Cara mudah untuk menambah Kad HLB ke Gpay
Tambahkan kad debit-i melalui HLB Connect App
Muat turun app sekarang
Google Pay dan Google Wallet adalah tanda dagangan Google LLC.
Soalan Lazim
1. Apakah Google Pay?
Google Pay adalah cara yang pantas dan mudah untuk membuat pembayaran tanpa sentuh. Tambahkan Kad Debit-i Visa HLB atau Kredit Hong Leong anda pada Google Wallet untuk akses selamat di mana-mana.
2. Peranti manakah yang menyokong Google Pay?
Google Pay berfungsi pada mana-mana peranti Android TM yang mengendali Android Lollipop 5.0 atau lebih tinggi. Peranti perlu mempunyai keupayaan NFC untuk pembayaran di mana-mana kedai.
3. Kad Hong Leong Bank manakah yang layak untuk penggunaan Google Pay?
Semua Kad Debit-i Visa HLB layak digunakan di Google Pay
4. Bagaimanakah saya boleh menambah Kad Debit-i Visa HLB atau Kredit Hong Leong saya pada Google Wallet?
Melalui aplikasi Perbankan Mudah Alih HLB Connect (Terpakai untuk kad VISA sahaja)
Log masuk ke aplikasi Perbankan Mudah Alih HLB Connect
Pilih kad untuk ditambah
Pilih "Pautkan Pembayaran Mudah Alih" dan pilih butang "Add to G Pay".
Ikut arahan yang diberikan dan anda sudah bersedia!
Melalui Google Wallet
Muat turun Google Wallet atau muat turunnya daripada Google Play.
Ketik "Tambah ke Wallet" dan ikut arahan langkah demi langkah yang diberikan.
Lengkapkan pengesahan kad anda dan anda sudah bersedia!
Nota Penting:
Untuk melengkapkan pengesahan kad, OTP akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda yang berdaftar dengan kami. Sila maklumkan kepada kami dengan segera jika terdapat sebarang perubahan dengan nombor telefon bimbit anda.|
5. Bagaimanakah saya boleh menetapkan Kad Debit-i Visa HLB atau Kredit Hong Leong saya sebagai kad lalai dalam Google Wallet?
Pilih Kad Debit-i Visa HLB atau Kredit Hong Leong yang anda ingin tetapkan sebagai kad lalai dan aktifkannya sebagai lalai dalam aplikasi Google Wallet untuk penggunaan tanpa sentuh.
6. Bolehkah saya menambah Kad Debit-i Visa HLB atau Kredit Hong Leong yang sama pada lebih daripada satu (1) peranti Android untuk Google Pay?
Tidak, Kad Debit-i Visa HLB yang sama hanya boleh ditambah pada satu (1) peranti Android untuk Google Pay.
7. Bolehkah saya menambah Kad Debit-i Visa HLB atau Kredit Hong Leong yang telah disekat, dibeku atau belum diaktifkan sepenuhnya ke Google Wallet?
Tidak, anda tidak akan dapat menambah Kad Debit-i Visa HLB anda jika ia telah disekat, dibeku atau belum diaktifkan sepenuhnya ke Google Wallet.
8. Di manakah saya boleh menggunakan Google Pay?
Anda boleh menggunakan Google Pay di mana-mana sahaja pembayaran tanpa sentuh diterima, apabila anda melihat logo Google Pay atau simbol tanpa sentuh semasa pembayaran.
9. Bagaimanakah cara membuat pembayaran dengan Google Pay?
Apabila anda sudah bersedia untuk membayar, buka kunci telefon anda, pegang telefon anda berhampiran dengan pembaca kad dan cari tanda semak apabila pembayaran berjaya. Sila pastikan anda telah mengaktifkan tetapan NFC pada peranti Android anda dan telah memilih Google Pay sebagai perkhidmatan pembayaran lalai pada peranti anda untuk membuat transaksi tanpa sentuh dengan Google Pay.
10. Mengapakah saya melihat tanda semak berwarna biru pada peranti Android saya apabila terminal di kedai mengatakan pembayaran telah ditolak?
Tanda semak berwarna biru bermakna peranti Android telah menghantar butiran pembayaran ke terminal. Punca pembayaran ditolak mungkin disebabkan oleh penolakan daripada persatuan atau bank
11. Adakah pengesahan PIN diperlukan untuk Transaksi Google Pay?
Pengesahan PIN hanya diperlukan untuk transaksi tanpa sentuh melebihi RM250.
12. Adakah terdapat sebarang had transaksi untuk Google Pay?
Kad Debit-i Visa HLB yang ditambahkan pada Google Pay mempunyai kawalan keselamatan mengikut transaksi tanpa sentuh semasa.
