Notis Pertukaran Asing

Notis Pertukaran Asing

PENGENALAN

Bank Negara Malaysia ("BNM") telah mengeluarkan Notis Pertukaran Asing baharu ("Notis FE") pada 15 April 2021 dan telah berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Dasar Pertukaran Asing sebelum ini telah ditambahbaik bertujuan untuk meningkatkan kecekapan perniagaan dan memberikan fleksibiliti kepada individu dan syarikat untuk menguruskan pendedahan risiko pertukaran asing mereka dengan lebih baik. Para pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan agar mereka mematuhi Notis FE, dan dengan itu, kami ingin memberikan peringatan berikut untuk membantu anda memahami peraturan tersebut.

 

ADAKAH ANDA PEMASTAUTIN ATAU BUKAN PEMASTAUTIN?

Peraturan yang telah ditetapkan di dalam Notis FE adalah berbeza antara Pemastautin dan Bukan Pemastautin. Definisi BNM mengenai Pemastautin dan Bukan Pemastautin dinyatakan seperti di bawah dan kami sertakan beberapa contoh bagi membantu anda memahaminya: 

 

 

Pemastautin

Bukan Pemastautin

Individu

  • warganegara Malaysia, tidak termasuk warganegara yang telah memperoleh status pemastautin tetap di sebuah negara atau wilayah di luar Malaysia dan tinggal di luar Malaysia;

    Contohnya: Pemegang MyKad biru Malaysia yang tinggal di Malaysia dianggap sebagai Pemastautin.
  • bukan warganegara Malaysia yang telah memperoleh status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya menetap di Malaysia;

    Contohnya: Warganegara Britain yang merupakan pemastautin tetap Malaysia dan tinggal di Malaysia dianggap sebagai Pemastautin.
  • mana-mana orang selain pemastautin

  • warganegara Malaysia yang telah memperoleh taraf pemastautin tetap negara atau wilayah di luar Malaysia dan menetap di luar Malaysia

    Contohnya: Pemegang MyKad biru Malaysia yang merupakan pemastautin tetap Singapura dan tinggal di Singapura dianggap Bukan Pemastautin.

Entiti

  • badan korporat yang diperbadankan atau ditubuhkan, atau didaftarkan dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa, di Malaysia;

    Contohnya: Sebuah syarikat sendirian berhad yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (contohnya Sdn. Bhd.).

  • pertubuhan tidak diperbadankan yang berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia; atau

    Contohnya: Koperasi, kelab atau persatuan.

  • Kerajaan Malaysia atau mana-mana KerajaanMalaysia
  • mana-mana orang selain pemastautin

    Contohnya: Syarikat yang diperbadankan di Hong Kong dianggap sebagai Bukan Pemastautin.

  • cawangan luar negara, anak syarikat, pejabat serantau, pejabat jualan atau pejabat perwakilan bagi syarikat pemastautin

  • Kedutaan, Konsulat, Suruhanjaya Tinggi, organisasi supranasional atau antarabangsa

Untuk mengelakkan keraguan, ini termasuk Kedutaan Besar Malaysia, Konsulat dan Suruhanjaya Tinggi

1. Akaun Mata Wang

Asing

(nota: HLISB tidak menawarkan Akaun Mata Wang Asing kepada pelanggan Individu)

a)    Entiti dan individu pemastautin dibenarkan membuka Akaun Mata Wang Asing dengan bank tempatan berlesen ("LOB") atau Institusi Kewangan Bukan Pemastautin ("NFRI"), secara individu atau bersama

 

i)       Individu Pemastautin yang lain; atau

 

ii)     Individu Bukan Pemastautin yang merupakan ahli keluarga terdekatnya.

 

Dua (2) jenis Akaun Mata Wang Asing ("FCA") itu adalah Akaun Mata Wang Asing Pelaburan dan Akaun Mata Wang Asing Perdagangan. Pengoperasian, sumber dan penggunaan dana kepada dan daripada akaun-akaun ini adalah tertakluk kepada notis-notis berkaitan yang dikeluarkan oleh BNM dan diringkaskan seperti berikut:-

i.   Akaun Mata Wang Asing Pelaburan ("FCA Pelaburan")

 

Sumber Dibenarkan ke dalam

FCA Pelaburan

Penggunaan Dibenarkan daripada

FCA Pelaburan

 

1.     Sebarang dana mata wang asing selain daripada

 

· Hasil daripada eksport barangan; dan

 

· Penyelesaian perdagangan domestic daripada Pemastautin lain di dalam lingkungan Rantaian Bekalan Global sebagaimana dibenarkasn di bawah Notice 4

 

 

1.       Sebarang amaun bagi pindahan pihak-sama ke dalam FCA Perdagangan dan Pelaburan

 

