Hong Leong Islamic Bank - Program Latihan Industri

Program Latihan Industri

Program yang mencabar dan dinamik direka untuk mahasiswa tahun akhir yang sedang mengikuti ijazah pertama mereka. Program menyediakan peluang kepada pelajar menimba ilmu dan pengalaman yang berkait dengan bidang pengajian dan mengukuhkan aspirasi kerjaya dalam industri perbankan.

  • Untuk membolehkan pelajar menjadi calon yang lebih layak dengan memperoleh perspektif praktikal dalam konsep dan teori akademik yang dipelajari
  • Untuk membuatkan pelajar lebih memahami tentang institusi kewangan dan membantu meningkatkan kemahiran yang boleh dipasarkan bagi laluan kerjaya pilihan mereka.
  • Melalui program latihan industri, pelajar boleh membina rangkaian profesional mereka yang boleh memberikan nilai yang berharga dalam pencarian kerja hari ini
  • Memperkenalkan kepada pelajar dunia perbankan seawal yang mungkin serta peluang untuk mengenali HLISB
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pelajar tahun akhir IPTA dan IPTS tempatan.
  • Mencapai skor CGPA semasa 3.00 dan ke atas, atau yang setara
  • Pencapaian dalam aktiviti ko-kurikulum
  • Bertenaga, memiliki kemahiran berkomunikasi dan bekerja dalam sebuah pasukan
  • Memiliki semangat dan motivasi untuk berkembang dan berjaya dalam industri perbankan dan kewangan
  • Disediakan untuk latihan industri wajib dan bukan wajib
  • Latihan industri selama 10 minggu atau 12 minggu secara berterusan dengan pengambilan HLISB

2 pengambilan setahun

  • Pengambilan 1 (Jan — Jun)
  • Pengambilan 2 (Jul — Dis)
  • Elaun bulanan
  • Dapatkan pengalaman dan pendedahan industri perbankan sebenar
  • Tunjuk ajar daripada ahli perbankan dan profesional berpengalaman.

Jadilah sebahagian daripada keluarga Hong Leong Islamic Bank

Dapatkan pengalaman yang memberi pengetahuan dan ganjaran melalui program dinamik dan mencabar yang direka khusus untuk para mahasiswa tahun akhir.
 

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.