Kad Debit-i
Q: Apakah Kad Debit-i Hong Leong?
A: Kad Debit-i Hong Leong adalah kad pembayaran dan ATM yang dihubungkan terus kepada Akaun Semasa-i / Akaun Semasa atau Akaun Simpanan-i / Akaun Simpanan Hong Leong anda. Anda boleh terus mengakses dana secara elektronik, apabila membuat pembelian dan mengeluarkan wang tunai di ATM.
Q: Apakah tempoh sah Kad Debit-i Hong Leong?
A: Kad Debit-i Hong Leong mempunyai tempoh sah sehingga 7 tahun mulai tarikh Kad Debit-i dikeluarkan. Sebagai contoh, Kad Debit-i yang dikeluarkan pada April 2016 akan tamat pada April 2023. Tarikh tamat Kad Debit-i dicetak pada muka kad di bawah perkataan "Good Thru", yang bermaksud "Sah Sehingga".
Pembaharuan semula kad perlu dilakukan sebelum tarikh tamat yang dicatatkan pada kad. Satu bulan sebelum pembaharuan semula, kami akan menghantar surat atau Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) memaklumkan anda untuk mengambil Kad Debit-i baharu dari cawangan yang mengeluarkan Kad Debit-i anda.
Q: Apakah perbezaan antara Kad Debit-i Hong Leong dan Kad ATM?
A: Tidak seperti kad ATM, Kad Debit-i Hong Leong membolehkan anda membuat pembelian runcit di mana-mana outlet yang memaparkan logo MasterCard atau MEPS atau BankCard. Kad Debit-i memberikan anda fleksibiliti untuk membeli-belah di lebih 30 juta lokasi di seluruh dunia yang membawa logo MasterCard dan 26,000 lokasi tempatan yang memaparkan logo MEPS atau BankCard. Kad Debit-i juga berfungsi sebagai kad ATM untuk membolehkan anda mengakses dana anda dengan segera.
Q: Siapakah yang layak untuk Kad Debit-i Hong Leong?
A: Sesiapa sahaja berumur 18 tahun ke atas yang memiliki Akaun Semasa-i / Akaun Semasa atau Akaun Simpanan-i / Akaun Simpanan Hong Leong adalah layak.
Q: Bagaimanakah cara memohon Kad Debit-i Hong Leong?
A:
1. Kunjungi mana-mana cawangan HLISB/HLB berhampiran anda
2. Bawa bersama MyKad anda untuk pengesahan dan buka Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i
3. Pelanggan Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i sedia ada yang memiliki Kad ATM/Kad Debit Hong Leong boleh menaik taraf kepada Kad Debit-i Hong Leong
Q: Berapa lamakah masa untuk menerima Kad Debit-i Hong Leong?
A: Anda akan dapat Kad Debit-i Hong Leong anda serta merta apabila memohon.
Q: Bagaimana jika terdapat dua atau lebih penandatangan (akaun bersama) untuk Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i saya?
A: Semua pemegang Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i Bersama adalah layak tertakluk pada mandat bahawa salah seorang perlu menandatangan. Setiap pemegang akaun bersama akan diberi Kad Debit-i Hong Leong berlainan. Kad yang berasingan membolehkan transaksi setiap pemegang kad mempunyai had pembelian yang berbeza. Setiap kad juga mempunyai PIN dan tandatangan yang berlainan.
Q: Bolehkah saya membuat pengeluaran tunai ATM di luar Malaysia?