2.  Semua tujuan yang dibenarkan

2.     Pindahan daripada FCA   Perdagangan setakat ambang diluluskan di dalam Notis 3

 

 

3.     Sebarang amaun bagi pindahan pihak-sama daripada FCA Pelaburan

 

 

 

Klik untuk Helaian Fakta

 

ii. Akaun Mata Wang Asing Perdagangan ("FCA Perdagangan")

 

Sumber Dibenarkan ke dalam FCA Perdagangan

 

Sumber Dibenarkan daripada FCA

Perdagangan

 

1.  Hasil daripada eksport barangan

 

1. Penyelesaian perdagangan domestic daripada Pemastautin lain di dalam Rantaian Bekalan Global sebagaimana dibenarkan di bawah FE Notis 4

 

 

2.     Penyelesaian perdagangan domestik daripada Pemastautin lain di dalam Rantaian Bekalan Global sebagaimana dibenarkan di bawah FE Notis 4

 

2. Semua tujuan yang dibenarkan di dalam FE Notis termasuk pelaburan di dalam Aset Mata Wang Asing (termasuk pindahan ke dalam FCA Pelaburan) sehingga had setara yang dibenarkan di dalam Notis 3

3.     Sebarang amaun bagi pindahan pihak-sama daripada FCA Perdagangan atau FCA Pelaburan

 

3. Sebarang amaun bagi pindahan pihak-sama ke dalam FCA Perdagangan

4.  Dana mata wang asing lain yang  terhasil dari transaksi dibenarkan di bawah FE Notis

 

 

 

b)  Bagi Individu Pemastautin, pembukaan FCA boleh dibuat:

i. secara individu; atau

 

ii. secara bersama dengan Individu Pemastautin lain; atau

 

iii. secara bersama dengan Individu Bukan Pemastautin lain yang merupakan Ahli Keluarga Terdekatnya

2. Melabur dalam Aset

Mata Wang Asing

a) Individu Pemastautin, hak milik tunggal atau perkongsian umum tanpa Peminjaman Ringgit Domestik dibenarkan melabur sebarang amaun dalam Aset Mata Wang Asing ("FC") di dalam dan di luar negara

 

b) i)  Individu Pemastautin, hak milik tunggal atau perkongsian umum dengan Peminjaman Ringgit Domestik dibenarkan melabur sehingga RM1 juta setara secara agregat setiap tahun kalendar menggunakan dana yang diperoleh daripada gabungan penukaran ke Mata Wang Asing; FCA Perdagangan dan saling tukar aset kewangan berdenominasi Ringgit di Malaysia untuk aset kewangan di Entiti Labuan  atau di luar Malaysia.

 

b ii) Entiti Pemastautin dengan Peminjaman Ringgit Domestik dibenarkan untuk melabur dalam Aset Mata Wang Asing sehingga RM50 juta setara setiap tahun kalendar menggunakan dana yang diperoleh daripada agregat penukaran Ringgit ke Mata Wang Asing, FCA Perdagangan, Peminjaman dalam Mata Wang Asing dari LOB untuk tujuan selain daripada Pelaburan Langsung di Luar Negara dan pertukaran aset kewangan denominasi Ringgit di Malaysia untuk aset kewangan di Entiti Labuan atau di luar Malaysia.

 

a) Bank tempatan berlesen, insurer berlesen atau operator takaful berlesen adalah bebas melabur luar negara untuk akaunnya sendiri sehingga sebarang jumlah.

 

b) Pemastautin yang merupakan penanggung insurans berlesen atau pengendali takaful berlesen atau Entiti Pemastautin yang diberi kuasa, didaftarkan atau dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia boleh melabur dalam Aset Mata Wang Asing  di Dalam Negara bagi pihak pelanggan mereka dalam apa-apa jumlah

 

c) Penanggung insurans berlesen dibenarkan melabur di Aset Mata Wang Asing di Luar Negara bagi pihak pelanggannya sehingga :

(i)        nilai aset bersih dana berkaitan pelaburan milik pelanggannya yang merupakan Pemastautin tanpa Peminjaman Ringgit Domstik atau Bukan Pemastautin; atau

(ii)       50% dari nilai aset bersih dana berkaitan pelaburan milik pelanggan Residennya dengan Peminjaman Ringgit Domestik kecuali penanggung insurans berlesen dapat memastikan bahawa perenggan 2 (a), 2 (c) (i) hingga (c) (ii), 4 (a) atau 4 (c) (i) hingga (c) (iii) dalam Garis Panduan BNM FEN terpakai

