Sebagai pemilik perniagaan, memastikan kestabilan kewangan perusahaan anda adalah penting. Pelan HLM Takaful Business Essential dan HLM Takaful Business Essential Cover memberi anda ketenangan minda dengan menawarkan perlindungan yang cukup besar untuk keperluan kewangan semasa dan masa hadapan perniagaan anda.
Pelan perlindungan tetap ini hanya memerlukan 2 tahun pembayaran sumbangan, namun menyediakan perlindungan sehingga 30 tahun. Direka untuk melindungi perniagaan anda daripada impak kewangan disebabkan kematian atau hilang upaya kakitangan utama anda, memastikan perniagaan anda dapat menangani cabaran yang tidak dijangka dan terus berkembang maju.
Ciri-Ciri Penting
- Perlindungan Terhadap Kejadian yang Tidak Dijangka
Sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)1, anda atau perniagaan anda layak menerima Jumlah Perlindungan atau Nilai Akaun dalam Akaun Peserta (PA), yang mana lebih tinggi.
- Pilihan Perlindungan Fleksibel dengan Komitmen Jangka Pendek Bayar sumbangan selama 2 tahun sahaja dan nikmati pilihan fleksibel untuk tempoh perlindungan daripada minimum 10 tahun sehingga maksimum 30 tahun, tertakluk kepada umur tamat maksimum pada 80 tahun (umur hari jadi berikutnya).
- Manfaat Kematangan
Sekiranya tiada tuntutan Kematian atau TPD dibuat sebelum kematangan sijil, anda atau perniagaan anda layak menerima Nilai Akaun dalam Akaun Peserta (PA) anda.
1 Manfaat TPD melindungi sehingga umur 65 tahun, umur hari jadi berikutnya.
2 Pelan Takaful Direka Untuk Keperluan Anda
HLM Takaful Business Essential Cover
Perlindungan
- Minimum: RM100,000
- Maksimum: RM500,000
Pendaftaran Mudah
- Tiada pemeriksaan perubatan atau soalan Kesihatan diperlukan. (Sekiranya berlaku Kematian atau TPD disebabkan bukan kemalangan dalam tahun pertama sijil, hanya Nilai Akaun akan dibayar).
HLM Takaful Business Essential
Perlindungan
- Minimum: RM 500,001
- Maksimum: Tertakluk kepada pengunderaitan
Siapa Yang Boleh Memohon?
- Pelanggan pembiayaan perniagaan dan korporat HLB dan HLISB.
- Individu yang berumur antara 17 dan 65 tahun (umur hari jadi berikutnya).
Jenis Dana Takaful
Akaun Peserta (PA)
Sumbangan yang dibayar setelah ditolak Yuran Wakalah akan dimasukkan ke dalam PA. PA akan diurus dan dilabur oleh Pengendali Takaful. Nilai PA adalah berdasarkan prestasi sebenar dan pulangan pelaburan adalah tidak dijamin. Keuntungan dari pelaburan PA akan dikongsi pada kadar 90:10 antara peserta dan Pengendali Takaful (berdasarkan prinsip Mudarabah2). Bahagian peserta akan dikreditkan kembali ke dalam PA. Sebarang risiko pelaburan daripada PA akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta dan nilai PA mungkin lebih rendah daripada jumlah sumbangan yang telah dibayar.
Dana Risiko Peserta (PRF)
Tabarru’ yang telah ditentukan akan ditolak daripada PA ke dalam PRF (berdasarkan prinsip Iltizam Bi Al Tabarru’3) untuk menyediakan perlindungan Takaful di bawah pelan ini secara bulanan. Manfaat Takaful yang dibayar daripada PRF adalah dijamin.
Sebarang lebihan daripada PRF akan diagihkan pada kadar 50:50 antara peserta yang layak dan Pengendali Takaful (berdasarkan prinsip Ju’alah4). Bahagian peserta akan dikreditkan ke dalam PA.