A: Ya, anda boleh menikmati pengeluaran wang tunai di ATM luar negara yang mempunyai logo MasterCard atau CIRRUS, dengan syarat anda mengaktifkan pilihan Pengeluaran ATM Luar Negara sebelum melakukan transaksi. Anda boleh pilih untuk masuk melalui saluran berikut:-
1. Hong Leong Connect @ www.hongleongconnect.my Pusat Panggilan
2. ATM HLISB/HLB – 03 7626 8899
3. Cawangan-cawangan HLISB/HLB semasa waktu perbankan
Untuk melaksanakan pengeluaran tunai ATM, pilih opsyen "pendahuluan tunai" untuk membuat pengeluaran tunai di terminal ATM. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk menggunakan kemudahan ATM merentas sempadan Hong Leong. Kemudahan ini membolehkan anda melaksanakan pengeluaran tunai merentas sempadan melalui mana-mana ATM di Singapura, Indonesia dan Thailand yang menampilkan logo MEPS atau BankCard dengan hanya RM8.48. Ini adalah alternatif yang lebih murah berbanding pengeluaran melalui ATM MasterCard pada RM 12.72 setiap pengeluaran.
Q: Adakah saya perlu mengaktifkan Kad Debit-i untuk membolehkan pengeluaran tunai merentas sempadan? Jika ya, apakah langkah yang perlu diambil untuk mengaktifkan Kad Debit-i?
A: Pergi ke ATM HLBB/HLISB yang berhampiran. Masukkan Kad Debit-i, pilih bahasa dan masukkan PIN Kad Debit-i. Pilih "Lain-lain" pada Menu Utama Pilih "Skrin Berikut" pada Sub-Menu Pilih "Kemudahan Luar Negara" Pilih "Aktifkan" Masukkan tarikh permulaan untuk mengaktifkan ciri ini Masukkan tarikh tamat untuk menghentikan ciri ini Dapatkan kembali Kad Debit-i &Resit.
Pembelian Runcit
Q: Apakah had pembelian harian saya?
A: Untuk kawalan keselamatan, Hong Leong memberikan anda fleksibiliti memilih had perbelanjaan yang anda mahukan dari RM 1 hingga sehingga RM 5,000. Jika anda tidak mengubah pembelian runcit, kami akan memberikan anda had default sebanyak RM 2,000 dengan had maksimum yang dibenarkan sebanyak RM 5,000 untuk pemegang kad generik. Pemegang kad Perbankan Priority mempunyai pilihan untuk menetapkan had pembelian runcit anda sehingga RM 10,000.
Q: Bagaimanakah cara untuk mengubah had pembelian runcit saya?
A: Anda boleh menetapkan semula had pembelian runcit melalui Hong Leong Connect.
- Layari www.hongleongconnect.my
- Di bawah menu “Perkhidmatan Lain”, pergi ke “Kad ATM/Debit” dan pilih “Tukar Had Pembelian
- Runcit/Internet”
- Pilih daripada opsyen yang berkaitan (“Sila tukar”)
- Masukkan Had Baharu anda (MYR)
- TAC akan dihantar ke telefon mobile anda
- Masukkan TAC, klik “Sah” dan anda kini selesai!
Selain itu, kunjungi mana-mana cawangan HLISB/HLB dan pegawai bank kami sedia membantu anda untuk mengubah had pembelian runcit anda.
Q: Di mana dan bagaimana saya boleh menggunakan Kad Debit-i Hong Leong saya?
A: Anda boleh menggunakan Kad Debit-i Hong Leong di mana-mana peniaga yang memaparkan logo MasterCard yang diterima di lebih 30 juta lokasi di seluruh dunia. Anda juga boleh menggunakan Kad Debit-i Hong Leong di mana-mana peniaga yang memaparkan logo MEPS or BankCar yang diterima di lebih 26,000 lokasi di seluruh dunia melalui pin kad anda.
Q: Adakah saya perlu mengaktifkan Kad Debit-i Hong Leong saya untuk pembelian runcit di luar Malaysia?
A: Ya, anda perlu mengaktifkan pilihan Pembelian Runcit Luar Negara sebelum anda boleh melaksanakan transaksi. Anda boleh pilih untuk masuk melalui saluran berikut:-
- Hong Leong Connect @ www.hongleongconnect.my Pusat Panggilan
- ATM HLISB/HLB – 03 7626 8899
- Cawangan-cawangan HLISB/HLB semasa waktu perbankan
Q: Bilakah akaun ditahan dilaksanakan?