 

d) Operator takaful berlesen dibenarkan melabur di Aset Mata Wang Asing di luar pesisir bagi pihak pelanggannya sehingga nilai aset bersih dana berkaitan pelaburan patuhi Syariah kepunyaan klien mereka

 

e) Entiti Pemastautin yang diberi kuasa, didaftarkan atau dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menawarkan skim unit amanah atau skim pelaburan kolektif, termasuk dana tertutup, dibenarkan untuk melabur dalam Aset Mata Wang Asing di Luar Negara bagi pihak kliennya, sehingga : -

(i)          nilai aset bersih dana milik kliennya yang merupakan Pemastautin tanpa Peminjaman Ringgit Domestik atau Bukan Pemastautin; atau

(ii)         nilai aset bersih dana patuh Syariah milik klien Pemastautinnya; atau

(iii)       50% daripada nilai aset bersih dana konvensional milik klien Pemastautinnya dengan Peminjaman Ringgit Domestik kecuali Entiti Pemastautin dapat memastikan bahawa perenggan 2(a), 2(c) (i) hingga (c)(ii), 4(a) atau 4(c) (i) hingga (c)(iii) dalam Garis Panduan BNM FEN terpakai.

 

f) Entiti Pemastautin yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang menjalankan aktiviti pengurusan dana dibenarkan melabur di Aset Mata Wang Asing di Luar Negara bagi pihak kliennya sehingga: -

(i)         jumlah dana milik kliennya yang merupakan Pemastautin tanpa Peminjaman Ringgit Domestik atau Bukan Pemastautin;

(ii)         jumlah dana milik kliennya yang merupakan Pemastautin untuk pelaburan dalam aset patuh Syariah; atau

(iii)      50% daripada jumlah dana milik kliennya yang merupakan Pemastautin dengan Peminjaman Ringgit Domestik melainkan Entiti Pemastautin dapat memastikan bahawa perenggan 2 (a), 2 (c) (i) hingga (c) (ii), 4 (a) atau 4 (c) (i) hingga (c) (iii) dalam Garis Panduan BNM FEN terpakai.

 

Penyerahan Permohonan

Entiti atau indvidu Pemastautin mestilah memohon sebelum melakukan transaksi selain daripada yang disebut di atas menerusi online submission portal BNM.

3. Peminjaman Mata Wang Asing

di Malaysia dan Luar Negera

a)    oleh entiti Pemastautin

 

Entiti Pemastautin adalah bebas meminjam sebarang amaun dalam mata wang asing ("FC") daripada:

 

-      Bank tempatan berlesen

 

-      entiti Pemastautin atau entiti Bukan Pemastautin dalam kumpulan entiti Pemastautin yang merupakan kumpulan entiti kecuali Institusi Kewangan Bukan Pemastautin (NRFI) atau Kenderaan Tujuan Khas Bukan Pemastautin yang digunakan untuk mendapatkan Peminjaman dari mana-mana orang di luar Kumpulan Entiti Pemastautin.

 

-      Pemastautin lain melalui terbitan sekuriti hutang FC

 

-      melalui penerbitan Bon Korporat Mata Wang Asing atau Sukuk kepada Pemastautin lain. Langganan Bon Korporat atau Sukuk oleh yang terakhir hendaklah mematuhi Notis 3.

 

Entiti Pemastautin boleh meminjam dalam FC sehingga had  RM100 juta setara secara agregat daripada Bukan Pemastautin di luar Kumpulan Entiti Pemastautin, NRFI atau Kenderaan Tujuan Khas Bukan Pemastautin yang digunakan untuk mendapatkan Peminjaman daripada mana-mana orang di luar Kumpulan Entiti Pemastautin.

 

b)     oleh Individu Pemastautin

 

Individu Pemastautin dibenarkan untuk meminjam dalam Mata Wang Asing dalam jumlah apa pun dari Ahli keluarganya yang terdekat.

 

Individu Pemastautin, pemilik tunggal atau perkongsian am dibenarkan untuk meminjam sehingga had RM10 juta setara secara agregat daripada bank-bank tempatan berlesen atau daripada Bukan Pemastautin.

 

Penyerahan Permohonan

 

Entiti Pemastautin atau Individu Pemastautin mestilah memohon sebelum melakukan transaksi selain daripada yang dinyatakan di atas menerusi online submission portal.

4. Peminjaman Ringgit daripada Bukan Pemastautin

a)    Entiti Pemastautin

 

Entiti Pemastautin adalah bebas untuk meminjam:

 

-     Sebarang amaun ringgit untuk membiayai aktiviti-aktiviti sektor sebenar di Malaysia sama ada dari entiti Bukan Pemastautin dalam kumpulan entiti Pemastautin termasuk kumpulannya atau pemegang saham langsung Bukan Pemastautin tidak termasuk NRFI atau Kenderaan Tujuan Khas Bukan Pemastautin yang digunakan untuk memperoleh Peminjaman dari mana-mana orang di luar Kumpulan Entiti Pemastautin.

