TEMPOH PROMOSI

1. “Promosi 3-bulan Deposit Tetap-i Dalam Talian” (“Promosi”) Hong Leong Islamic Bank Berhad 200501009144 (686191-W) (“HLISB”)  bermula pada 15 Mei 2020 dan berakhir pada 30 Jun 2020, termasuk kedua-dua tarikh, atau apabila jumlah saiz dana mencapai Ringgit Malaysia Satu Billion (RM1,000,000,000), mengikut mana-mana yang dahulu (“Tempoh Promosi”), melainkan diberitahu sebaliknya.

 

Terma & Syarat

Terma dan syarat Promosi adalah seperti berikut:

 

KELAYAKAN

2. Promosi terbuka kepada individu yang merupakan pemegang akaun utama bagi Akaun Semasa atau Simpanan Hong Leong Bank (“HLB”)/Akaun Semasa-i atau Simpanan-i HLISB (“CASA/CASA-i”) dan yang telah mendaftar diri untuk Hong Leong Connect sebelum atau semasa Tempoh Promosi (“Pelanggan”). Bagi mengelakkan keraguan, pemegang CASA/CASA-i bersama TIDAK layak membuka atau mengendalikan Akaun Deposit Tetap-i Dalam Talian (“eFD-i”) dan TIDAK layak menyertai Promosi ini.

 

3. Pelanggan yang telah melakukan atau disyaki melakukan penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberi oleh HLISB atau telah diisytiharkan muflis atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum atau semasa Tempoh Promosi TIDAK layak menyertai atau akan serta-merta dilucutkan kelayakannya daripada menyertai Promosi.

 

4. Pelanggan yang telah melakukan, atau ditentukan oleh HLISB berpotensi melakukan sebarang perbuatan salah yang dinyatakan di dalam ini akan dilucutkan kelayakannya daripada menyertai Promosi.

 

KAEDAH PROMOSI

5. Bagi tujuan Promosi ini, semua peletakan deposit mestilah daripada bank lain melalui Financial Process Exchanges (“FPX”). FPX adalah suatu cara pembayaran selamat dalam talian yang memudahkan pindahan dana antara bank, dipermudahkan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (“PayNet”). Butiran lanjut boleh disemak di https://www.paynet.my/business-fpx.html 

 

6. Pelanggan yang membuat peletakan deposit melalui Hong Leong Connect antara Amaun Peletakan eFD-i Minimum sehingga Amaun Peletakan eFD-i Maksimum (“Amaun eFD-i”) seperti ditetapkan ke dalam eFD-i baharu atau sedia ada masing-masing bagi Tempoh berkenaan yang ditetapkan di bawah ini semasa Tempoh Promosi adalah berhak menikmati Kadar eFD-i Promosi sepadan (“Pelanggan Layak”) berikut:

Kadar Promosi eFD-i 1

Tempoh

Amaun Peletakan eFD-i Minimum

Amaun Peletakan eFD-i Maksimum

2.60% p.a.

3 bulan

RM5,000

RM2,000,000

1 Sekiranya ada perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kadar promosi akan disemak semula.

 

7. Kadar eFD-i Promosi diterima pakai untuk satu (1) pusingan sahaja, iaitu untuk peletakan awal sahaja. Sebarang pembaharuan automatic Amaun Peletakan eFD-i pokok adalah pada kadar semasa eFD-i.

 

8. Amaun deposit maksimum setiap transaksi melalui FPX ialah Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu (RM200,000) atau tertakluk kepada amaun maksimum/had pindahan ditetapkan dalam perbankan internet individu Pelanggan yang diselenggarakan dengan bank berkenaan, mengikut mana-mana yang lebih rendah.

 

9. Pemprosesan peletakan eFD-i mungkin mengambil masa sehingga dua (2) hari berkerja dan dengan itu, tarikh efektif peletakan eFD-i hendaklah bermula selepas prosesnya berjaya disempurnakan dan HLISB tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin ditanggung oleh Pelanggan kerana masa yang diperlukan untuk memproses peletakan.

