- Bantuan & Sokongan >
- Glosari Istilah Perbankan Islam
Glosari Istilah Perbankan Islam
|
|
Istilah |
Maksud |
|---|---|---|
|
1 |
Al-bai` |
Akad jual beli |
|
2 |
Al-ijarah thumma al-bai (AITAB) |
Akad sewa yang disusuli dengan pemilikan barang oleh penyewa melalui akad jual beli |
|
3 |
Bai` `inah |
Akad jual beli yang disusuli dengan pembelian semula oleh penjual dengan harga yang berbeza |
|
4 |
Bai` dayn |
Akad jual beli hutang |
|
5 |
Bai` bithaman ajil (BBA) |
Akad jual beli berasaskan pembayaran tertangguh/ansuran pada harga tertentu |
|
6 |
Bai` salam |
Akad jual beli secara pesanan terhadap aset tertentu dengan spesifikasi tertentu. Pembayaran penuh dibuat secara tunai semasa akad dimeterai manakala penyerahan barang ditangguhkan ke suatu masa yang ditetapkan |
|
7 |
Faraid |
Ilmu pengetahuan atau hukum tentang pembahagian harta pusaka mengikut peraturan Islam |
|
8 |
Fiqh muamalat |
Disiplin ilmu yang membahaskan hukum berkenaan dengan urusan kehidupan manusia sesama manusia |
|
9 |
Gharamah |
Denda/Penalti |
|
10 |
Gharar |
Ketidakpastian |
|
11 |
Hibah |
Hadiah |
|
12 |
Ibra’ |
Rebat/Pengguguran sebahagian atau keseluruhan tuntutan terhadap sesuatu hak atau hutang |
|
13 |
Ijarah |
Akad sewa atau upah yang melibatkan faedah/manfaat daripada sesuatu aset atau tenaga kerja dengan bayaran atau upah tertentu dalam tempoh yang dipersetujui |
|
14 |
Istisna` |
Akad jual beli secara tempahan bagi sesuatu produk dengan spesifikasi tertentu dan dengan kaedah penyerahan dan pembayaran tertentu (sama ada tunai atau bertangguh) |
|
15 |
`Iwad |
Imbalan |
|
16 |
Kafalah |
Jaminan |
|
17 |
Maysir |
Judi |
|
18 |
Mudarabah |
Akad perkongsian untung |
|
19 |
Muqasah |
Tolak selesai |
|
20 |
Murabahah |
Akad jual beli dengan pendedahan harga kos aset dan margin keuntungan kepada pembeli |
|
21 |
Musawamah |
Akad jual beli tanpa pendedahan harga kos aset dan margin keuntungan kepada pembeli |
|
22 |
Musyarakah |
Akad perkongsian untung rugi |
|
23 |
Musyarakah mutanaqisah
|
Akad perkongsian yang membenarkan seorang (atau lebih) rakan kongsi memberikan hak kepada rakan kongsi yang lain untuk memiliki bahagian aset kepunyaannya secara beransur-ansur berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui |
|
24 |
Qard |
Akad pinjaman |
|
25 |
Rahn |
Gadaian/Cagaran |
|
26 |
Sukuk |
Merujuk kepada sijil nilai yang sama yang membuktikan pemilikan yang tidak berbelah bahagi atau pelaburan dalam aset yang menggunakan prinsip dan konsep Syariah yang disahkan oleh MPS.
|
|
27 |
Ta`widh |
Pampasan |
|
28 |
Tabarru’ |
Pemberian/Sumbangan secara sukarela |
|
29 |
Takaful |
Suatu skim yang bercirikan semangat bantu-membantu dan tolong-menolong dengan menyediakan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan dan semua peserta sama-sama bersetuju untuk memberikan sumbangan bagi tujuan tersebut |
|
30 |
Tawarruq/komoditi murabahah
|
Membeli sesuatu barang dengan harga tangguh sama ada secara musawamah (rujuk no. 21) atau murabahah (rujuk no. 20), kemudian menjualnya kepada pihak ketiga bagi memperoleh wang tunai |
|
31 |
Ujrah |
Upah |
|
32 |
Wa’d |
Janji |
|
33 |
Wadi`ah |
Akad simpanan harta yang diamanahkan oleh satu pihak kepada pihak lain untuk dijaga dan dipulangkan apabila diminta |
|
34 |
Wakalah |
Akad perwakilan |
|
35 |
Wakaf |
Sesuatu pemberian atau sumbangan ikhlas harta yang dimiliki untuk kepentingan dan kesejahteraan umum yang dibenarkan oleh Syarak |