 

-     Sehingga RM1 juta secara agregat daripada mana-mana Bukan Pemastautin lain, selain daripada NRFI, bagi kegunaan di Malaysia; dan

 

-     Sebarang amaun menerusi terbitan sekuriti boleh niaga,atau syer keutamaan boleh tebus (RPS) berdenominasi ringgit daripada Bukan Pemastautin bagi kegunaan di Malaysia.

 

b)   oleh Individu Pemastautin

 

Individu Pemastautin adalah bebas meminjam:

 

-     Sebarang amaun wang ringgit daripada ahli keluarga terdekat Bukan Pemastautin atau majikan di Malaysia untuk digunakan di Malaysia tertakluk kepada terma dan syarat kontrak pekerjaannya; dan

 

-     Sehingga RM1 juta secara agregat daripada Bukan Pemastautin lain, selain daripada institusi kewangan Bukan Pemastautin bagi kegunaan di Malaysia.

 

Penyerahan Permohonan

Pemastautin mestilah memohon sebelum melakukan transaksi selain daripada yang dinyatakan di atas menerusi online submission portal.

5. Pembayaran dalam matawang asing

a)    Pembayaran dalam mata wang asing antara Pemastautin

 

Pemastautin adalah bebas membayar atau menerima mata wang asing (FC) kepada atau daripada Pemastautin lain untuk hal-hal berikut:

 

-     Sebarang tujuan antara ahli-ahli keluarga terdekat

 

-     Pendidikan, pekerjaan atau penghijrahan di luar Malaysia

 

-     Transaksi antara Pemastautin dengan bank tempatan berlesen, operator takaful antarabangsa berlesen atau unit perniagaan mata wang antarabangsa bagi operator takaful berlesen, dalam menjalankan perniagaan unit itu yang melibatkan FC:

-      Penyelesaian –

·      derivatif berdenominasi FC, tidak termasuk derivatif kadar pertukaran, diurusniaga atas Pertukaran Tertentu di bawah CMSA antara Pemastautin dengan broker hadapan Pemastautin;

-      transaksi murabahah komoditi antara Pemastautin yang dijalankan menerusi Pemastaution atau penyedia perkhidmatan komoditi dagangan Bukan Pemastautin; atau

-      perdagangan domestik pada barangan atau perkhidmatan antara Pengeksport Pemastautin dengan entiti Pemastautin yang terlibat dalam operasi Rantaian Bekalan Global di Malaysia, tertakluk kepada syarat tertentu

 

b)   Pembayaran dalam mata wang asing antara Pemastautin dengan Bukan Pemastautin

 

Pemastautin adalah bebas membuat atau menerima pembayaran FC kepada atau daripada Bukan Pemastautin untuk sebarang tujuan, kecuali –

-      derivatif berdenominasi FC atau derivative Islamik yang ditawarkan oleh Pemastautin melainkan ia diluluskan oleh BNM atau dibenarkan di bawah Bahagian B Notis 5;

-      derivatif atau derivative Islamik yang dirujuk kepada ringgit melainkan ia diluluskan oleh BNM atau dibenarkan di bawah Bahagian B Notis 5; atau

-      derivatif kadar pertukaran yang ditawarkan oleh Bukan Pemastautin melainkan ia diluluskan oleh BNM atau dibenarkan di bawah Notis 1

1.     Membuka dan

menyelenggara akaun

a)     Bukan Pemastautin dibenarkan membuka dan menyelenggara:

 

i.     FCA dengan LOB atau NRFI secara individu atau secara bersama dengan

·       Bukan Individu Pemastautin yang lain; atau

·       ndividu Pemastautin yang merupakan Ahli Keluarga Terdekatnya; dan

·       Akaun Luaran, iaitu akaun dalam Ringgit yang dibuka dengan mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia. Klik untuk Helaian Fakta

 

NOTA:

FCA yang dibuka oleh Bukan Pemastautin tidak perlu ditetapkan khas tidak seperti bagi Pemastautin (lihat Seksyen 1 - Akaun Mata Wang Asing di bawah Peraturan Berkenaan Pemastautin).

 

a)      Dana dalam akaun ini bebas diremit (dikirim) luar negera dalam mata wang asing. Akan tetapi, penukaran Ringgit kepada mata wang asing mestilah dilakukan selaras dengan Bahagian B Notis 1.