Untuk Kad Debit-i Visa HLB, had kumulatif harian untuk transaksi tanpa sentuh tanpa pengesahan PIN dihadkan pada RM800.
Sebarang transaksi tanpa sentuh (termasuk Google Pay) yang melebihi had kumulatif harian untuk transaksi tanpa sentuh tanpa pengesahan PIN akan ditolak. Had kumulatif harian untuk transaksi tanpa sentuh tanpa pengesahan PIN akan ditetapkan semula pada setiap hari atau setiap kali anda melakukan transaksi yang disahkan PIN di terminal POS.
13. Bolehkah saya menambah Kad Debit-i Visa HLB atau Kredit Hong Leong saya ke Google Wallet jika saya menyahaktifkan kunci skrin selamat pada peranti Android saya?
Tidak, anda mesti menyediakan kunci skrin selamat melalui PIN, Corak, Kata Laluan, Cap Jari atau Pengecaman Muka untuk menambah Kad Debit-i Visa HLB atau Kredit Hong Leong anda ke dalam Google Wallet.
14. Bolehkah saya melakukan transaksi Google Pay melalui Kad Debit-i Visa HLB saya jika saya menyahaktifkan kunci skrin selamat pada peranti Android saya?
Tidak, anda mesti menyediakan kunci skrin selamat melalui PIN, Corak, Kata Laluan, Cap Jari atau Pengecaman Muka untuk melakukan transaksi Google Pay.
15. Bolehkah saya menghubungi Pusat Hubungan Hong Leong (HLCC) di 03-7626 8899 untuk Menambah atau Mengalih Keluar Kad Debit-i Visa HLB saya daripada Google Wallet saya?
HLCC hanya akan dapat membantu anda untuk mengalih keluar Kad Debit-i Visa HLB anda yang telah ditambahkan pada Google Wallet anda. Namun, HLCC tidak akan dapat menambah Kad Debit-i Visa HLB bagi pihak anda.
16. Bagaimana untuk mengalih keluar Kad Debit-i Visa HLB saya daripada Google Wallet?
Anda boleh mengalih keluar Kad Debit-i Visa HLB anda daripada Aplikasi Perbankan Mudah Alih HLB Connect atau Perbankan Dalam Talian atau Google Wallet.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi HLCC kami di 03-7626 8899 untuk mengalih keluar Kad Debit-i Visa HLB anda yang telah ditambahkan pada Google Wallet anda.
17. Apakah yang perlu saya lakukan jika peranti saya hilang atau dicuri?
Anda harus menghubungi HLCC di 03-7626 8899 dengan segera untuk mengalih keluar Kad Debit-i Visa HLB anda daripada Google Pay.
18. Adakah Google mempunyai akses kepada akaun Hong Leong Islamic Bank saya?
Tidak, Google tidak mempunyai akses kepada akaun Hong Leong Islamic Bank anda.
19. Adakah anda mempunyai sebarang petua keselamatan mengenai Google Pay?
Telefon bimbit anda yang mempunyai Google Pay adalah sama baiknya dengan Kad Debit-i Visa HLB fizikal anda, jadi adalah penting untuk sentiasa berwaspada!
Jangan kongsi atau benarkan sesiapa untuk mengakses telefon anda.
Jangan dedahkan butiran Kad Debit-i Visa HLB anda kepada sesiapa.
Pantau dengan teliti makluman transaksi yang diterima daripada HLISB.
Hubungi HLCC di 03-7626 8899 dengan segera jika kad fizikal anda atau telefon anda telah terjejas.
20. Bagaimanakah saya boleh melihat pembayaran yang telah saya lakukan dengan Google Pay?
Anda boleh melihat transaksi terkini yang dibuat dengan Kad Debit-i Visa HLB anda di Google Wallet. Hanya tekan pada Kad Debit-i Visa HLB dalam aplikasi untuk melihat transaksi Google Pay terbaharu yang dibuat dengan kad tersebut.
21. Adakah saya akan menerima sebarang notifikasi untuk transaksi Google Pay yang dilakukan di kedai?
Anda akan menerima notifikasi untuk transaksi Google Pay di bawah RM250 (tanpa pengesahan PIN) sama ada melalui notifikasi dalam aplikasi untuk pengguna Aplikasi HLB Connect atau notifkasi SMS untuk bukan pengguna Aplikasi HLB Connect.
Nota Penting:
Sila ambil perhatian bahawa ini tidak terpakai untuk penggantian kad akibat daripada penipuan, kehilangan atau kecurian yang dilaporkan. Anda akan dikehendaki menambah kad gantian pada Google Wallet sekali lagi kerana nombor kad 16-digit akan berbeza.