A: Urusniaga berikut yang dilakukan menggunakan Kad Debit-i akan diberi pra-kebenaran dan diperuntukkan untuk tempoh 3 hari:- 1. Daftar masuk Hotel 2. Daftar masuk hospital 3. Pra-pengesahan stesen minyak Apabila anda mula meleretkan kad debit-i, akaun akan diperuntukkan dengan jumlah awalan oleh peniaga. Selepas 3 hari, jumlah yang diperuntukkan akan digugurkan dan nilai pembelian sebenar akan didebitkan ke dalam akaun utama yang ditanda dengan Kad Debit-i.
Q: Saya mahu membayar amaun RM yang dipam di stesen petrol sahaja dan mengelakkan akaun ditahan. Adakah ini boleh?
A: Ya. Untuk mengelakkan akaun ditahan bagi transaksi petrol, anda hanya perlu membuat bayaran pendahuluan bagi amaun yang anda mahu pam di dalam Stesen Minyak melalui atendan.
Q: Apakah antara sebab transaksi kad debit-i mungkin ditolak?
A: Kemungkinan sebab adalah:- 1. Dana yang tidak mencukupi dalam akaun anda (Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i) 2. Dana yang tidak mencukupi disebabkan oleh pegangan jumlah pra-pengesahan di Hotel, Hospital dan Stesen Minyak. 3. Amaun transaksi lebih daripada had pembelian harian yang ditetapkan iaitu nilai default RM2,000 sehari. Anda boleh menukar had pembelian runcit harian di mana-mana Cawangan HLISB/HLB atau melakukannya sendiri melalui Hong Leong Connect.
Q: Saya mempunyai Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i. Bolehkah saya memilih mana-mana satu akaun untuk ditanda sebagai Akaun Utama saya?
A: Ya, anda sekarang boleh memilih sama ada Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i sebagai akaun utama untuk transaksi pembelian runcit. Sebelum ini, Akaun Simpanan-i telah ditetapkan sebagai Akaun Utama default, manakala Akaun Semasa-i sebagai Akaun Kedua sekiranya dua akaun yang berbeza dipautkan kepada Kad Debit-i. Walau bagaimanapun, jika anda tidak mempunyai dana yang mencukupi di dalam akaun utama yang dipilih (sebagai contoh Akaun Simpanan-i), anda perlu memindahkan amaun dari Akaun Semasa-i ke Akaun Simpanan-i sebelum menggunakan Kad Debit-i.
Q: Saya akan membuat perjalanan dan mahu meningkat buat sementara had pembelian runcit saya. Adakah ini boleh?
A: Anda mempunyai pilihan untuk meningkatkan buat sementara Had Pembelian Runcit dengan menghubungi Pusat Panggilan Hong Leong Bank di 03-7626 8899. Had sementara maksimum yang dibenarkan adalah sehingga RM 10,000 untuk Pemegang Kad Debit bukan Perbankan Priority dan RM 20,000 untuk Pemegang Kad Debit Perbankan Priority. Tempoh maksimum yang dibenarkan bagi menggunakan peningkatan sementara had pembelian bulanan adalah satu bulan. Pada tarikh tamat tempoh, had pembelian runcit akan kembali kepada had default anda.
Q: Adakah Kad Debit-i HLISB disertakan dengan fungsi Tanpa Sentuh?
A: Ya, semua Kad Debit Pin &Pay-i HLISB yang baharu membawa logo Spesifikasi Kad Cip Malaysia ( "MCCS") yang memiliki fungsi Tanpa Sentuh yang membolehkan Pemegang Kad melaksanakan transaksi pembayaran dengan mengetik atau melayangkan Kad Debit-i mereka pada terminal/pembaca yang selamat tanpa memerlukan tandatangan atau PIN.