 

Had-had di atas ini tidak terpakai kepada -

      i.        Konsulat;

     ii.        Suruhanjaya Tinggi;

     iii.        Kedutaan;

    iv.        Individu yang menyertai Program "Malaysia My Second Home" (Malaysia Rumah Keduaku); atau

     v.        Individu yang bekerja atau belajar di Malaysia termasuk pasangan individu, anak atau ibu bapa yang tinggal di Malaysia

 

Tiada had dikenakan bagi pengeluaran wang tunai melalui kaunter daripada Akaun Luaran.

2.   Pembayaran

dalam Ringgit

Bukan Pemastautin dibenarkan membuat atau menerima bayaran dalam ringgit di Malaysia, kepada atau daripada Pemastautin atau Bukan Pemastautin, bagi tujuan seperti berikut:

 

Tujuan Penggunaan dan Sumber Dana

Antara

Bukan

Pemastautin

dengan

Pemastautin

Antara

Bukan

Pemastautin

Penyelesaian aset ringgit termasuk sebarang pendapatan dan keuntungan dijangka daripada aset ringgit

Penyelesaian dagangan barangan

Penyelesaian perkhidmatan, dengan sebarang cara

Pendapatan diperoleh atau

perbelanjaan ditanggung, di Malaysia

Penyelesaian transaksi murabahah komoditi yang dilakukan menerusi penyedia  perkhidmatan dagangan komoditi

Penyelesaian insurans semula bagi perniagaan insurans domestik atau takaful semula bagi perniagaan takaful domestik antara Pemastautin dengan seseorang yang diberi lesen untuk menanggung perniagaan insurans Labuan  atau takaful

 

Penyelesaian penghakiman Mahkamah dimana transaksi dalam pembicaraan dilakukan sebagai mematuhi Notis FE

 

Bagi sebarang tujuan antara ahli-ahli keluarga terdekat

 

Pembayaran bagi pihak klien Bukan Pemastautin menggunakan dana dalam Akaun Luaran dibenarkan seperti berikut:

Oleh

Bagi tujuan

Institusi Kewangan Bukan Pemastautin

Penyelesaian dagangan antarabangsa barangan atau perkhidmatan dengan Pemastautin

Pengantara Bukan Pemastautin atau penjaga atau bank amanah Bukan Pemastautin

Penyelesaian aset ringgit

 

Pembayaran atau penerimaan daripada atau kepada Akaun Luaran adalah dibenarkan asalkan Bukan Pemastautin boleh menunjukkan dokumen sebagai bukti bahawa tujuan transaksi itu mematuhi Notis FE berkenaan

Walau apa pun, sebarang pembayaran, resit atau pemindahan dari atau ke dalam Akaun Luar tidak dikenakan pengesahan oleh Bank sehingga RM10,000 setiap transaksi.

 

3. Melabur di Malaysia
 
4.   Membeli atau menjual mata wang  

Pejabat Pelantikan Luar Negara /AOO                     

a)   Entiti Pemegangan/Induk, Entiti subsidiari, pejabat besar atau cawangan di luar Malaysia di dalam kumpulan perbankan LOB yang diluluskan oleh BNM.

Peminjaman

a)      mana-mana kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan sudah guna atau belum guna;

b)      mana-mana kemudahan pembiayaan perdagangan sudah guna atau belum guna, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jaminan perdagangan atau jaminan bagi pembayaran barangan:

c)       syer keutamaan boleh tebus atau syer keutamaan boleh tebus Islam; atau

d)      Bon Korporat atau Sukuk.

 

Walaupun demikian, hal-hal berikut ini tidak termasuk dalam takrif Peminjaman –

i.        syarat kredit perdagangan yang diberi oleh pembekal bagi sebarang barangan atau perkhidmatan;

ii.       had kredit yang LOB umpukkan bagi kliennya untuk melakukan transaksi Dasar Hadapan, tidak termasuk transaki yang melibatkan —

A.      bertukar-tukar atau saling tukar hutang Ringgit atau mata wang asing dengan hutang mata wang asing yang lain; atau

B.      Bertukar-tukar hutang mata wang asing dengan hutang Ringgit;

 

iii.      Jaminan Kewangan atau Jaminan Bukan Kewangan;

iv.      Kemudahan pemajakan operasi;

v.       Kemudahan pemfaktoran tanpa dakwa;

vi.      Kemudahan kad kredit atau kad caj yang diperoleh Individu daripada Pemastautin dan digunakan untuk membayar barang runcit atau perkhidmatan sahaja; atau

vii.     Kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan yang diperoleh Individu Pemastautin daripada Pemastautin untuk membeli satu (1) harta Kediaman dan satu (1) kenderaan.

