Notis Pertukaran Asing

Notis Pertukaran Asing

Notis Pertukaran Asing

PENGENALAN

Bank Negara Malaysia ("BNM") telah mengeluarkan Notis Pertukaran Asing baharu ("Notis FE") pada 15 April 2021 dan telah berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Dasar Pertukaran Asing sebelum ini telah ditambahbaik bertujuan untuk meningkatkan kecekapan perniagaan dan memberikan fleksibiliti kepada individu dan syarikat untuk menguruskan pendedahan risiko pertukaran asing mereka dengan lebih baik. Para pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan agar mereka mematuhi Notis FE, dan dengan itu, kami ingin memberikan peringatan berikut untuk membantu anda memahami peraturan tersebut.

 

ADAKAH ANDA PEMASTAUTIN ATAU BUKAN PEMASTAUTIN?

Peraturan yang telah ditetapkan di dalam Notis FE adalah berbeza antara Pemastautin dan Bukan Pemastautin. Definisi BNM mengenai Pemastautin dan Bukan Pemastautin dinyatakan seperti di bawah dan kami sertakan beberapa contoh bagi membantu anda memahaminya: 

 

 

Pemastautin

Bukan Pemastautin

Individu

  • warganegara Malaysia, tidak termasuk warganegara yang telah memperoleh status pemastautin tetap di sebuah negara atau wilayah di luar Malaysia dan tinggal di luar Malaysia;

    Contohnya: Pemegang MyKad biru Malaysia yang tinggal di Malaysia dianggap sebagai Pemastautin.

 

  • bukan warganegara Malaysia yang telah memperoleh status penduduk tetap di Malaysia dan biasanya menetap di Malaysia;

    Contohnya: Warganegara Britain yang merupakan pemastautin tetap Malaysia dan tinggal di Malaysia dianggap sebagai Pemastautin.
  • mana-mana orang selain pemastautin

  • warganegara Malaysia yang telah memperoleh taraf pemastautin tetap negara atau wilayah di luar Malaysia dan menetap di luar Malaysia

    Contohnya: Pemegang MyKad biru Malaysia yang merupakan pemastautin tetap Singapura dan tinggal di Singapura dianggap Bukan Pemastautin.

Entiti

  • badan korporat yang diperbadankan atau ditubuhkan, atau didaftarkan dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa, di Malaysia;

    Contohnya: Sebuah syarikat sendirian berhad yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (contohnya Sdn. Bhd.).

  • pertubuhan tidak diperbadankan yang berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia; atau

    Contohnya: Koperasi, kelab atau persatuan.

  • Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri di Malaysia
  • mana-mana orang selain pemastautin

    Contohnya: Syarikat yang diperbadankan di Hong Kong dianggap sebagai Bukan Pemastautin.

  • cawangan luar negara, anak syarikat, pejabat serantau, pejabat jualan atau pejabat perwakilan bagi syarikat pemastautin

  • Kedutaan, Konsulat, Suruhanjaya Tinggi, organisasi supranasional atau antarabangsa

Untuk mengelakkan keraguan, ini termasuk Kedutaan Besar Malaysia, Konsulat dan Suruhanjaya Tinggi

 

APA YANG KAMI PERLUKAN DARIPADA ANDA?

 

Sila ambil perhatian tentang perkara berikut:

(a) isytiharkan taraf pemastautin anda semasa anda membuka akaun dengan kami dan harus memaklumkan kepada kami apabila terdapat perubahan;

(b) pastikan aktiviti yang dilakukan di dalam akaun yang dikendalikan dengan kami mematuhi Notis FE yang sedia ada pada setiap masa; dan

(c) memberikan bukti dokumentasi kepada kami sebagai sebahagian daripada proses usaha wajar kami untuk memastikan Notis FE dipatuhi sepenuhnya.

 

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Notis FE (boleh diakses di sini).

 

Sekiranya kelulusan atau pendaftaran diperlukan untuk sebarang transaksi yang ingin dilakukan, anda boleh mengemukakan permohonan anda di laman web BNM (boleh diakses di sini). Salinan kelulusan atau pendaftaran tersebut mungkin akan diminta daripada anda sebelum transaksi anda dilaksanakan.

 

Adalah diingatkan bahawa anda tidak boleh menggunakan produk atau perkhidmatan kewangan Bank untuk transaksi terlarang/menyalahi undang-undang, seperti (tetapi tidak terhad kepada) perdagangan pertukaran wang asing dan skim pelaburan haram. Anda boleh merujuk laman web BNM di https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert untuk maklumat lanjut.

 

Untuk pertanyaan, hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.