Q: Bilakah PIN atau tandatangan diperlukan untuk transaksi Tanpa Sentuh?
A: Apabila transaksi Tanpa Sentuh melebihi ambang yang telah ditetapkan, anda akan digesa untuk memasukkan PIN anda, atau menandatangani resit transaksi.
Q: Apakah had transaksi tanpa sentuh?
A: Had tanpa sentuh ditetapkan pada RM250 setiap transaksi dan selepas mencapai jumlah transaksi tanpa sentuh terkumpul sebanyak RM400, anda dikehendaki menandatangani Resit Transaksi, atau masukkan PIN untuk menetapkan semula had transaksi tanpa sentuh.
Q: Bagaimanakah cara untuk mengubah Had Pembelian Internet saya?
A: Anda boleh menetapkan semula Had Pembelian Internet melalui Hong Leong Connect.
1. Layari www.hongleongconnect.my
2. Di bawah menu “Perkhidmatan Lain”, pergi ke “Kad ATM/Debit” dan pilih “Tukar Had Pembelian
3. Runcit/Internet”
4. Pilih daripada opsyen yang berkaitan (“Sila tukar”)
5. Masukkan Had Baharu anda (MYR)
6. TAC akan dihantar ke telefon mobile anda
7. Masukkan TAC, klik “Sah” dan anda kini selesai!
Selain itu, kunjungi Cawangan HLISB/HLB di mana akaun anda disimpan dan pegawai bank kami sedia membantu anda untuk mengubah had pembelian internet anda. Pembaharuan Semula
Q: Bagaimanakah saya boleh memperbaharui semula Kad Debit-i Hong Leong saya?
A: Sebelum tarikh tamat, anda akan diingatkan untuk memperbaharui Kad Debit-i Hong Leong anda melalui surat peringatan atau SMS sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa. Sila kunjungi Cawangan HLISB/HLB yang berhampiran untuk mendapatkan kad gantian anda serta merta.
Melapor Kad Hilang
Q: Apakah yang perlu saya lakukan jika Kad Debit-i Hong Leong saya hilang atau dicuri?
A: Anda boleh segera:
1. Laporkan kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan 24 Jam Hong Leong Bank di 03-7626 8899 untuk kad hilang di dalam Malaysia atau di luar negara. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi mana-mana ahli MasterCard Worldwide atau sekutunya yang terdekat bagi kehilangan kad di luar negara. Untuk pelanggan Perbankan Priority, sila hubungi Talian Bebas Tol Perbankan Priority di 1800-18-9000 untuk pemberitahuan kad hilang kepada Bank.
2. Pemberitahuan hendaklah dibuat kepada Bank secara peribadi atau melalui telefon, telegram, faksimili, atau e-mel dan pengesahan yang sama perlu dibuat secara bertulis dan disertakan dengan laporan polis.
Q: Apakah ciri keselamatan yang dimiliki oleh Kad Debit-i Hong Leong?
A:
- Pengesahan diperlukan: Anda perlu menandatangan slip transaksi untuk meluluskan amaun pembayaran. Untuk pembelian e-debit, anda dikehendaki memasukkan nombor PIN anda pada pad pin di tempat pembelian.
- Had pembelian runcit default minimum: Had pembelian runcit default minimum adalah RM2,000. Anda boleh mengurangkan atau meningkatkan had ini di mana-mana cawangan atau menukarnya sendiri melalui Hong Leong Connect di (www.hongleongconnect.my)
- Perkhidmatan Perbankan Telefon: Perbankan Telefon Layan Diri dan Pusat Panggilan Hong Leong kami di 03- 7626 8899 sentiasa terbuka untuk membantu anda menyekat Kad Debit-i bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan sekiranya kad hilang atau dicuri.
Q: Adakah saya akan dibayar balik jika transaksi penipuan berlaku melalui Kad Debit-i Hong Leong saya?