 

Nota: Untuk tujuan amal, transaksi dalam perenggan (ii)(A) dan (ii)(B) hendaklah dianggap Peminjaman

Pelaburan Langsung

Luar Negara atau DIA

a)      Pelaburan dalam Aset Mata Wang Asing Luar Pesisir oleh Pemastautin, menghasilkan pemilikan ekuiti atau kawalan sekurang-kurangnya 10% dalam Entiti Bukan Pemastautin di luar Malaysia atau Entiti Labuan;

b)       Pemberian Peminjaman antara syarikat oleh Entiti Pemastautin kepada Entiti Bukan Pemastautin di dalam Kumpulan Entiti Pemastautin di mana Entiti Bukan Pemastautin adalah di luan Malaysia atau Entiti Labuan;

c)       Perbelanjaan modal oleh pelabur Pemastautin dalam Entiti tak diperbadankan di luar Malaysia atau projek di luar Malaysia oleh suatu perjanjian tanpa ada organisasi dicipta, dimana pelabur Pemastautin —

i.         Menyumbangkan modal sekurang-kurangnya 10% daripada kos projek;

ii.        Berhak mendapat sekurang-kurangnya 10% keuntungan daripada Entiti tak diperbadankan atau projek; atau

iii.       Mempunyai kawalan pengurusan atas Entiti tak diperbadankan atau projek itu

Pemegang Syer Langsung
Pemegang syer dengan sekurang-kurangnya 10% pemegangan syer efektif  dalam Entiti Pemastautin.

Peminjaman Ringgit Domestik

a)      Sebarang Peminjaman dalam Ringgit diperoleh Pemastautin daripada Pemastautin lain; atau

b)      Sebarang obligasi dianggap atau dikira sebagai Peminjaman Ringgit Domestik menurut mana-mana Notis FE.

 

Nota : Untuk tujuan menentukan status Peminjaman Ringgit Domestik bagi Entiti Pemastautin—

c)       Entiti Pemastautin dianggap mempunyai Peminjaman Ringgit Domestik apabila satu lagi Entiti Pemastautin dengan pertalian Subsidiari Ibu Bapa mempunyai Peminjaman Ringgit Domestik; dan

d)      Hal-hal berikut ini tidak dianggap sebagai Peminjaman Ringgit Domestik —

i)              Peminjaman yang diperoleh daripada Entiti Pemastautin lain dengan pertalian Induk-Subsidiari;

ii)             Peminjaman yang diperoleh daripada Pemegang Syer Langsungnya; atau

iii)            Sebarang kemudahan termasuk kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan yang digunakan untuk Belanja Runcit atau Belanja Pekerja sahaja.

 

"Belanja Runcit" bermaksud belanja kecil atau tak kerap untuk bekalan pejabat (contoh, alatulis), perkhidmatan sampingan (contoh, perisian dan langganan dalam talian) dan belanja ringan lain untuk memudahkan perjalanan perniagaan harian.

 

"Belanja Pekerja" bermaksud belanja berkaitan perniagaan yang mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perjalanan (contoh, penginapan dan pengangkutan) keraian, kesihatan, insurans, takaful dan belanja pekerja yang lain, tidak termasuk pelaburan.

"Peminjaman" bermaksud takrif "Peminjaman" seperti di atas.

Entiti

a)     Sebarang perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, koperasi, perkongsian tanggungan terhad dan sebarang badan lain, organisasi, persatuan atau kumpulan individu, sama ada diperbadankan atau tak diperbadankan, dalam atau luar Malaysia; atau

b)     Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana Kerajaan lain

Akaun Luar

Akaun dalam Ringgit yang dibuka dengan mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia –

a)      Bukan Pemastautin –

i)    secara individu;

ii)   secara bersama dengan Bukan Pemastautin yang lain; atau

iii)  secara bersama dengan Pemastautin, tidak termasuk

·      Bagi usahasama di Malaysia;

·      Suami dan isteri; atau

 

b)      Oleh individu yang mengendalikan akaun amanah untuk atau bagi pihak Bukan Pemastautin. Penetapan akaun hendaklah ditentukan berdasarkan kemastautinan benefisiari.

Jaminan Kewangan
Jaminan, idemniti atau sebarang bentuk akujanji untuk mencagarkan bayaran balik Peminjaman

Komitmen Tegas

Komitmen yang terbit daripada –

a)   Obligasi untuk melakukan atau menerima, sebarang bayaran di bawah sebarang perjanjian atau pengaturan;

b)   Pemegangan aset termasuk harta benda; atau

 

Pemegangan hutang, obligasi atau liabiliti    

Kumpulan

Entiti   -

a)         Entiti Pemegangan/Induk Langsung atau Ultimate;

b)         Pejabat Besar;

c)          Cawangan:

d)         Syarikat Subsidiari dimana Entiti memiliki lebih daripada 50% syer biasa dalam syarikat subsidiari;

e)         Syarikat Bersekutu dimana Entiti Pemastautin memiliki antara 10% dan 50% syer biasa dalam Entiti bersekutu; atau

f)           Syarikat berkaitan dimana Entiti Pemastautin dan entiti berkaitannya mempunyi pemegang syer bersama dengan minimum 10%  syer biasa dalam kedua-dua Entiti dan syarikat berkaitan dengannya.

