Berikutan pelaksanaan e-Invois yang diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (“LHDN”), Hong Leong Bank Berhad dan Hong Leong Islamic Bank Berhad ("HLB" atau "Bank") komited sepenuhnya untuk mematuhi segala keperluan dan garis panduan e-Invois yang telah dikeluarkan oleh LHDN.
PEMBEKAL/PEMBEKAL PERKHIDMATAN
Bagi kemudahan para pembekal dan pembekal perkhidmatan yang kami hargai dalam membuat persediaan untuk e-Invois, kami mengemukakan maklumat penting Bank seperti di bawah untuk rujukan anda.
Nama Entiti |
Nombor Pengenalan Cukai (TIN) |
Nombor Pendaftaran Syarikat Baharu |
Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (PKIM)
|
Nombor Cukai Perkhidmatan (SST) |
---|---|---|---|---|
Hong Leong Bank Berhad |
C8850025100 |
193401000023 |
64191 |
W10-1808-32001763 |
Hong Leong Islamic Bank Berhad |
C11768068000 |
200501009144 |
64192 |
W10-2112-32000023 |
PELANGGAN
Bermula 1 Julai 2025, Bank akan mengeluarkan e-Invois kepada pelanggan kami selaras dengan pelaksanaan oleh LHDN.
Proses pengumpulan data pelanggan untuk e-Invois akan bermula pada 22 Februari 2025.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai yang berurusan dengan anda.