A: Sekiranya kad anda hilang atau dicuri, dan jika mana-mana transaksi yang tidak dibenarkan telah dibuat melalui kad anda, kerugian anda akan terhad kepada RM250*. Pusat Panggilan 03-7626 8899 kami dibuka 24/7 untuk membantu anda menyekat Kad Debit-i bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan dalam kes hilang atau kecurian.
*Dengan syarat anda telah menjaga kad dan segera melaporkan kehilangannya kepada Bank (untuk kehilangan kad di Malaysia) atau mana-mana ahli MasterCard Worldwide atau gabungan terdekat (bagi kehilangan kad di luar negera). Pemberitahuan hendaklah dibuat kepada Bank melalui telefon, telegram, faksimili, atau e-mel dan pengesahan yang sama perlu dibuat secara bertulis dan disertakan dengan laporan polis.
Q: Apabila menggunakan Kad Debit-i Hong Leong saya di ATM, skrin menunjukkan "kad tidak sah". Kenapakah ini berlaku dan apakah yang patut saya lakukan seterusnya?
A: Kad debit-i anda tidak boleh "dibaca" oleh mesin ATM. Antara puncanya mungkin cip kad rosak, atau kad anda telah disekat atas sebab-sebab keselamatan. Anda boleh hubungi Pusat Perhubungan Hong Leong 03-7626 8899 untuk bantuan, atau kunjungi mana-mana Cawangan HLISB/HLB untuk menggantikan kad anda sebaik sahaja kami mengesahkan bahawa kad cip rosak.
Q: Bagaimana caranya untuk menggantikan Kad Debit-i Hong Leong saya jika hilang, dicuri, rosak atau tidak berfungsi?
A: Sila kunjungi mana-mana Cawangan HLISB/HLB untuk menggantikan Kad Debit-i Hong Leong anda. Kos penggantian adalah RM18.
Q: Apakah PIN?
A: PIN atau Nombor Pengenalan Peribadi adalah kod rahsia yang yang dikeluarkan oleh HLISB/HLB kepada Pemegang Kad, sama ada melalui permintaan atau dipilih oleh Pemegang Kad di mana-mana Cawangan HLISB/HLB menurut prosedur permohonan bagi perkhidmatan ATM dan termasuk perubahan pada hari yang sama yang dibuat oleh Pemegang Kad sekiranya berkaitan, dari semasa ke semasa. PIN Kad Debit-i untuk membuat pembelian di kedai-kedai runcit adalah sama seperti PIN Mesin Juruwang Automatik ("ATM") yang anda gunakan untuk melaksanakan transaksi ATM. PIN diperlukan untuk mengesahkan dan melengkapkan transaksi Kad Debit-i, sama ada di ATM, Titik Jualan ( "POS") atau sebarang jenis peranti yang memerlukan PIN.
Q: Kenapakah PIN lebih selamat daripada tandatangan?
A: Penggunaan PIN boleh membantu melindungi daripada penipuan disebabkan kad hilang atau dicuri kerana PIN hanya diketahui oleh Pemegang Kad. Risiko tandatangan palsu/ditiru dapat dikurangkan. Oleh itu, PIN perlu dilindungi secara selamat dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga.
Q: Bagaimanakah cara untuk menyimpan PIN saya supaya selamat?
A: Antara langkah untuk mengekalkan PIN anda dirahsiakan dan selamat termasuklah: Jangan gunakan nombor yang berkaitan dengan hari jadi atau tarikh ulang tahun, nombor telefon, no. KP, lesen memandu sebagai PIN; Jangan menyimpan rekod bertulis PIN; Jangan benarkan mana-mana pihak ketiga untuk melihat PIN anda apabila ia dimasukkan atau dipamerkan; Jangan simpan PIN dalam bentuk yang boleh dikenal pasti dengan mudah sebagai PIN; Jangan mendedahkan PIN kepada mana-mana pihak ketiga (termasuk orang yang dilihat sebagai berkuasa, ahli keluarga atau pasangan); Jangan cuai atau melulu mendedahkan PIN anda; dan  Beritahu HLISB/HLB jika PIN telah diketahui oleh orang lain dan tukar PIN dengan serta-merta.