Ahli Keluarga Terdekat
Pasangan sah di sisi undang-undang, ibu atau bapa, anak sah taraf (termasuk anak angkat sah di sisi undang-undang atau adik beradik sah taraf seseorang individu.

Aset Mata Wang Asing

Luar Pesisir (dahulunya

dirujuk sebagai

"Pelaburan Luar Negara"

a)    aset kewangan di Malaysia ditukar untuk Entiti Labuan atau di luar Malaysia;

b)    Peminjaman Mata Wang Asing diberi kepada Bukan Pemastautin;

c)    Modal kerja yang terbit daripada penubuhan sebarang pengaturan perniagaan di luar Malaysia (termasuk projek usahasama dimana tiada Entiti dicipta atau dibentuk);

d)    deposit dalam Akaun Mata Wang Asing yang diselenggara dengan Entiti Labuan atau di luar Malaysia tidak termasuk amaun deposit yang munasabah bagi pendidikan, pekerjaan atau penghijrahan di luar Malaysia; atau

 

e)    Berdenominasi mata wang asing –

i.        aset (ketara atau tak ketara) ditawarkan oleh Bukan Pemastautin atau sesiapa sahaja yang kemastautinannya tidak dapat dipastikan

ii.       aset (ketara atau tak ketara) dalam atau diselenggara dengan Entiti Labuan, atau di luar Malaysia;

iii.      Instrumen Kewangan atau Instrumen Kewangan Islam (tidak termasuk Derivatif Kadar Pertukaran) tanpa komitmen tegas ditawarkan di Bursa Tertentu di bawah CMSA di luar Malaysia dilaksanakan seorang Pemastautin menerusi broker hadapan Pemastautin

iv.      Instrumen Kewangan atau Instrumen Kewangan Islam (tidak termasuk Derivatif Kadar Pertukaran) tanpa Komitmen Tegas diterbitkan atau ditawarkan oleh Bukan Pemastautin

Aset Mata Wang Asing

Tempatan

a)     Sekuriti atau sekuriti Islam berdenominasi mata wang asing atau sekuriti Islam ditawarkan di Malaysia oleh Pemastautin sebagaimana diluluskan secara bertulis oleh Bank Negara Malaysia;

b)     Sekuriti kewangan atau sekuriti kewangan Islam berdenominasi mata wang asing ditawarkan di Malaysia oleh Pemastautin sebagaimana diluluskan secara bertulis oleh Bank Negara Malaysia tidak termasuk transaksi derivatif yang diikat dengan Komitmen Tegas;

c)     Deposit dalam FCA Pelaburan dengan LOB atau Institusi Kewangan diluluskan sebagaimana ditetapkan dalam Notis 3; atau

d)     Sebarang instrumen yang ditawarkan oleh LOB dengan serahan mata wang asing pada tarikh matang.

Entiti Labuan

sebuah Entiti yang dicipta, diperbadankan, dilesenkan atau didaftarkan menurut mana-mana undang-undang berikut:

a)      Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441];

b)       Akta Amanah Labuan 1996 [Akta 554]:

c)       Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];

d)       Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [ Akta 705];

e)      Akta Yayasan Labuan 2010 [Akta 706); atau

f)        Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad 2010 [Akta 707)

Bank Tempatan Berlesen

atau LOB

a)       Bank berlesen atau bank pelaburan berlesen di bawah FSA; dan

b)       Bank Islam Berlesen di bawah IFSA  

Bukan Pemastautin

a)      sesiapa sahaja selain daripada Pemastautin;

b)      cawangan seberang laut, subsidiari, pejabat serantau, pejabat jualan atau pejabat wakil sebuah syarikat Pemastautin;

c)       Kedutaan, Konsulat, Suruhanjaya Tinggi, organisasi supranasional atau antarabangsa; atau

d)      warga Malaysia yang telah memperoleh status Pemastautin tetap sebuah negara atau wilayah di luar Malaysia dan bermastautin di luar Malaysia

 

Bagi mengelakkan keraguan, ini termasuk Kedutaan, Konsulat dan Suruhanjaya Tinggi

Pertalian

Induk-Subsidiari

pertalian antara Entiti Pemastautin dan langsung atau tak langsungnya -

a)         Entiti Pemegangan/Induk Pemastautin; atau

b)         Entiti subsidiari Pemastautin

 

Bagi mengelakkan keraguan, ini termasuk pertalian antara Entiti subsidiari Pemastautin sebuah Entiti Pemegangan/Induk Bukan Pemastautin dengan Entiti Pemegangan/Induk Pemastautin ultimate Entiti subsidiari Pemastautin.

