Islamic?

A: Pembiayaan Perumahan Hong Leong Islamic menyediakan fleksibiliti membuat pembayaran tambahan atas pembiayaan perumahan anda tanpa notis awal dan menjimatkan pembayaran keuntungan. Ia juga membolehkan anda untuk mendapatkan semula amaun prabayar atau sebahagiannya pada bila-bila masa anda memerlukannya daripada pembiayaan yang dilunaskan sepenuhnya.

 

Q: Apakah dokumen yang perlu saya serahkan?

A: Anda perlu memberikan dokumen pendapatan dan peribadi anda semasa permohonan.

 

Q: Bolehkah saya membuat permohonan bersama untuk pembiayaan?

A: Ya, boleh.

 

Q: Berapa lamakah tempoh sah kelulusan?

A: Kelulusan adalah selama 14 hari selepas tarikh Surat Tawaran. Walau bagaimanapun, Hong Leong Islamic Bank Berhad berhak untuk menarik balik kelulusan pembiayaan dan / atau untuk mengubah terma dan syarat pembiayaan dengan pemberian notis kepada pelanggan.

 

Q: Bagaimanakah cara saya membuat bayaran bulanan?

A: Pembayaran boleh dibuat secara arahan tetap, tunai, cek di mana-mana cawangan Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic Bank di seluruh negara atau melalui Perbankan Internet (www.hongleongconnect.my).

 

Q: Adakah terdapat pilihan pembayaran debit automatik?

A: Ya, pemohon yang berjaya perlu membuka Akaun Semasa / Akaun Simpanan Hong Leong Islamic Bank dan mengekalkan Arahan Tetap (SI) untuk bayaran bulanan automatik.

 

Q: Berapa lamakah masa untuk memproses permohonan pembiayaan?

A: 2 hingga 3 hari selepas menerima dokumen lengkap.

 

Q: Apakah Takaful Gadai Janji Pengurangan Tempoh (Mortgage Reducing Term Takaful, MRTT)?

A: Pelan takaful untuk melindungi pelanggan bagi jumlah pembiayaan atau pembiayaan tertunggak sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Jumlah yang dilindungi di bawah MRTT berkurang sepanjang tempoh takaful.

 

Q: Apakah Takaful Gadai Janji Bertempoh (Mortgage Level Term Takaful, MLTT)?

A: Pelan takaful untuk melindungi pelanggan bagi jumlah pembiayaan atau pembiayaan tertunggak sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Jumlah yang dilindungi di bawah MLTT tetap sama sepanjang tempoh takaful.

 

Q: Bolehkah saya membiayai sumbangan Takaful Gadai Janji Pengurangan Tempoh (Mortgage Reducing Term Takaful, MRTT) atau Takaful Gadai Janji Bertempoh (Mortgage Level Term Takaful, MLTT)?

A: Boleh. Anda boleh membayar tunai atau menambah amaun pembiayaan tertakluk kepada maksimum 5% daripada nilai harta atau harga beli, yang mana lebih rendah.

 

* Butiran di atas tertakluk pada terma dan syarat.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.