Q: Adakah transaksi ATM dan POS mempunyai PIN yang sama?
A: Ya.
Q: Bolehkah saya meminta 2 PIN yang berbeza untuk transaksi ATM dan POS?
A: Tidak boleh.
Q: Adakah saya perlu memasukkan PIN setiap kali saya menggunakan Kad Debit-i di Malaysia?
A: Ya, jika anda diminta oleh peniaga untuk memasukkan PIN anda. harap maklum bahawa berkuatkuasa 1 Januari 2017, semua transaksi pembayaran yang dilakukan melalui ATM, POS dan/atau peranti pembayaran laun akan memerlukan PIN.
Q: Adakah saya perlu memasukkan PIN apabila saya menggunakan Kad Debit-i di luar negara?
A: Ya, jika anda diminta oleh peniaga luar negara untuk memasukkan PIN anda. Walau bagaimanapun, bagi negara-negara yang tidak menyokong transaksi berasaskan PIN, anda perlu menandatangani resit transaksi untuk melengkapkan urus niaga.
Q: Adakah PIN diperlukan untuk transaksi Kad Debit-i dengan Kad Tidak Hadir (Auto Debit, Pesanan Mel
A: Pesanan Telefon dan/atau dalam talian sahaja)? Tidak, PIN tidak diperlukan. PIN digunakan di ATM, terminal POS dan/atau peranti pembayaran lain sahaja. Bagi transaksi dalam talian yang selamat, Pemegang kad perlu memasukkan kata laluan selamat MasterCard, yang akan dihantar ke telefon mobile untuk melengkapkan transaksi.
Q: Apakah yang berlaku jika saya gunakan Kad Debit-i di terminal POS yang tidak menyokong PIN?
A: Terminal POS akan memproses transaksi menggunakan Kad Debit-i P&P anda tanpa meminta PIN dan anda perlu menandatangan resit transaksi untuk melengkapkan urus niaga.
Q: Bolehkah saya menggunakan Kad Debit-i P&P di negara yang menggunakan jalur magnetik (contohnya Amerika Syarikat)?
A: Ya, Kad Debit-i P&P boleh digunakan di seluruh dunia di mana kehadiran jenama pembayaran (MasterCard) diterima.
Q: Adakah saya perlu memasukkan PIN untuk transaksi pra-pengesahan (contohnya daftar masuk hotel)?
A: Ya.
Q: Adakah saya perlu memasukkan PIN apabila memulangkan barangan kepada peniaga untuk mendapat bayaran balik?
A: Tidak boleh.
Q: Bolehkah saya menukar PIN (kali pertama atau seterusnya) di ATM bank yang lain?
A: Tidak boleh. Anda hanya boleh menukar PIN Kd Debit-i anda di ATM HLISB/HLB.
Q: Adakah terdapat peraturan tentang memberikan nombor PIN kepada Kad Debit-i?
A: Tidak, tetapi sesetengah langkah/kawalan amat digalakkan seperti yang terkandung pada No. 31 di sini.
Q: Apakah yang akan berlaku jika saya masukkan PIN yang salah?
A: Tiga percubaan dibenarkan sebelum Kad Debit-i anda disekat. Apabila Kad Debit-i disekat, anda perlu mengunjungi mana-mana cawangan HLISB/HLB untuk mendapatkan Kad Debit-i yang baharu.(percubaan terhad memasukkan PIN melindungi daripada kemungkinan penipuan Kad Debit-i)
Q: Apakah yang akan berlaku jika saya terlupa PIN?
A: Anda perlu menukar Kad Debit-i anda.
Q: Bolehkah saya kenal pasti transaksi Kad Debit-i yang sah pada Resit Transaksi dan/atau penyata?