 

10. Kadar eFD-i Promosi dapat dinikmati Pelanggan Layak bagi peletakan yang dibuat menerusi Hong Leong Connect antara 6:00 pagi dengan 11:55 malam, tujuh (7) hari seminggu, atau dalam waktu yang ditetapkan oleh HLISB di Hong Leong Connect atas dasar siapa cepat dia dapat.

 

11. Pelanggan Layak dikehendaki menamakan CASA-i yang diselenggarakan dengan HLISB di bawah nama individu Pelanggan Layak (“CASA-i” Namaan) bagi tujuan mengkreditkan keuntungan yang diperolehi di bawah Promosi ini. Keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan ke dalam CASA-i Namaan Pelanggan Layak pada tarikh matang.

 

12. Pada tarikh matang, Amaun eFD-i pokok akan diperbaharui secara automatik pada kadar semasa eFD-i masing-masing atau pengeluaran auto dan dikreditan ke CASA-i Namaan, yang telah dipilih oleh Pelanggan Layak semasa peletakan.

 

13. Tiada keuntungan akan dibayar bagi amaun pengeluaran pramatang, tanpa mengira bilangan bulan yang lengkap pada masa pengeluaran sebelum tarikh matang.

HLISB berhak menolak balik dan memotong amaun setara dengan keuntungan yang dibayar bagi eFD-i yang dikeluarkan sebelum tarikh matang, daripada Amaun Pokok eFD-i pada masa pengeluaran.

Pelanggan bersetuju melepaskan hak untuk menuntut harga jualan penuh bagi sebarang pengeluaran eFD-i sebelum tarikh matang.

 

14. Pengeluaran sebahagian Amaun Peletakan eFD-i dibenarkan dalam amaun minimum Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000) dengan gandaan Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000) sahaja. Walau bagaimanapun, jika baki dalam eFD-i kurang daripada Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500), pengeluaran sebahagian tidak dibenarkan bagi akaun tersebut.

 

15. Amaun eFD-i TIDAK boleh digunakan sebagai sandaran bagi tujuan mencagarkan mana-mana kemudahan kredit yang diperolehi atau akan diperolehi oleh Pelanggan Layak.

 

UMUM

16. Dengan menyertai Promosi, Pelanggan bersetuju :

(i)    telah membaca, memahami dan mematuhi Terma & Syarat Promosi dan Terma & Syarat Umum Bagi Akaun;

(ii)   keputusan HLISB atas semua hal berkaitan dengan Promosi ini adalah muktamad dan terikat ke atas semua Pelanggan Layak dan sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan untuk mempertikaikan keputusan HLISB tidak akan dilayan;

(iii)  mengakses laman sesawang HLISB di www.hlisb.com.my  secara kerap untuk menyemak Terma & Syarat dan memastikan sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan yang dibuat kepada Terma & Syarat;

(iv)  Keuntungan yang diperoleh tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga (ke-3) dan tidak boleh ditukar untuk kredit, cek ataumanfaat semacamnya; dan

(v)   bertanggungjawab dan menanggung sendiri semua cukai berkenaan, yuran kerajaan atau apa-apa caj lain yang mungkin dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang berkenaan, jika ada, berkaitan dengan penyertaan dalam Promosi ini.

 

17. HLISB berhak:

(i)    untuk membatalkan Promosi dalam keadaan di mana terdapat pembalikan Pelanggan yang Layak atau penamatan Tempoh Promosi pada setiap masa atau tidak mematuhi Terma dan Syarat yang terkandung di sini;

(ii)   menambah, menggugurkan, menggantung atau meminda Terma & Syarat terkandung di dalam ini, sama ada keseluruhan atau sebahagian, atas budi bicara HLISB, dengan cara menyiarkannya dalam laman sesawang HLISB dengan memberi notis awal.

(iii)  membatalkan keuntungan yang diperolehi sekiranya Pelanggan Layak tidak mematuhi Terma & Syarat Promosi dan Terma & Syarat Umum Bagi Akaun.

