Hong Leong Islamic Bank- Dasar Hiperpautan

Dasar Hiperpautan

HIPERPAUTAN DARIPADA HLB KE LAMAN WEB LUARAN

Sekiranya ada hiperpautan ("pautan") daripada laman web HLB ke laman web luaran, pautan ini mempunyai perjanjian bertulis dengan HLB. Laman web luaran tersebut mungkin dimiliki oleh Anak Syarikat atau Subsidiari Kumpulan Hong Leong atau pihak yang mempunyai hubungan perniagaan strategik dengan Kumpulan Hong Leong atau disebabkan oleh sebab dan aturan tertentu.

 

Apabila HLB menyediakan pautan ke laman web luaran dan anda mengklik pautan tersebut, SILA AMBIL PERHATIAN bahawa ini bermakna anda meninggalkan laman web HLB dan Dasar Privasi kami akan tamat sebaik sahaja anda meninggalkan laman web kami. Kami mengingatkan anda terma penggunaan Pautan, Penafian dan Reservasi Hak Harta Intelektual kami.

 

Penyediaan pautan ini tidak bermakna bahawa HLB mengesahkan, mengesyorkan, meluluskan, menjamin atau mahu memperkenalkan mana-mana pihak ketiga dan/atau perkhidmatan & produk. Penyediaan pautan juga tidak bermakna HLB mempunyai sebarang bentuk kerjasama dengan pihak ketiga atau laman web tersebut melainkan dinyatakan oleh HLB. Bank tidak akan bertanggungjawab bagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga di laman web luaran dan semua pelawat/pengguna laman web perlu membaca kenyataan dasar privasi laman web ini.

 

Anda boleh mengakses, menggunakan atau mengikuti pautan ini atas risiko anda sendiri dan HLB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kerugian (langsung atau berbangkit) yang ditanggung atau dialami oleh anda yang timbul daripada atau berkaitan dengan akses/penggunaan pautan. HLB tidak menjadi pihak kepada sebarang perjanjian kontrak yang dibuat antara anda dan pemilik laman web luaran melainkan jika dinyatakan atau dipersetujui secara bertulis oleh HLB.

 

HIPERPAUTAN DARIPADA LAMAN WEB LUARAN KE LAMAN WEB HLB KAMI

Kemunculan pautan laman web HLB pada laman web luaran tidak bermakna pautan tersebut mendapat kebenaran daripada HLB serta pautan tidak mengandungi sebarang bentuk kerjasama dengan atau disokong oleh HLB berhubung laman web atau kandungan pihak ketiga tersebut. Mana-mana pihak yang ingin membuat pautan ke laman web HLB perlu mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada HLB sebelum berbuat demikian. Sebarang penggunaan atau paparan logo, nama perniagaan, tanda niaga, kandungan web atau bahan HLB dalam apa jua bentuk adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada HLB.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.