A: Boleh. Resit transaksi dan/atau penyata akan memaparkan perkataan "PIN Disahkan".
Q: Adakah PIN dicetak pada resit transaksi?
A: Tidak boleh.
Q: Adakah saya perlu tandatangan pada belakang Kad Debit-i saya?
A: Ya, ini adalah perlu kerana tandatangan akan digunakan untuk pengesahan dalam keadaan tertentu (contohnya pergi ke negara di mana PIN tidak digunakan, di mana terminal peniaga tidak dinaik taraf untuk menyokong transaksi berasaskan PIN dan lain-lain).
Q: Adakah semua peniaga tahu cara memproses transaksi P&P?
A: Semua peniaga akan dilatih untuk melaksanakan transaksi P&P (berasaskan PIN) Ini akan dilakukan dalam tempoh sehingga 31 Disember 2016.
Q: Adakah tandatangan masih diperlukan pada Resit Transaksi selepas PIN dimasukkan?
A: Tandatangan tidak diperlukan pada mana-mana Resit Transaksi apabila PIN telah disahkan. Draf Jualan akan memaparkan perkataan “PIN Disahkan”.
Q: Saya adalah orang asing yang memiliki Kad Debit bank lain. Bolehkah saya guna Kad ATM saya di ATM HLISB/HLB?
A: Boleh. ATM HLISB/HLB memaparkan logo VISA PLUS dan/atau MasterCard Cirrus dan ini memberikan anda akses kepada kemudahan ATM di Malaysia.
Q: Bolehkah saya gunakan kemudahan Pelan Pembayaran Mudah (EPP) untuk pembelian menggunakan Kad Debit-i Hong Leong?
A: Tidak boleh.
Q: Apakah definisi transaksi Tanpa Kad (“CNP”)?
A: Transaksi CNP adalah transaksi kad yang dibuat di mana Pemegang Kad tidak hadir secara fizikal (bukan bersemuka) di lokasi peniaga apabila pembayaran dibuat. Contoh transaksi CNP adalah Pembelian Secara Dalam Talian (di laman sesawang yang bukan disahkan 3D), Pesanan Mel Pesanan Telefon dan Debit Auto.
Q: Apakah definisi transaksi Luar Negara?
A: Transaksi Luar Negara adalah transaksi yang dilaksanakan di luar negara (iaitu di luar Malaysia). Transaksi luar negara termasuklah transaksi -pembelian semasa jualan (“POS”) dan pengeluaran wang tunai melalui ATM di luar Malaysia.
Q: Mengapakah saya perlu memberi kebenaran untuk melaksanakan Transaksi CNP dan Luar Negara?
A: Ini adalah selaras dengan peraturan-peraturan baru yang telah dikenakan oleh Bank Negara Malaysia yang mewajibkan semua institusi kewangan dan pengeluar untuk menghalang mana-mana Pemegang Kad Debit-i daripada membuat sebarang transaksi CNP yang tidak disahkan melalui kaedah pengesahan yang kukuh seperti kata laluan dinamik atau mana-mana transaksi Luar Negara menggunakan Kad Debit-i KECUALI Pemegang Kad Debit-i telah memilih untuk melaksanakan transaksi tersebut. Keperluan untuk memilih masuk (“opt in”) bertujuan untuk memastikan bahawa langkah-langkah dan kawalan pengurusan risiko yang mencukupi dilaksanakan dalam kalangan institusi kewangan dan pengeluar, dan untuk mendidik Pemegang Kad Debit-i tentang amalan yang selamat bagi mengurangkan risiko transaksi tanpa kebenaran, khususnya transaksi CNP dan Luar Negara.
Q: Apakah yang dianggap sebagai Pembelian Dalam Talian di laman sesawang yang bukan disahkan 3D yang selamat?