 

18. Terma & Syarat di dalam ini, Terma dan Syarat Umum Bagi Akaun, dan Terma dan Syarat Deposit Tetap-i Hong Leong hendaklah dibaca sebagai suatu perjanjian keseluruhan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, maka Terma & Syarat tertentu di dalam ini hendaklah diutamakan setakat percanggahan tersebut.

 

19. Jika terdapat percanggahan antara terma dan syarat dengan bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain berkaitan atau bersabit dengan Promosi ini, maka terma dan syarat muktamad dalam laman sesawang HLISB akan diutamakan.

 

20. Terma & Syarat ini tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan Pelanggan bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Malaysia secara eksklusif.

 

21. Perkataan yang menandakan satu jantina termasuk semua jantina lain dan perkataan yang menandakan tunggal termasuk jamak dan begitu juga sebaliknya.

 

Deposit Tetap-i Dalam Talian dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

PROMOTION PERIOD

1. The Hong Leong Islamic Bank Berhad’s 200501009144 (686191-W) (“HLISB”) “3-month eFixed Deposit-i Promotion” (“Promotion”) commences on 15 May 2020 and ends on 30 June 2020, both dates inclusive, or upon reaching the total fund size of Ringgit Malaysia One Billion (RM1,000,000,000), whichever comes first (“Promotion Period”), unless notified otherwise.

 

Terms & Conditions

The following sets out the terms and conditions applicable to the Promotion (“T&Cs”):

 

ELIGIBILITY

2. The Promotion is open to individuals who are the primary accountholders of a Hong Leong Bank (“HLB”) Current or Savings account/HLISB Current or Savings account-i (“CASA/CASA-i”) and who have registered for Hong Leong Connect prior to or during the Promotion Period (“Customers”). For the avoidance of doubt, joint CASA/CASA-i holders are NOT eligible to open or operate an Online Fixed Deposit-i Account (“eFD-i”) and NOT eligible to participate in the Promotion.

 

3. Customers who have committed or are suspected of committing any fraudulent, unlawful or wrongful acts in relation to any of the facilities granted by HLISB or have been declared bankrupt or are subject to any bankruptcy proceedings at any time prior to or during the Promotion Period shall NOT be eligible to participate or shall be immediately disqualified from participating in the Promotion.

 

4. Customers who have committed, or are determined by HLISB to be potentially committing any of the wrongful acts stipulated herein shall be immediately disqualified from participating in the Promotion.

 

PROMOTION MECHANICS

5. For the purpose of this Promotion, all placement(s) of deposits must be from other banks via Financial Process Exchanges (“FPX”). FPX is a secure online payment method that facilitates interbank transfer of funds, facilitated by Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (“PayNet”). Further details can be viewed at https://www.paynet.my/business-fpx.html  

 

6. Customers who have made placement(s) of deposits via Hong Leong Connect ranging between the specified Minimum eFD-i Placement Amount up to the Maximum eFD-i Placement Amount (“/eFD-i Amount”) into their respective new or existing eFD-i for the Tenure as set out below during the Promotion Period shall be entitled to the following corresponding Promotional eFD-i Rate (“Eligible Customers”):

Promotional
eFD-i Rate 1

Tenure

Minimum eFD-i Placement Amount

Maximum eFD-i Placement Amount

2.60% p.a.

3 months

RM5,000

RM2,000,000

1 Should there be an Overnight Policy Rate (OPR) change, the promotional rates may be revised.

 

7. The Promotional eFD-i Rate is applicable for one (1) cycle only. i.e. for the initial placement. Any auto-renewal of the principal eFD / eFD-i Placement Amount shall be at the prevailing eFD / eFD-i board rates.

 

8. The maximum deposit amount per transaction via FPX transfer is Ringgit Malaysia Two Hundred Thousand (RM200,000) or is subject to such prescribed maximum amount/limit of transfer in the Customer’s individual internet banking maintained with the relevant bank, whichever is lower.

 

9. Processing of placements of eFD-i may take up to two (2) working days and in such event, the effective date of the placement of eFD-i shall commence after successful completion of the process. HLISB shall not be responsible for any losses which the Customer may incur due to the time taken to process the placements.