2 Mudarabah bermaksud kontrak antara anda dan kami di mana anda menyediakan modal untuk diurus oleh kami untuk tujuan pelaburan. Sebarang keuntungan pelaburan daripada PA akan dikongsi antara anda dan kami dalam nisbah 90:10. Sekiranya pelaburan mengalami kerugian, kerugian akan ditanggung oleh anda, dengan syarat kerugian tersebut tidak disebabkan oleh salah laku kami (Ta’addi), kecuaian (Taqsir) atau pelanggaran terma-terma tertentu (Mukhalafah Al-Shurut).
3 Iltizam Bi Al Tabarru’ bermaksud komitmen untuk melakukan Tabarru’.
4 Ju’alah bermaksud perjanjian di mana anda bersetuju untuk memberikan ganjaran kepada kami atas pencapaian atau prestasi baik kami dalam menguruskan PRF yang menyebabkan berlakunya lebihan dalam dana tersebut.
Yuran Wakalah
Yuran Wakalah akan bergantung pada amaun pembiayaan yang akan dilindungi, umur kemasukan, tempoh perlindungan, tempoh sumbangan dan tahun sijil. Sila rujuk kepada Helaian Pendedahan Produk dan Ilustrasi Manfaat untuk butiran lanjut.
Tabarru’5
Tabarru’ adalah bahagian daripada sumbangan dibayar yang akan diambil daripada PA dan diperuntukkan ke dalam PRF. Tabarru’ akan digunakan untuk bantuan bersama di kalangan peserta. Amaun Tabarru’ bergantung kepada perlindungan, umur semasa, jantina, kelas pekerjaan dan keadaan kesihatan Orang Dilindungi. Kadar Tabarru’ tidak kekal pada tahap yang sama dan tidak dijamin.
Yuran Servis Bulanan5
RM2.50 setiap bulan akan ditolak daripada PA untuk mengendalikan kos berkaitan Sijil.
Yuran Serahan5
Yuran serahan sebanyak RM50 akan ditolak semasa serahan Sijil.
5 Kami berhak untuk mengubah Tabarru’, yuran dan caj dengan memberikan notis bertulis kepada Peserta 90 hari sebelum ulang tahun sijil yang seterusnya.
Apakah maksud Takaful?
Istilah ‘Takaful’ merujuk kepada skim berdasarkan persaudaraan, perpaduan dan saling membantu yang menyediakan bantuan dan pertolongan kewangan kepada peserta-peserta sekiranya diperlukan di mana peserta-peserta bersetuju untuk menyumbang bagi tujuan tersebut. Setiap peserta bersetuju untuk menyumbang berdasarkan Tabarru’ (derma) yang disatukan untuk memberi manfaat semasa berlakunya kejadian malang yang dialami oleh mana-mana peserta.
Berapakah yang perlu saya bayar dan apakah mod dan cara pembayaran sumbangan?
Jumlah sumbangan yang perlu anda bayar adalah bergantung kepada amaun perlindungan, umur kemasukan, tempoh perlindungan, kelas pekerjaan dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan kakitangan bank kami untuk maklumat lanjut mengenai mod dan cara pembayaran sumbangan.
Adakah terdapat rider yang dilampirkan kepada HLM Takaful Business Essential dan HLM Takaful Business Essential Cover?
Tiada rider yang dilampirkan kepada HLM Takaful Business Essential dan HLM Takaful Business Essential Cover.
Apakah pengecualian untuk HLM Takaful Business Essential dan HLM Takaful Business Essential Cover?
- Tiada Manfaat Kematian kecuali Nilai Akaun (jika ada) akan dibayar jika kematian akibat secara langsung atau tidak langsung dari bunuh diri dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh permulaan atau tarikh pengembalian semula sijil, yang mana lebih kemudian.
- Manfaat TPD tidak akan dibayar sekiranya TPD disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kecederaan yang disengajakan diri ketika waras atau tidak waras atau sebarang keadaan atau hilang upaya yang telah wujud sebelum atau pada tarikh permulaan atau tarikh pengembalian semula sijil, yang mana lebih kemudian.
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk sijil Takaful untuk senarai lengkap pengecualian.
Apakah yang akan berlaku jika saya menamatkan sijil Takaful saya lebih awal?