A: Pembelian Dalam Talian di laman sesawang yang bukan disahkan 3D yang selamat adalah transaksi yang hanya memerlukan Pemegang Kad Debit-i menggunakan butiran pada kad (iaitu: Nombor kad, Tarikh Tamat dan CVV) untuk transaksi. Sebagai perbandingan, Pembelian Talian di laman sesawang 3D yang selamat memerlukan butiran pada kad dan Kata Laluan Satu Kali (“OTP”) untuk mengesahkan transaksi.
Q: Bolehkah saya hanya memilih Pembelian Talian di laman sesawang yang disahkan selamat dan bukan transaksi Luar Negara?
A: Boleh. Pemegang Kad Debit-i boleh memilih mana-mana empat (4) jenis transaksi berikut:
- Pembelian internet bukan disahkan 3D Selamat
- Pesanan Mel/Pesanan Telefon (MOTO) / Debit Auto
- Transaksi Pembelian Runcit Luar Negara
- Pengeluaran Wang Tunai ATM Luar Negara
Q: Bagaimanakah saya memilih-masuk untuk melaksanakan Transaksi CNP dan Luar Negara?
A: Anda boleh pilih untuk masuk daripada saluran berikut:
- Perbankan Dalam Talian HLB Connect di www.hongleongconnect.my
- Aplikasi HLB Connect
- ATM HLB/HLISB
- Pusat Panggilan – 03 7626 8899
- Cawangan HLB/HLISB semasa waktu perbankan
Q: Jika saya menetap di luar negara, bagaimanakah saya memilih-masuk untuk melaksanakan transaksi tersebut?
A: Pemegang Kad Debit-i boleh memilih-masuk melalui Perbankan Dalam Talian HLB Connect di www.hongleongconnect.my, Aplikasi HConnect atau hubungi Pusat Panggilan Hong Leong di 03-7626 8899.
Q: Jika saya pilih untuk melaksanakan CNP dan transaksi Luar Negara, adakah ia akan berkuat kuasa serta merta?
A: Ya, pilihan anda akan berkuat kuasa serta merta.
Q: Apakah risiko yang dikaitkan dengan CNP dan transaksi Luar Negara?
A: Apabila transaksi CNP dan/atau Luar Negara dilaksanakan, terdapat risiko data akaun anda terjejas atau maklumat tersebut digunakan untuk pembelian yang tidak sah dan/atau pengeluaran wang tunai. Perlu diingatkan bahawa dalam kes transaksi luar negara, ciri-ciri pengesahan kad untuk transaksi pembelian di terminal semasa jualan mungkin berbeza dari negara ke negara dan sesetengah negara/peniaga mungkin tidak boleh menggunakan pendekatan yang lebih ketat. Transaksi penipuan boleh berlaku jika data akaun anda dikompromi.
Q: Apakah definisi bagi transaksi berkaitan tol?
A: Transaksi berkaitan tol merujuk kepada pembayaran yang dilakukan di terminal pembayaran yang terletak di plaza tol lebuh raya atau lebuh raya ekspres. Selepas anda melengkapkan perjalanan anda di lebuh raya, pengendali tol akan mendebitkan jumlah keseluruhan ke Kad Debit-i anda.
Q: Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan Kad Debit-i saya untuk transaksi berkaitan tol?
A: Tiada pengaktifan diperlukan. HLISB akan mengaktifkan ciri Kad Debit-i secara automatik untuk transaksi berkaitan tol, berkuat kuasa dari tarikh pelaksanaan.
Q: Bolehkah pemegang kad menyahaktifkan ciri transaksi berkaitan tol?
A: Ciri ini akan diaktifkan secara kekal pada kad, berkuat kuasa dari tarikh pelaksanaan dan tidak boleh dinyahaktifkan.
Q: Apakah yang boleh menyebabkan transaksi berkaitan tol gagal?
A: Kad Debit-i yang telah tamat tempoh akan menyebabkan kegagalan transaksi berkaitan tol.
Sila pastikan terdapat baki yang mencukupi dalam akaun untuk melakukan transaksi berkaitan tol.