Aktiviti Sektor

Sebenar

aktiviti yang berkaitan dengan –

a)       pembinaan atau pembelian harta kediaman atau komersial, tidak termasuk pembelian tanah yang tidak akan diguna untuk pembinaan atau pengeluaran barangan atau perkhidmatan; atau

b)       pengeluaran atau penggunaan barangan atau perkhidmatan, tidak termasuk

i.              aktiviti dalam sektor perkhidmatan kewangan, sama ada berciri Islam atau sebaliknya;

ii.             pembelian sekuriti atau sekuriti Islam; atau

iii.            pembelian Instrumen Kewangan atau Instrumen Kewangan Islam.

Pemastautin

a)          Warga Malaysia, tidak termasuk warga yang telah memperoleh status Pemastautin tetap di sebuah negara atau wilayah di luar Malaysia dan sedang bermastautin di luar Malaysia;

b)          Bukan Warga Malaysia yang telah memperoleh status Pemastautin tetap di Malaysia dan lazimnya bermastautin di Malaysia;

c)          Pertubuhan perbadanan diperbadankan atau dibentuk, atau berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa, di Malaysia;

d)          Badan tak diperbadankan yang berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia; atau

e)          Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri.

 

Bagi akaun bersama dimana pertalian itu adalah pertalian suami isteri sahaja dan seorang daripada pemegang akaun bersama itu

adalah Pemastautin manakala seorang lagi adalah Bukan Pemastautin, akaun bersama ini adalah akaun Pemastautin. Jika tidak, akaun bersama itu akan dianggap akaun Bukan Pemastautin jika seorang daripada pemegang akaun bersama itu Bukan Pemastautin.

Aset Ringgit

a)      Sekuriti atau sekuriti Islam berdenominasi Ringgit diterbitkan di Malaysia oleh Pemastautin;

b)      Sekuriti atau sekuriti Islam berdenominasi Ringgit diterbitkan oleh Bukan Pemastautin seperti diluluskan oleh Bank Negara Malaysia;

c)       Instrumen Kewangan atau Instrumen Kewangan Islam berdenominasi Ringgit seperti diluluskan oleh BNM;

d)      deposit Ringgit dengan Institusi Kewangan di Malaysia; termasuk instrumen ala deposit dengan hanya serahan Ringgit di peringkat mula dan matang; atau

e)      Sebarang harta di Malaysia.

Rantaian Bekalan Global
aktiviti perniagaan dimana Pemastautin mengimport barangan atau perkhidmatan untuk menyokong pengeluaran atau pengedaran barangan atau perkhidmatan oleh pengeksport Pemastautin bagi aktiviti eksport pengeksport Pemastautin. Ini termasuk perdagangan domestik dalam barangan atau perkhidmatan antara pengimport Pemastautin dengan pengeksport Pemastautin yang dilakukan menerusi Entiti perantaraan Pemastautin.

 

APA YANG KAMI PERLUKAN DARIPADA ANDA?

 

Sila ambil perhatian tentang perkara berikut:

(a) isytiharkan taraf pemastautin anda semasa anda membuka akaun dengan kami dan harus memaklumkan kepada kami apabila terdapat perubahan;

(b) pastikan aktiviti yang dilakukan di dalam akaun yang dikendalikan dengan kami mematuhi Notis FE yang sedia ada pada setiap masa; dan

(c) memberikan bukti dokumentasi kepada kami sebagai sebahagian daripada proses usaha wajar kami untuk memastikan Notis FE dipatuhi sepenuhnya.

 

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Notis FE (boleh diakses di sini).

 

Sekiranya kelulusan atau pendaftaran diperlukan untuk sebarang transaksi yang ingin dilakukan, anda boleh mengemukakan permohonan anda di laman web BNM (boleh diakses di sini). Salinan kelulusan atau pendaftaran tersebut mungkin akan diminta daripada anda sebelum transaksi anda dilaksanakan.

 

Adalah diingatkan bahawa anda tidak boleh menggunakan produk atau perkhidmatan kewangan Bank untuk transaksi terlarang/menyalahi undang-undang, seperti (tetapi tidak terhad kepada) perdagangan pertukaran wang asing dan skim pelaburan haram. Anda boleh merujuk laman web BNM di https://www.bnm.gov.my/consumer-alert untuk maklumat lanjut.

 

Untuk pertanyaan, hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.