 

10. The Promotional eFD-i Rates are available to Eligible Customers for placements made through Hong Leong Connect between 6:00 a.m. and 11:55 p.m., seven (7) days a week, or during such hours as stipulated by HLISB at Hong Leong Connect on a first-come, first-served basis.

 

11. Eligible Customers are required to nominate a CASA-i maintained with HLISB under the individual name of the Eligible Customers (“Nominated CASA-i”) for the purpose of crediting the profit earned under this Promotion. The profit earned will be credited into the Eligible Customers’ Nominated CASA-i at maturity.

 

12. Upon maturity, the principal eFD-i Amount shall be auto-renewed at the prevailing eFD-i board rates respectively, or auto-withdrawn and credited to the Nominated CASA-i, as selected by the Eligible Customer upon placement.

 

13. No profit shall be payable on premature withdrawals of eFD-i, regardless of the number of completed months at the time of premature withdrawal.

HLISB reserves the right to claw back and deduct an amount equivalent to the profit paid to the Eligible Customers in respect of the eFD-i Amount which is prematurely withdrawn from the principal eFD-i Amount upon withdrawal.

Customer(s) shall be deemed to have agreed to waive his / her right to claim the full selling price for any withdrawal of eFD-i before the maturity date.

 

14. Subject to Clause 12 of the T&Cs herein, Partial withdrawal of eFD-i Amount is allowed with minimum Ringgit Malaysia Three Thousand (RM3,000) in multiples of Ringgit Malaysia One Thousand (RM1,000) only. However, in the event the eFD-i Amount is less than Ringgit Malaysia Five Hundred (RM500), no partial withdrawal is allowed for that particular account.

 

15. eFD-i Amount shall NOT be used as collateral for the purpose of securing any credit facility obtained or to be obtained by the Eligible Customers.

 

GENERAL

16. By participating in the Promotion, Customers agree:

(i)    to have read, understood and to be bound by the T&Cs herein and General Terms and Conditions of Accounts;

(ii)   that HLISB’s decision on all matters relating to the Promotion shall be final, conclusive and binding on all Eligible Customers and no further correspondence and/or appeal to dispute the Bank’s decision shall be entertained;

(iii)  to access HLISB’s website at www.hlisb.com.my at regular time intervals to view the T&Cs of the Promotion and ensure to be kept up-to-date on any changes or variations to the T&Cs;

(iv)  that the profit earned is non-transferrable to any third (3rd party) and non-exchangeable for up-front credit, cheque or benefit-in-kind; and

(v)   to be liable and shall personally bear all applicable taxes, government fees or any other charges that may be levied against them under applicable laws, if any, in relation to their participation in the Promotion.

 

17. HLISB reserves the right:

(i)    to forfeit the Promotion in the circumstance where there is reversal of Eligible Customer or termination of the Promotion Period at all times or non-compliance to the T&Cs herein;

(ii)   to add, delete, suspend or vary the T&Cs contained herein, either wholly or in part, at HLISB’s discretion by way of posting on the HLISB’s website with prior notice;

(iii)  to forfeit profit earned in the event of non-compliance by the Eligible Customers of the T&Cs herein and the General Terms and Conditions of Accounts.

 

18. The T&Cs herein, General Terms and Conditions of Accounts, and Terms and Conditions for Hong Leong Fixed Deposit-i shall be read as an entire agreement. In the event of any discrepancies, the specific T&Cs herein shall prevail to the extent of such discrepancy.

 

19. In the event of any discrepancy between the T&Cs herein and any advertising, promotional, publicity and other materials relating to or in connection with the Promotion, the final T&Cs on HLISB’s website shall prevail.

 

20. The T&Cs shall be governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia and the Customers agree to submit to the exclusive jurisdiction of the Courts of Malaysia.  

 

21. Words denoting one gender include all other genders and words denoting the singular include the plural and vice versa.

 

eFixed Deposit-i is protected by PIDM up to RM250,000 for each depositor.