HLISB - Perkhidmatan Tabung Haji
BERKENAAN DEPOSIT TUNAI TABUNG HAJI
BERKENAAN DEPOSIT TUNAI TABUNG HAJI
- Perkhidmatan Tabung Haji adalah kemudahan dalam talian bagi umat Islam untuk menambah simpanan bagi menunaikan salah satu daripada lima rukun Islam, iaitu untuk menunaikan haji ke kota suci Makkah.
- Di HLISB, kami menyediakan kemudahan pindahan deposit tunai dalam talian untuk anda menambah simpanan di akaun Tabung Haji anda sendiri atau akaun Tabung Haji pihak ketiga melalui HLB Connect kami.
Ciri-ciri & Manfaat
Ciri-ciri & Manfaat
Ketenangan fikiran
Kemudahan pindahan tunai dalam talian 24/7 melalui HLB Connect
Mudah dan cepat
Produk ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia ("PIDM")
MORE INFORMATION
Siapakah Lembaga Tabung Haji?
- Terutamanya, Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah institusi Islam yang sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia. Selain dari pengurusan simpanan patuh shariah dan pengurusan haji yang efisien, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit Tabung Haji. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.tabunghaji.gov.my.
Apakah maksud Haji?
- Ibadah Haji berlaku di bulan Dhul-Hijjah, yakni dengan mengunjungi Baitullah (Ka’bah) di Makkah kerana mengerjakan ibadat tersebut pada masa-masa tertentu dan melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi ibadah Haji
- Dhul-Hijjah merupakan bulan terakhir kalendar Islam, dan semua umat Islam yang berkemampuan mesti mengerjakan Haji sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat bagi yang berkemampuan.
- Merupakan salah satu Rukun Islam.
Jenis Perkhidmatan Tabung Haji Yang Tersedia di HLISB
- Di HLISB, untuk kemudahan dan fleksibiliti anda, kami menyediakan kemudahan dalam talian untuk anda menambah amaun deposit, sama ada akaun Tabung Haji anda sendiri, atau akaun Tabung Haji milik pihak ketiga melalui HLB Connect.
Soalan Lazim
S: Apakah perkhidmatan yang ditawarkan of Hong Leong Islamic Bank untuk kemudahan Tabung Haji?
J: Pada masa ini, Hong Leong Islamic Bank menawarkan transaksi Deposit Tunai atas talian untuk kemudahan Tabung Haji.
S: Bagaimana untuk saya memindahkan dana ke akaun Tabung Haji melalui HLB Connect?
J: Anda boleh memindahkan dana ke akaun-akaun berikut:
1. HLISB/HLB akaun sendiri ke akaun TH milik sendiri.
2. HLISB/HLB akaun sendiri ke akaun TH milik pihak ketiga.
Untuk kemudahan anda, berikut adalah langkah-langkah untuk anda membuat pindahan deposit tunai dalam talian melalui HLB Connect:
1) Masuk ke HLB Connect
2) Klik pada “Pay & Transact”
3) Klik “Pay Bill” di bawah “Bill Payment”.
4) Klik “Search” dan taip ‘Tabung Haji’.
S: Adakah sebarang caj perkhidmatan yang akan dikenakan bagi melakukan transaksi Deposit Tunai ke akaun Tabung Haji?
J: Buat masa ini, kami tidak mengenakan sebarang caj untuk membuat transaksi Deposit Tunai dalam talian ke akaun Tabung Haji