Pusat Info Pembiayaan Hartanah

Pusat Info Pembiayaan Hartanah

Berkuat kuasa 1 Ogos 2022, kadar rujukan baharu yang dikenali sebagai Kadar Asas Standard (SBR) akan menggantikan Kadar Asas Islamik (IBR) untuk kemudahan pembiayaan kadar terapung yang baharu, seperti pembiayaan perumahan.

Objektifnya:

  • Memudahkan penghantaran penetapan dasar kewangan yang berkesan.
  • Menggalakkan kadar rujukan telus yang membolehkan perbandingan bermakna produk pembiayaan merentas FSPs untuk membolehkan pengguna membuat keputusan termaklum.
  • Memperkukuh amalan yang baik dan cekap dalam penetapan harga kemudahan pembiayaan runcit bagi kadar terapung oleh FSPs.

Kadar Asas Islamik terdiri daripada dua bahagian, penanda aras kos dana (Cost of Fund, COF) kami dan kos keperluan rizab berkanun (Statutory Reserve Requirement, SRR) yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia. Penanda aras COF kami mencerminkan kos penjanaan dana baru dalam situasi lazim pasaran pembiayaan adalah berdasarkan kadar KLIBOR 3 bulan dan kadar deposit pelanggan.

Kadar Asas Standard ialah kadar rujukan yang dihubungkan hanya kepada Kadar Asas Semalam (Overnight Policy Rate (OPR), yang ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia

Sebelum 2 Januari 2015

Dari 2 Januari 2015

Dari 1 Januari 2022

Kadar Pembiayaan Islamik


Pembiayaan yang diberikan sebelum 2 Januari 2015 akan terus dirujuk kepada Kadar Pembiayaan Asas Islamik (Islamic Base Rate, IBR) atau Kadar Pembiayaan Islamik, IFR) sehingga pembiayaan tersebut matang

 

Pada masa ini, IFR akan digunakan untuk membiayai bukan individu

Kadar Asas Islamik


Berkuat kuasa 2 Januari 2015, kadar rujukan baharu yang dikenali sebagai Kadar Asas Islamik (Islamic Base Rate, IBR) akan digunakan untuk kemudahan pembiayaan kadar terapung yang baharu untuk pemohon individu

Pembiayaan sehingga 31 Julai 2022 akan terus dirujuk kepada Kadar Asas Islamik, IBR) sehingga tempoh matang

Kadar Asas Standard

 

Berkuat kuasa 1 Ogos 2022, Kadar Asas Standard (SBR) akan digunakan sebagai kemudahan pembiayaan kadar terapung yang baharu untuk pemohon individu dan juga Prop Tunggal di bawah nama individu untuk kegunaan perniagaan

 

 

 

Sila klik SINI untuk panduan pengguna Kadar Asas Standard.

Sila klik SINI untuk soalan lazim Kadar Asas Standard.

Peralihan kepada SBR tidak memberi kesan ke atas Kadar Keuntungan Efektif

Terma

Islamik

Amaun Pembiayaan

RM350,000.00

Tempoh Pembiayaan

30 tahun

Tempoh Terikat

NIL

Kadar Rujukan

4.60%

  1. Bandingkan kadar pembiayaan efektif yang dinyatakan oleh institusi-institusi kewangan yang berlainan sebelum membuat pembiayaan baharu.
  2. Dapatkan Lembaran Penzahiran Produk (Product Disclosure Sheet, PDS) yang mempunyai maklumat kadar pembiayaan   efektif dan jumlah pembayaran bagi kemudahan pembiayaan yang anda ingin ambil.
  3. Memohon institusi kewangan anda menerangkan faktor-faktor yang akan menyebabkan perubahan Kadar Asas Islamik (IBR) /Kadar Pembiayaan Islamik (IFR)/ Kadar Asas Standard (SBR).
  4. Jumlah pembayaran ansuran bulanan anda akan meningkat atau berkurangan sekiranya IBR/IFR/SBR berubah.
  5. Anda juga perlu membuat pengiraan sama ada anda mampu meneruskan membuat pembayaran pembiayaan sekiranya kadar pembiayaan efektif meningkat pada masa hadapan.

Dengan sukacitanya, kami ingin berkongsi dengan anda Piagam Perkhidmatan Pembiayaan Hartanah-i, di mana kami telah menggariskan komitmen ke arah menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang lebih tinggi. Piagam ini memberi penekanan kepada nilai-nilai teras berikut:

  1. Kenali pelanggan anda
  2. Perkhidmatan cekap dan menepati masa
  3. Perkhidmatan telus and berbudi pekerti
  4. Perbankan yang mudah dicapai

 

Sila klik di sini untuk melihat Piagam Perkhidmatan Pembiayaan Hartanah-i kami yang baru

For enquiries connect with us online or drop by your nearest Hong Leong Bank Branch.