Anda boleh menyerahkan sijil Takaful anda dengan mengembalikan sijil Takaful tersebut kepada kami berserta notis bertulis yang ditandatangani oleh anda. Baki di dalam PA (jika ada) akan dibayar kepada anda, ditolak caj serahan. Anda akan kehilangan manfaat di bawah sijil Takaful anda dan amaun yang akan dibayar kepada anda mungkin kurang berbanding jumlah sumbangan yang telah anda bayar.
Adakah sumbangan yang dibayar untuk HLM Takaful Business Essential dan HLM Takaful Business Essential Cover layak untuk pelepasan cukai pendapatan?
Ya. Anda layak mendapat pelepasan cukai peribadi bagi sumbangan yang dibayar di bawah “Insurans Hayat/Takaful” sehingga RM3,000, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Nota Penting
- Risalah ini memberikan ringkasan tentang ciri-ciri utama pelan Takaful dan tidak membentuk satu sijil Takaful. Anda hendaklah membaca Helaian Pendedahan Produk dan Ilustrasi Manfaat untuk maklumat tambahan dan sijil Takaful untuk terma dan syarat lengkap di bawah pelan Takaful ini.
- Anda harus berpuas hati bahawa pelan Takaful ini adalah yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang perlu dibayar di bawah sijil adalah dalam kemampuan anda.
- Anda harus memberikan kami maklumat yang secukupnya dan tepat supaya nasihat dan kesesuaian pelan Takaful untuk memenuhi keperluan dan situasi anda dapat diberikan kepada anda.
- Anda boleh membatalkan sijil anda dengan mengembalikan sijil Takaful dalam tempoh bertenang selama 15 hari selepas sijil telah dihantar kepada anda. Sumbangan yang telah anda bayar ditolak sebarang perbelanjaan perubatan akan dikembalikan kepada anda.
- Prestasi pelaburan PA anda adalah tidak dijamin. Adalah mungkin bahawa baki PA anda tidak mencukupi untuk membayar Tabarru’ dan caj berkaitan lain disebabkan oleh pulangan pelaburan yang rendah. Dalam kes berikut, sijil anda mungkin luput dan tidak mempunyai nilai lagi.
- Sekiranya sumbangan tidak berbayar, sijil Takaful anda akan kekal berkuat kuasa selagi baki di dalam PA anda mencukupi untuk menampung Tabarru’ dan caj berkaitan lain. Sekiranya PA anda tidak mencukupi untuk menampung semua caj dan tiada pembayaran dibuat oleh anda selepas tempoh ihsan selama 30 hari, sijil Takaful anda akan luput.
- Jika anda membatalkan sijil anda lebih awal, anda mungkin akan menerima amaun sedikit daripada yang telah disumbangkan.
- Sijil Takaful ini tidak akan memberikan apa-apa bayaran daripada PRF apabila penamatan awal atau kematangan sijil.
- Jika anda memerlukan maklumat tambahan tentang Takaful Keluarga, sila rujuk risalah Insuranceinfo mengenai “Takaful Keluarga” di mana-mana cawangan kami, atau lawati www.hlmtakaful.com.my.
- Hong Leong MSIG Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi staf
Hong Leong Islamic Bank/Hong Leong Bank yang mesra hari ini.
Diedarkan oleh:
Hong Leong Bank Berhad 193401000023 (97141-X)
Hong Leong Islamic Bank Berhad 200501009144 (686191-W)
Menara Hong Leong Bank
No. 6, Jalan Damanlela,
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.
Tel: 603-7626 8899
Email: hlonline@hlb.hongleong.com.my
Diunderait oleh:
Hong Leong MSIG Takaful Berhad 200601018337 (738090-M)
Hong Leong MSIG Takaful Berhad merupakan ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
Ibu Pejabat
Level 5, Tower B, PJ City Development,
No. 15A, Jalan 219, Section 51A,
46100 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7650 1800
Untuk keterangan lanjut, sila kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Islamic Bank/Hong Leong Bank atau hubungi 1-800-38-8888.