Hong Leong Islamic Bank – Program Graduan Pelatih Shariah

Program Graduan Pelatih Shariah


Kami menyedari bahawa membangunkan profesional Perbankan Islam Hong Leong bermula di peringkat awal kerjaya dan memerlukan pendekatan yang berstruktur. Program Graduan Pelatih Shariah Hong Leong Islamic Bank memberi peluang kepada graduan baru untuk menimba pengalaman dan pengetahuan yang berharga dalam bidang perbankan Islam.
 

Ia bertujuan memberi pengalaman pembelajaran yang komprehensif kepada bakat-bakat muda yang berminat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang perbankan Islam serta disesuaikan dengan orientasi kerjaya mereka. Kami berusaha membina kecekapan menerusi kekuatan, cabaran kerja sebenar dan peluang pembelajaran yang berterusan.

Pada tahun 1 program, seorang penyelia akan ditugaskan kepada anda sebaik sahaja anda bermula. Mereka akan membantu anda daripada segi keputusan kerjaya dan cara terbaik untuk mencapainya dalam organisasi. Setiap bidang mempunyai agenda pembangunan khusus masing-masing berdasarkan rangka kerja standard Hong Leong Islamic Bank yang termasuk:
 

  • Latihan berasaskan bilik darjah dan diketuai oleh fasilitator
  • Pembelajaran maya berasaskan web atau dalam talian
  • Penugasan mengikut kitaran di fungsi perniagaan dan unit sokongan
  • Persijilan profesional
  • Latihan dan Mentor
  • Penilaian berpandukan projek

Ganjaran yang Kompetitif

Gaji berasaskan skala gaji tahap permulaan yang kompetitif.

Latihan dan Pembangunan

Penajaan bagi persijilan profesional terpilih termasuk sistem mentor dengan pemimpin industri.

Memberi Balik

Peluang untuk menyumbang kepada masyarakat melalui usaha tanggungjawab sosial kami.

Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam bidang berikut:
 

  • Fiqh dan Usul Fiqh (Perundangan Islam dan Asas-asas), Perbandingan Fiqh, Fiqh dan Fatwa
  • Shariah atau Pengajian Islam jurusan Perbankan Islam, Ekonomi, Pengurusan, Undang-undang atau Fiqh Muamalat
  • Ekonomi Islam atau Perbankan Islam
  • Undang-undang dan Undang-undang Shariah (LL.B dan LL.B.S)
     

Kelayakan dari universiti-universiti tempatan berikut mempunyai kelebihan:
 

  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM);
  • Universiti Malaya (UM).
  • Dengan CGPA 3.0 ke atas dan keputusan yang baik dalam mata pelajaran berasaskan bahasa Arab.


Kelayakan dari universiti luar negara berikut mempunyai kelebihan:

  • Universiti Jordan, Universiti Yarmouk, Universiti Ali al-Bayt dan Universiti Mu'tah - Jordan
  • Universiti Al-Azhar dan Universiti Kaherah - Mesir
  • Universiti Islam Madinah dan Universiti Umm al-Qura - Arab Saudi(mencapai keputusan Jayyid Jiddan dan ke atas.)


Lain-lain:

  • Keazaman yang tinggi untuk berjaya dalam kerjaya Perbankan Islam
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan kepimpinan yang baik
  • Mahir dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris

         

Jadilah sebahagian daripada keluarga Hong Leong Islamic Bank

Dapatkan pengalaman dan pengetahuan berguna dalam bidang perbankan Islam dan alami pendekatan pembelajaran yang menyeluruh daripada program berstruktur kami
 

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.